Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Ahad, 31 Mei 2009

Permata Hatiku











Ni la gambar permata hati kami. Aiman, cukup 4 tahun bulan sembilan ni. Deena pula minggu depan genap setahun. Keletah dua-dua beradik ni boleh tahan jugak. Riuhla mulutku dengan budak-budak berdua ni. Abahnya pun kadang-kadang tumpang sekaki. ("sabar bang, bukan mudah nak mendidik anak")


Mendidik anak memang banyak cabarannya. Anak-anak alaf baru pulak tu. Memang kadang-kadang aku pun hangin semacam ja dengan budak berdua ni . Tapi aku marah pun, marah-marah sayang jer... Marah untuk mendidik

Putera-puteriku, kalian adalah permata hati abah dan ummi. Kalaupun ummi marah bukannya sebab ummi benci, tapi kerana terlalu sayang. Ummi punya impian agar kalian nanti membesar menjadi hamba Allah yang berguna. Moga ada sumbangan yang dapat kalian hulurkan buat keluarga, bangsa, negara dan agama.

Khamis, 28 Mei 2009

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.


Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?


Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.


Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.


Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa... Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulahkira-kiranya...


WANITA :


Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??



Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.


Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.



Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.



Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..



"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Salam Ukhuwwah!

Salam perkenalan buat semua pembaca blog ini. Semoga diberi taufik dan hidayah daripadanya. Blog ini sebagai catatan, yang akan merakamkan segala suka duka dalam menempuhi segala mehnah dan tribulasi kehidupan. Untuk suami tercinta, apa yang tertulis disini adalah suara hati seorang isteri, yang mana kadang kala tak terucap dibibir. Ketahuilah dirimu sentiasa dihatiku, dulu kini dan selamanya... Buat putera puteriku, kalian khazanah abah dan ummi yang tak ternilai dunia dan akhirat. Tangis dan tawa kalian penghibur dikala duka. Maaf, adakala ummi dihimpit waktu, jarang dapat bersama kalian ,tapi ummi sentiasa mencuba untuk memberikan yang terbaik kepada kalian. Duhai Aiman dan Deena, membesarlah kalian menjadi anak yang soleh dan solehah, menjadi penyejuk dimata dan penawar dihati.

Blog ini juga disediakan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai rasa kasih di hati, kasih kepada Allah, kepada ibubapa, suami, isteri, anak-anak mahupun sesiapa sahaja. Semoga perkongsian antara kita akan memberi faedah kepada semua. Selamat membaca!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi