Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Isnin, 18 Jun 2012

Sarah Wed's

Dah dekat sebulan orang tu kawin. Baru sempat nak entry ttg wedding dia.

Dah nak buat cam ner. Tak banyak gambar yang ada dalam simpanan saya (sbb kamera saya tak berfungsi sangat pada hari kejadian).

Ni pun terpaksa ambik gambar daripada fb diorang. Maklumla pengantin baru agak sibuk...Gambar dalam fb pun banyak yang tak sempat upload.

'Ala kulli hal...
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SARAH DAN SHUIB















Ahad, 10 Jun 2012

Ada Bahagia Menanti

Saya jumpa quote yang dishare kan oleh seorang teman ni masa sedang bermuka buku

Tertarik...lalu saya sharekan pula dalam muka buku dan blog kesayangan saya ni.

Sekurang-kurangnya buat azimat hati yang sedang walang...


Tunang Naim

Kali ni nak post entry tentang tunang Naim pulak. 

Dak Naim ni @ lebih dikenali dengan panggilan Pak Tam dikalangan anak buah merupakan adik saya yang ke 8. Dia ni abang pada Zakuan @ achik yang saya buat entry pertunangannya baru-baru ni.

Ekceli, Naim bertunang 2 minggu selepas achik bertunang. Heh ! Berlumba-lumba bertunang pulak ye hampa dua orang nih. Haih....

Tunang Naim ni orang Langkawi. Ha...kali ni sempatla saya turut serta masa majlis pertunangan diorang. Siap ambik cuti lagi tuh... Rugi la tak pi...fully sponsored tawww...

Nama tunang Naim, Norhaida Yaacob. Kata Naim Haida ni ex-classmate dia masa kat SMKAK dulu. Hu hu... ni gayanya cinta monyet dah jadi kenyataan la ni. What ever la Naim ooiii!!!

Walau macam mana pun kami sekeluarga mengharapkan Naim gembira dan bahagia  dengan pilihan hatinya...


Naim &  Haida
Tok Ngah yang sarungkan cincin


Pak Cik jadi jurucakap majelis...hantaran...maskahwin...biarlah rahsia....
He he...enterframe no...
Mak aiiih....angle gambor nih memburukkan keadaan...selambak...

Sabtu, 9 Jun 2012

Selamat Ulang Tahun Abang...

Selamat Ulang tahun Yang ke 37 suamiku. 
Semoga rahmat Allah sentiasa bersama-samamu.


Khamis, 7 Jun 2012

Doa Bulan Rejab

Dah masuk pertengahan Rejab, sedang hambaMu ini masih leka  dengan urusan duniawi. 

Berapa sangatlah masa yang ku jalani untuk memohon limpah rahmah dan maghfirahMu.

Ya Allah, janganlah sampai aku Kau masukkan ke dalam golongan orang-orang yang lalai (ghafilin)

Syaaban bakal datang, Ramadhan kan menyusul kemudian.
Ya Allah Ya Tuhanku...

Berikan kekuatan padaku untuk terus bermohon dan bermunajaat kepadaMu. 

Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat yang sebaik-baiknya untuk aku memohon pertolongan.


Rabu, 6 Jun 2012

Percayalah Pada Allah


Pertolongan Allah itu sangat dekat. Percayalah kuasa Allah melebihi segala-galanya. InsyaAllah.




Ahad, 3 Jun 2012

Happy Birthday Deena Sayang

 
Dah 4 tahun umur puteri kedua saya ni. Cepat nya masa berlalu. Terasa baru semalam melahirkan

Deena semakin dewasa. Banyak aksi keanak-anakannya yang kadang kala yang menghiburkan jiwa. Pun begitu tak kurang juga adakalanya menyesakkan dada.

Mulut mungil nya yang tak henti-henti berkata-kata sampai kadang-kadang tak terjawab setiap pertanyaannya.

Bila tak larat melayan kerenah, mulalah umminya naik hangin satu badan. Kesian Deena, terkebil-kebil matanya melayan amarah ummi. 

Namun percayalah, jauh disudut hati, saya terlalu menyayanginya...


"Selamat Ulang Tahun Puteriku....Moga dewasamu menjadi puteri yang Solehah..."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi