Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Ahad, 31 Julai 2011

Pot Luck Unit Pendidikan Islam

Dua tiga hari ni asyik makan, makan, makan. Hari selasa Unit Biologi buat makan-makan. Hari Khamis kafeteria dan kiosk buat kenduri, unit fizik buat makan-makan. Hari ni unit kami pulak buat pot luck. 

Huh..makan sungguh. Macam dah tak dak hari. Tau la dekat nak posa ni....

He he...banyak ngomel pulak yer...Padahal sayalah yang dulu-duluan menyerbu bila ada undangan makan-makan. Bila dah mengadap pelbagai jenis hidangan, macam biasalah...memang lupa dunia. Diet pun tak tau kemana... 

Alhamdulillah. Rezeki murah sungguh dekat-dekat bulan Ramadhan ni.

Pehal pun, jom kita layan gambar-gambar hari kejadian yerrr...

He he...saya punya
Sambal wa...istimewa...
Daging dendeng...resepi Aufa. Nanti boleh cuba.
Talam masam. Ka.Am punya ni. Hmmm...sedap.
Spaghetti...kombinasi wa dengan k.tie.
Lala timbul goreng kunyit. Resepi Ta.
Sambal sotong kering. K.Am punya gak ni.
Cuq cempedak. Panas-panas lagi. Ka.Asiah punya.
Serawa durian. Air tangan k.Asiah.
Tu dia...breakfast ngan spaghetti no... Biru sekejap mata hitam ku...

Ambo cik Wa, layan spaghetti sampai tak panggung pala  dah..

Posing-posing dulu sebelum makan.

Hari Alam Ria Pasti Negeri Kedah 2011

Hari yang dinanti-nanti. Pertandingan berlangsung pada 30 Julai 2011 di Madrasah Al-Zudaidiyah, Merbok.  Penyertaan melibatkan wakil-wakil PASTI dari setiap daerah. Meriah...

Aiman bertanding dalam acara nasyid dan hafazan surah. Tak pasti tempat keberapa sebab kami balik awal sebelum keputusan diumumkan.Ke Tanjung Dawai. Lagipun pertandingan kat sini agak sengit berbanding pertandingan di peringkat cawangan hari tu.

Aiman pulak agak moody pada awalnya. Masa saya sampai di tempat pertandingan, dah hampir sangat giliran dia untuk berkhutbah. Tak sempat nak beri semangat kat dia. Kesian... tengok dia pun agak 'down'. Kurang bersemangat.

"Awat Aiman", tanya saya selepas habis giliran dia berkhutbah.

"Aiman lemah semangat la ummi", jawab Aiman. Mukanya agak keruh. Hampa...

"Hmmm...Tak pa lah. Aiman kan dah cuba. Ok la macam tu pun. Tapi nanti masa hafazan Aiman bacalah kuat-kuat. Ummi ngan abah kan dah ada ni. Tok, tok wan dah mak teh pun dah sampai. Semua nak tengok Aiman hafaz surah", kata saya.

Aiman angguk-angguk. Berlari ke koridor, melambai-lambai kat tok dan tokwan di bawah. Kesian tok dan tok wan, susah payah datang ke Merbok, tak berpeluang tengok cucu bertanding. Mana tak nya, tempat kejadian kat tingkat tiga. Mana lah daya tok dan tokwan nak memanjat tangga. Krem abis kaki dan lutut nanti.

Tapi bagi Aiman tengok muka tok dan tokwan pun dah cukup. Wajahnya kembali ceria. Lantang suaranya semasa menghafaz. Lancar...Alhamdulillah.

Siapa kata Aiman tak peduli. Lain semangatnya bila dikelilingi insan-insan tersayang. Menang atau kalah bukan persoalan.

Kalau menang, itu satu bonus sebab Aiman tak banyak buat latihan kat sekolah. Harap ummi dan abah dok peringat kat rumah jer. Tapi alhamdulillah, Aiman terang hati. Mudah mengingat. 

Kalau kalah, anggaplah ini sebagai satu pengalaman yang sangat manis dan berharga. Ummi tetap bangga sebab bukan semua budak-budak sanggup nak ke depan macam Aiman.

Jom kita tengok gambar-gambar masa hari kejadian. Tak banyak yang sempat di shoot sebab camerawomannya ada keris dipinggang. Susah nak bergerak. Sapa lagi kalau bukan adorable Nuha tu...he he

Parking penuh .
Khemah pendaftaran peserta.
Aiman sedang berkhutbah. Tengoklah mukanya...
Masa ni Aiman lebih ceria
Tunggu giliran untuk menghafaz
Pilih soalan
Sabar menanti
Aiman sedang menghafaz
Abis pertandingan baru sempat breakfast.
Puteri-puteriku...

Ummi enterframe kali ni
Kalut Deena ni...


Bersememeh Nuha.
Kat Tanjung Dawai, layan mee udang
Hmmm...sedap nyaaa...

Sabtu, 30 Julai 2011

SALAM RAMADHAN




Assalamu'alaikum

Setahun telah berlalu, kini Ramadhan tiba lagi. Ramadhan, yang sinonim dengan ibadah puasa pada siangnya, solat tarawikh tika malam dan bertadarus al-Qur'an sepanjang bulan. Indahnya berada dalam bulan maghfirah dan rahmah ini.

Tahun lepas, Ramadhan saya lalui dengan keadaan kesihatan yang agak terbatas kerana sarat mengandungkan Nuha. Alhamdulillah, tahun ini situasinya lebih baik. Nuha pun dah semakin besar. Ramadhan ini genap usianya 1 tahun mengikut kalendar Hijri.

Syukur kerana Ramadhan semakin hampir dan terlalu dekat untuk disambut. Penghujung Ramadhan yang lalu doa saya panjatkan, agar Allah memberikan saya peluang lagi bertemu dengan Ramadhan kerana saya mahu berlumba mengejar ma’rifat. Dan syukur kerana saya berpeluang melaluinya sekali lagi.

Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi). Allahumma Ballighna Ramadhan, doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini.


Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Sebab itu, para sahabat menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. 

Katanya, doa tersebut ada yang dibacakan enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.

Beberapa tips dan panduan yang boleh kita kongsikan bersama dalam hal membuat persiapan ini. (Sumber : Selatan Online) 

1. Menjadikan bulan Ramadhan sebagai Syahrut Tarbiyah, Da’wah

Bulan Ramadhan harus dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para da’ie dan pejuang Islam untuk melakukan dakwah dan tarbiyah. Terus melakukan gerakan reformasi (harakatul ishlah). Membuka pintu-pintu hidayah dan menebar kasih sayang bagi sesama manusia.
 
Sebagai bulan yang penuh dengan keberkatan ini maka ia perlu diisi dengan aktiviti yng berfaedah untuk diri sendiri dan ummah.
 
2. Persiapan Mental
 
Persiapan mental untuk puasa dan ibadah terkait lainnya sangat penting. Apalagi pada saat menjelang hari-hari terakhir, kerana tarikan keluarga yang ingin belanja mempersiapkan hari raya dan pulang kampung, sangat mempengaruhi umat Islam dalam menunaikan kekhusyukan ibadah Ramadhan.

Kejayaan ibadah Ramadhan seorang muslim dilihat bukannya daripada permulaan Ramadhan tetapi dilihat pada penghujungnya.
 
3. Persiapan ruhiyah (spiritual)
 
Persiapan ruhiyah dapat dilakukan dengan memperbanyak ibadah, seperti memperbanyak membaca Al-Qur’an saum sunnah, dzikir, doa dll. 

Dalam hal mempersiapkan ruhiyah, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam mencontohkan kepada umatnya dengan memperbanyak puasa di bulan Sya’ban, sebagaimana yang diriwayatkan ‘Aisyah ra. berkata:” Saya tidak melihat Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam menyempurnakan puasanya, kecuali di bulan Ramadhan. Dan saya tidak melihat dalam satu bulan yang lebih banyak puasanya kecuali pada bulan Sya’ban” (HR Muslim).
 
4. Persiapan fikriyah
 
Persiapan fikriyah atau akal dilakukan dengan mendalami ilmu, khususnya ilmu yang terkait dengan ibadah Ramadhan. Banyak orang yang berpuasa tidak menghasilan kecuali lapar dan dahaga. 

Hal ini dilakukan kerana puasanya tidak dilandasi dengan ilmu yang cukup. Seorang yang beramal tanpa ilmu, maka tidak menghasilkan kecuali kesia-siaan belaka.
 
Persiapan Fizikal dan Harta Seorang muslim tidak akan mampu atau berbuat secara optimum dalam berpuasa jika fizikalnya sakit. Oleh kerana itu mereka dituntut untuk menjaga kesihatan fizikal, kebersihan rumah, masjid dan lingkungan
 
5. Merencanakan Peningkatan Prestasi Ibadah (Syahrul Ibadah)
 
Ibadah Ramadhan dari tahun ke tahun harus meningkat. Tahun depan harus lebih baik dari tahun ini, dan tahun ini harus lebih baik dari tahun lalu. 

Ibadah Ramadhan yang kita lakukan harus dapat merubah dan memberikan output yang positif kepada peningkatan diri dan jemaah serta masyarakat.
 
6. Menjadikan Ramadhan sebagai Syahrut Taubah (Bulan Taubat)
 
Bulan Ramadhan adalah bulan di mana syaitan dibelenggu, hawa nafsu dikendalikan dengan puasa, pintu neraka ditutup dan pintu surga dibuka. Sehingga bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat kondusif untuk bertaubat dan memulai hidup baru dengan langkah baru yang lebih Islamik. 

Taubat bererti meninggalkan kemaksiatan, dosa dan kesalahan serta kembali kepada kebenaran. Atau kembalinya hamba kepada Allah SWT, meninggalkan jalan orang yang dimurkai dan jalan orang yang sesat.
 
Taubat bukan hanya terkait dengan meninggalkan kemaksiatan, tetapi juga terkait dengan pelaksanaan perintah Allah. Orang yang bertaubat masuk kelompok yang beruntung. 
Allah SWT. berfirman:“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” (QS An-Nuur 31).
 
Oleh kerana itu, di bulan bulan Ramadhan orang-orang beriman harus memperbanyak istighfar dan taubat kepada Allah SWT. Mengakui kesalahan dan meminta ma’af kepada sesama manusia yang dizhaliminya serta mengembalikan hak-hak mereka. Taubah dan istighfar menjadi syarat utama untuk mendapat maghfiroh (ampunan), rahmat dan kurnia Allah SWT.
 
7. Menjadikan Ramadhan sebagai Syahrul Muhasabah (Bulan Evaluasi)
 
Semua ibadah Ramadhan yang telah dilakukan tidak boleh lepas dari muhasabah atau penilaian. Kita bukan hanya perlu menyediakan Key Performance Indicator (KPI) kepada kerjaya kita sahaja tetapi juga perlu ada KPI kepada ibadah kita dalam bulan Ramadhan. 

Muhasabah terhadap langkah-langkah yang telah kita perbuat dengan senantiasa menajamkan mata hati (bashirah). 

Semoga kita benar-benar dapat meraikan Ramadhan ini seperti mana yang dituntut oleh Islam bukannya yang dituntut oleh nafsu kita. 

Semoga Ramadhan pada kali ini akan memberikan kita kekuatan untuk membina jati diri kita sebagai seorang muslim yang beriman dan melaksanakan tanggungjawab kita untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. 

Semoga Ramadhan kita lalui dengan penuh keinsafan kerana belum pasti kita bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.

"AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKA YA RAMADHAN"

Khamis, 28 Julai 2011

Aiman Bertanding Lagi


Ya, Aiman akan bertanding lagi. Kali ni mewakili Pasti Caw. Kubang Pasu ke peringkat negeri yang akan berlangsung di Merbok pada 30hb ni.

Untuk peringkat negeri ni Aiman akan bertanding dalam acara Hafazan dan juga Khutbah Jumaat. Kalau hafazan ok lah jugak. Sebab Aiman dah lalui masa peringkat cawangan hari tu. Tapi khutbah ni nak buat macam mana??? Abahnya latih kat rumah pun Aiman tak berapa nak ikut.

Hmmm...tak tau la macam mana nak bertanding hari Sabtu ni. Kalau ikutkan Aiman, dia lebih suka bertanding dalam acara nasyid. Memang nampak all out dia kalau bab nasyid ni. Tapi nama dia digugurkan pulak dari acara tu sebab nak beri tumpuan kat acara hafazan dan khutbah.

Tak pe lah Aiman. Macam mana pun, Aiman cubalah setakat yang terdaya. Ummi dan Abah akan sentiasa memberikan sokongan. Dengar kata tok wan, tok dan mak teh pun nak turun ke Merbok. Nak bagi sokongan kat Aiman. So, do the best nak! Menang atau kalah bukan persoalan. Biarlah pertandingan ini menjadi tempat Aiman  mengasah bakat dan mengutip pengalaman yang berharga

Isnin, 25 Julai 2011

Erti Seorang Suami Bagi Isteri


Sunnatullah dan Syariatullah

 
Memahami syariatullah iaitu segala hukum hakam yang termaktub di dalam quran dan hadis. 

Seorang suami juga, perlu memahami sunnatullah seorang wanita (isteri), yang Allah jadikannya lain dari dirinya.

Seorang wanita, sifatnya lain sifat seorang lelaki,pelengkap dirinya, maka perlu difahami akan hakikat seorang wanita yang perasaannya lebih halus dari dirinya.

Syariatullah pada seorang suami kepada isteri :

Nafkah zahir - tempat tinggal, makan minum.
 
Nafkah batin - merasa selamat dibawah naungan suaminya, tempat berteduh bagi dirinya, tempat tumpuan kasih sayang , tempat kemesraan dan segala yang berkait rapat dengan perasaan.

Inilah hak-hak kejiwaan yang perlu dimainkan peranan oleh seorang suami kepada isterinya. 

Seorang suami perlu juga melihat dunia kekeluargaan dari sudut pandang seorang isteri. Kerana seorang wanita punyai pandangan yang berbeza dari seorang lelaki. Kombinasi pandangannya dan isteri memainkan peranan dalam menjamin keutuhan dan keharmonian keluarga.

Kombinasi antara pengetahuan tentang syariatullah dan kefahaman terhadap sunnatullah , insyaAllah, akan melahirkan keluarga yang penyejuk di mata penawar di hati, bahagia di dunia cemerlang di akhirat.

Uswah Hasanah 

Uswah hasanah seorang suami merupakan suri tauladan untuk keluarganya. Segala tindak-tanduknya menjadi perhatian seisi keluarganya. 

Anak-anak lebih mudah meniru apa yang dibuat berbanding mendengar apa yang diucap oleh ayahnya. Seorang isteri juga lebih mudah mengikut apabila suaminya lebih perihatin terhadap dirinya juga perasaannya.

Seorang suami merupakan pemimpin bagi keluarganya.Jadikan diri contoh terbaik di dalam keluarga. Menjadi seorang suami merupakan amanah besar yang dipikul bagi seorang lelaki. 


Bila berjayanya akad nikah, maka seorang lelaki memikul tanggungjawab seorang wanita yang sebelumnya berada di bawah tanggungan ayahnya, kini berada di bawah tanggungannya. Didikan, agama, nafkah dan sebagainya yang ditanggung oleh seorang ayah.

Amanah

 
Perkataan amanah ini perlulah selalu diletakkan di dalam minda bahawa bukan perkara kecil dalam membina daulah islamiyah yang terkecil dalam masyarakat,iaitu keluarga. Ilmu memainkan peranan dalam menjalankan amanah sebagai suami, dan juga amanah apabila sudah bergelar seorang ayah.
 
Matlamat

Matlamat seorang suami atau ayah atau lelaki, perlulah punyai matlamat kemanakah hala tuju yang ingin dibawa olehnya dalam kehidupan berkeluarga ini. Sama ada ke syurga atau ke neraka?.. 


Mahu memberikan kemewahan dunia yang sementara dan berpoya-poya selagi nyawa masih ada? Mahu menjadikan anak-anak dan isteri sebagai perhiasan dunia semata atau sehingga ke dalam syurga? Jika mahu dibawa ke syurga, bagaimana caranya, apakah sudah ada?
 

Matlamat ini perlulah disematkan seboleh-boleh sebelum perkahwinan dilangsungkan , atau selepas bergelar suami. Jika sudah terlajak, masih boleh diperbetulkan matlamat ini, selagi nyawa dikandung badan.
 
Istiqamah

Istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami, sifat istiqamah atau berterusan dalam melakukan amalan sangat-sangat menjadi titik penting dalam menjaga keharmonian dan juga kesan didikan kepada isi keluarga. 


Jika seorang suami atau ayah, tidak istiqamah dalam perbuatannya, manakan mungkin dia akan menjadi uswah (ikutan) terbaik bagi isteri dan anak-anaknya.
 
Didikan seorang ayah / suami yang dalam tegasnya terselit didikan, dalam garangnya punyai asuhan dan dalam tuturnya penuh dengan kemesraan. Semuanya perlulah dalam kadar yang berterusan. Didikan kepada anak-anak dan isteri jika tiada sifat istiqamah ini, boleh runtuh sebuah institusi keluarga.


Kesimpulan

S - Sunnatullah & Syariatullah
U - Uswah hasanah
A - Amanah
M - Matlamat
I - Istiqamah

Sumber : Yahoogroups

Ahad, 24 Julai 2011

Membangun Keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah



Hak-hak Suami

1. Suami adalah pemimpin rumah tangga.

“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)..”(An-Nisa’: 34)

2. Suami dipatuhi dan tidak boleh ditentang

3. Tanpa izin suami, isteri tidak boleh mensedekahkan harta suami, dan tidak boleh berpuasa sunat.

4. Suami harus dilayani oleh isteri dalam hubungan badan kecuali uzur, dan isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya.

Rasulullah saw bersabda: “Isteri harus patuh dan tidak menentangnya. Tidak mensedekahkan apapun yang ada di rumah suami tanpa izin sang suami. Tidak boleh berpuasa sunnah kecuali dengan izin suami. Tidak boleh menolak jika suaminya menginginkan dirinya walaupun ia sedang dalam kesulitan. Tidak diperkenankan keluar rumah kecuali dengan izin suami.” (Al-Faqih, 3:277)

5. Menyalakan lampu dan menyambut suami di pintu

6. Menyajikan makanan yang baik untuk suami

7. Membawakan untuk suami bejana dan kain sapu tangan untuk mencuci tangan dan mukanya

8. Tidak menolak keinginan suami hubungan badan kecuali dalam keadaan sakit.

Rasulullah saw juga bersabda: “Hak suami atas isteri adalah isteri hendaknya menyalakan lampu untuknya, memasakkan makanan, menyambutnya di pintu rumah saat ia datang, membawakan untuknya bejana air dan kain sapu tangan lalu mencuci tangan dan mukanya, dan tidak menghindar saat suami menginginkan dirinya kecuali ia sedang sakit.” (Makarim Al-Akhlaq: 215)

Rasulullah saw juga bersabda: “(Ketahuilah) bahawa wanita tidak pernah akan dikatakan telah menunaikan semua hak Allah atasnya kecuali jika ia telah menunaikan kewajibannya kepada suami.” (Makarim Al-Akhlaq:215)


Hak-Hak Isteri

1. Isteri sebagai sumber sakinah, cinta dan kasih sayang. Suami harus menjaga kesuciannya. (QS Ar-Rum: 21)

2. Isteri harus diperlakukan dengan baik.

“Ciptakan hubungan yang baik dengan isterimu.” ( Al-Nisa’ :19)

3. Mendapat nafkah dari suami

4. Mendapatkan pakaian dari suami

5. Suami tidak boleh menyakiti dan membentaknya.

Pada suatu hari Khaulah binti Aswad mendatangi Rasulullah saw dan bertanya tentang hak seorang isteri. Beliau menjawab: “Hak-hakmu atas suamimu adalah ia harus memberimu makan dengan makanan yang ia makan dan memberimu pakaian seperti pakaian yang ia pakai, tidak menampar wajahmu, dan tidak membentakmu” (Makarim Al-Akhlaq:218)

Rasulullah saw juga bersabda: “Orang yang bekerja untuk menghidupi keluarganya sama dengan orang yang pergi berperang di jalan Allah.”. (Makarim Al-Akhlaq:218)

“Terkutuklah! Terkutuklah orang yang tidak memberi nafkah kepada mereka yang menjadi tanggung jawabnya.” (Makarim Al-Akhlaq:218)

6. Suami harus memuliakan dan bersikap lemah lembut

7. Suami harus memaafkan kesalahannya

Cucu Rasulullah saw Imam Ali Zainal Abidin (sa) berkata: “Adapun hak isteri, ketahuilah sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah menjadikan untukmu dia sebagai sumber sakinah dan kasih sayang. Maka, hendaknya kau sedari hal itu sebagai nikmat dari Allah yang harus kau muliakan dan bersikap lembut padanya, walaupun hakmu atasnya lebih wajib baginya. Karena ia adalah keluargamu Engkau wajib menyayanginya, memberi makan, memberi pakaian, dan memaafkan kesalahannya.”

8. Menghindari pertikaian.

Rasulullah saw bersabda: “Laki-laki yang terbaik dari umatku adalah orang yang tidak menindas keluarganya, menyayangi dan tidak berlaku zalim pada mereka.” (Makarim Al-Akhlaq:216-217)

“Barangsiapa yang bersabar atas perlakuan buruk isterinya, Allah akan memberinya pahala seperti yang Dia berikan kepada Nabi Ayyub (a.s) yang tabah dan sabar menghadapi ujian-ujian Allah yang berat. (Makarim Al-Akhlaq:213)

“Barangsiapa yang menampar pipi isterinya satu kali, Allah akan memerintahkan malaikat penjaga neraka untuk membalas tamparan itu dengan tujuh puluh kali tamparan di neraka jahanam.” (Mustadrak Al- Wasail 2:550)

9. Isteri tidak boleh memancing emosi suaminya.

Rasulullah saw bersabda: “Isteri yang memaksa suaminya untuk memberikan nafkah di luar batas kemampuannya, tidak akan diterima Allah swt amal perbuatannya sampai ia bertaubat dan meminta nafkah semampu suaminya.” (Makarim Al-Akhlaq: 202)

Ada suatu kisah, pada suatu hari seorang sahabat mendatangi Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, aku memiliki seorang isteri yang selalu menyambutku ketika aku datang dan mengantarku saat aku keluar rumah. Jika ia melihatku termenung, ia sering menyapaku dengan mengatakan: Ada apa denganmu? Apa yang kau risaukan? Jika rizkimu yang kau risaukan, ketahuilah bahwa rizkimu ada di tangan Allah. Tapi jika yang kau risaukan adalah urusan akhirat, semoga Allah menambah rasa risaumu.” Setelah mendengar cerita sahabatnya Rasulullah saw bersabda: “Sampaikan kabar gembira kepadanya tentang surga yang sedang menunggunya! Dan katakan padanya, bahwa ia termasuk salah satu pekerja Allah. Allah swt mencatat baginya setiap hari pahala tujuh puluh syuhada’.” Kisah ini terdapat dalam kitab Makarimul Akhlaq: 200

Rabu, 20 Julai 2011

Jangan selalu meminta bantuan orang lain




Kita tidak perlu terlalu mengharapkan sesuatu perkara yang telah kita lakukan seperti balasan daripada pertolongan yang telah diberikan. 
 
Dan kita juga tidak boleh mengharapkan bantuan orang tanpa berusaha atau mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin dapat dicapai dan dilakukan oleh manusia biasa.
 
Kita perlu memelihara hati agar sentiasa berfikiran terbuka dan positif dalam kehidupan seharian. Antaranya adalah seperti berikut: 
 
1. Tanpa mengharapkan balasan di atas pemberian atau pertolongan yang diberikan dan mesti menerima dengan hati yang ikhlas.

2. Memohon sesuatu atau berdoa kepada Allah S.W.T, mesti diiringi dengan usaha
dan menyedari bahawa Allah S.W.T yang Maha Mengetahui dan hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh memperkenankan permintaan dan harapan seseorang.

3. Jangan mengharap dan meminta bantuan orang lain semasa menghadapi masalah. Sebolehnya cubalah sedaya upaya untuk menyelesaikan sendiri masalah itu.


4. Jangan mengharap sumbangan atau ehsan daripada orang lain semasa mengalami kesempitan hidup sebolehnya mestilah berusaha untuk memperbaiki hidup.

Setiap sesuatu hanya akan berlaku dengan keizinan Allah S.W.T tetapi seseorang tidak boleh mengharapkan sesuatu tanpa melakukan apa-apa usaha. Oleh itu setiap manusia perlu berdoa, berusaha dan bertawakal. 
 
Begitu juga dalam menjalani dalam kehidupan seharian, jangan mengharap bantuan orang lain..

sumber : yahoogroups

Selasa, 19 Julai 2011

Bengkang Ubi

Pernah makan bengkang? Bengkang tepung, bengkang roti , bengkang ubi dan macam2 bengkang lagi. Kalau belah selatan diorang panggil bingka, utara mari, jadi bengkang nohh...

Saya paling suka bengkang ubi. Selalu makan yang di beli saja. Yang orang buat. Tak pernah buat sendiri.

Tah macam mana hari ni rasa macam nak cuba buat pulak. Ubi kayu memang dah ready, dah 3 hari suami cabut. Duk terletak elok jerr kat ceruk dapur tu. Banyak jugak. Kalau takat nak makan rebus memang tak habis. So tekad saya bulat, mesti buat bengkang!!

Tapi terfikir juga, kat rumah saya mana ada oven. "Nak bakar dengan apa?? " A"hh...pinjam loyang bengkang mak lah, yang boleh bakar atas dapur gas tu," hati saya berkata-kata. 

Tapi mak bagi tau yang pelapik loyang tu tak ada. Bila pelapik tak ada,kebarangkalian untuk ia masak dengan sempurna terlalu sikit.

Cuba ajelah. Tak cuba mana tau kan jadi ke tidak. Tepon mak, tanya nak letak apa kalau nak buat bengkang. Setelah mak menurunkan ilmu yang ada, saya mula mengorak langkah. Pegang seketul ubi kayu ,mak aihh...besaq gedabak. terkial-kial saya nak buang kulit.

"Bak sini.Ambik pisau besaq, mai nak buat bagi"..seperti biasa penyelamat saya menghulurkan bantuan. Sekejap aja ditakik-takiknya ubi kayu tu menjadi potongan-potongan yang kecil. Heh heh...mudah lah sikit kerja saya. Ok, boleh start menyagat.

Tapi tak mudah juga rupanya...Dekat setengah jam saya menyagat, barulah habis semuanya.Dalam hati berkata-kata "memang gigihlah sapa-sapa yang rajin buat bengkang ubi ni" Yang lain takpa lagi, nak menyagat, yang tak tahan tu.

Selepas menyagat proses menyiapkan adunan bermula. Siap adunan, masukkan dalam loyang dan bakar. Cuak jugak, jadi ke tidak ni. "Jadila"...sebab suami janji nak beli oven kalau jadi....

Selepas 45 minit saya jenguk kedapur. Bau macam dah nak hangit ni. Dah masak kot. saya mengagak. Padamkan api, buka tudung periuk. Hmm...dah ada rupa bengkang cuma tak garing bahagian atas. Yelah, api bawah aje kan. Kalau dapat bakar dalam oven rasa lebih elok kejadiannya. Tak pelah pes time mencuba. Okla macam tu pun. Nak tengok rupa bengkang tu . Tengok bawah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tara..................


Ok tak??? Ok la kot na..... Nak resepi?? He he ada yang nak??? Sapa nak resepi ambik kat sini

Ahad, 17 Julai 2011

RADIX FC

Radix Fc ni idea suami, sebagai ganjaran atas usaha dan penat lelah Aiman menyertai uji bakat PASTI. Menang pulak tu. Ummi pasti macam mana ummi, abah turut berbangga. Cuma biasalah lelaki, perasaannya sukar ditafsir melalui perkataan. Sebagai isteri, ummi sangat faham, terlebih faham sebenarnya.

Tak nak cerita panjang, layan gambar jer ekk...

Main-main dulu sementara abah order makanan

Sorang-sorang pun jadi yer  Deena

Ha...macam ni baru balance
Haa...makanan dah sampai..hoho
Nasi ayam percik

Nasi ayam madu
Makan-makan, jangan malu-malu

Laju jerr Aiman nih...

Makan la bang, jangan duk tengok orang
Nuha pun tumpang sekaki, makan Radix FC.

Aiman @ Majlis Ujibakat Pasti 2001


Majlis berlangsung pada hari Sabtu (16/7/2011) bertempat di Sek. Agama At-Toyyibah Changlun. Awal pagi lagi saya dah bangunkan Aiman. Suruh dia bersiap sebab suami nak hantar dia ke PASTI before 7.30 pagi. Biar dia pergi dengan cikgunya sebab diorang kena ada kat tempat kejadian before 8.20 pagi. Kalau pegi dengan kami takut tak sempat sebab nak uruskan adik-adik dia dulu. 


8.30 pagi baru saya dan suami bertolak ke Changlun. Sebelum tu singgah ambik emak saya kat rumah sebab emak pun nak tengok cucunya bertanding. Cucu yang sorang ni memang buah hati tok dan tokwan :)


Sampai kat tempat pertandingan peserta dan parents dah ramai. Tengok Aiman duk berlari di sekitar bangunan sekolah. Hmmm...Aiman mana reti duduk diam...aktif! Cikgu-cikgu pulak sibuk mendaftar dan menyiapkan budak-budak.

Kemudian cikgu panggil Aiman ke surau, nak buat latihan terakhir kejap. Saya sempat bisikkan dekat Aiman "Sat gi masa giliran Aiman, baca kuat-kuat tau. Aiman hebat kan??" Aiman angguk-angguk dan senyum. Nampak yakin. Langsung tiada riak gementar. Saya hanya menggeleng. Aiman...Aiman. Dalam hati berkata "Kalau terlebih berani dan nak mencuba, memang gen dari abah lah yang banyak...sebab kalau ikut ummi dia..he he malu-malu sikit dan kurang self esteemnya..."


Tanya cikgu Aiman, Kak Saba, Aiman akan start dengan hafazan dulu, kemudian nasyid last sekali baru membaca. Ok la...tapi terpaksa ke sana kemari sebab hafazan dan membaca dibuat dewan yang berasingan dengan nasyid. Saya dan suami tak apa, kesian kat tok Aiman yang duk sakit lutut tu, tapi sanggup datang sebab nak bagi sokongan kat cucu kesayangan.

Tok..penyokong kuat Aiman nih...
Jadi kami menunggu kat bilik hafazan dulu. Sampai turn Aiman tengok steady aja dia ke depan. Pilih soalan, ambil tempat dan terus menghafaz surah-surah yang diarahkan oleh juri. Surah-surah yang Aiman kena hafaz :- Surah al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah al-Nasr dan Surah Al-Ma'un. Alhamdulillah semuanya lancar.

Duk pilih soalan untuk hafazan

Mula menghafaz...wahid, isnain, salasah...
Habis hafazan kami bergegas ke dewan utama pulak. Tunggu turn untuk acara nasyid. Sampai turn Aiman dan kawan-kawan dia perform, mak aaiihh punyalah semangat sampai tak kira pitching dah. He he ikut lah Aiman ooii jangan ke laut sudah...





Group nasyid dari PASTI lain pun bagus-bagus. Ok la untuk kanak-kanak seusia mereka. Berani untuk mencuba.




Untuk acara seterusnya, kami bergegas ke bilik hafazan tadi. Tunggu turn untuk acara membaca. Lama sikit kat sini sebab giliran Aiman dekat-dekat akhir. masa ni dah tengahari. Budak-budak dah penat, ramai yang dah meragam. ada yang membaca sambil menangis terisak-isak. Saya tengok Aiman, masih cool, tapi agak gelisah. Penat dan kepanasan barangkali. 

Sabar menanti giliran

"Ummi, Aiman tak mau bacalah. Tak pandai la nak baca jawi" kata Aiman kepada saya. "Tak pa. Aiman cuba aja. Mesti Aiman boleh baca. Ala..macam yang Aiman dok baca kat rumah tu lah. Kan ummi beli buku jawi hari tu Aiman boleh baca" saya memujuk. Wajah Aiman nampak sedikit kelat. "Kalau tak boleh sangat nanti Aiman eja dulu , pas tu sebut." Saya terus memberi semangat. Aiman mengangguk. 

Deena masa ni pun duk kalut ke sana kemari. Seronok la dia. Budak ni pun tak reti duk diam. Ligat semacam...

Tengok tu, berpeluh-peluh.

Tengah posing nih


Sebaik nama dipanggil Aiman kedepan, pilih soalan ditangan juri dan terus membaca. Rumi lancar, English juga lancar, jawi?? Aiman memang betul-betul ikut perintah :) Ba Wau BU Nga Alif NGA BUNGA. Saya menepuk dahi.  Alahai Aiman, ummi lupa nak bagitau, eja dalam hati lah sayang. Ni kan pertandingan membaca bukannya pertandingan mengeja. Tapi tak palah Aiman, U've give a good try nak...Akhirnya Aiman selesai juga membaca. Alhamdulillah...

Pukul 12.30 hari pengumuman keputusan pertandingan dan juga upacara penyampaian hadiah. Alhamdulillah untuk keputusan keseluruhan bagi acara yang Aiman sertai :

Nasyid - Johan
Hafazan - Johan
Membaca - Tempat kedua

Menerima hadiah daripada Ustaz Muhtad, mudir Sek Agama At-Toyyibah.

Naik lagi kepentas.

Sekali lagi.
Aiman betul-betul happy hari ni. Seronok tengok Aiman dengan piala-piala kemenangannya.

Posing ngan piala yang dimenangi

Aiman JUARA yeahh...


Alhamdulillah, potensi Aiman terserlah. Sekarang tinggal ummi dan abah nak menggilap potensi tu supaya berkembang dan tidak malap dipertengahan jalan. ummi dan abah sangat berbangga dengan kejayaan Aiman.

Alfun Mubarak, Aiman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi