Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Jumaat, 28 September 2012

Balik Kampung

Acara mingguan kami...yupp...hampir setiap minggu. 

Hujung minggu memang kami sekeluarga di kampung. Kalau ada minggu yang tak balik, memang serba tak kenalah En. Tahiri. 

Yang ada kat kampung pun bertalu-talu lah panggilan dan juga sms bertanyakan kenapa tak balik.

Kali ni balik ke kampung, dah dekat maghrib baru nak sampai. Sempatla saya snap gambar panorama kampung masa tu...

Jom layan gambar...







































Khamis, 27 September 2012

Thank's Wa

Kami lunch di Redza BKH hari ni. 


Dah lama tak kesana. Kalau saja-saja nak p lunch disana pun pikir bnyk kali. Kalau sekitar Arau ni bolehla main redah ajer.


Saya baru jer sembang2 dengan Ta, kalau dia nak menjenguk rumah dia kat BKH saya nak ikut sekali. Pas tu nak singgah ke Redzha, pekena tomyam putih ikan dia yang sedap tu. Huish...terbayang-bayang...


Alhamdulillah, Allah yang Maha Mendengar...disampaikan hajat saya tu melalui teman saya Salwa. Macam tau2 ajer Wa ni...:-)   Pelawaan Wa kami sambut dengan hati yang suka.


Thanks Wa, krn sudi belanja kami makan. Mudah2an dimurah rezeki , lain kali blh belanja lg ekk... He he he...

Tomyam isi ikan dia memang sedap...habis licin kami hirup
Wa pesan nasi goreng USA untuk kitorang semua (betul ker USA nih..he he he). Anyway rasanya sedap bila digandingkan dgn tomyam isi ikan tu.
Ayaq nyioq muda...ini pilihan saya...

Isnin, 24 September 2012

Sharing is caring...

Nice sharing...

Kadang², kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa.
Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan. bersyukurlah. :)



Sabtu, 22 September 2012

An evening at Kampung....

Suatu petang disebuah kampung bernama Gulau...

Nuha, kalau balik kekampung, pantang terlepas daripada 'grill' rumah mak cik memang itu lah keje dia. 

Hai...bila lagilah kan nak merasa main-main macam tu, dengan pasir... dengan tanah...

Kalau kat Jitra...jangan harap...

Tu...tak sedar ummi duk belakang dia 
Bila dah perasan kata orang duk tengok dia mulalah...
Buat aksi tersendiri
Dah malu-malu kucen la pulak...konon
Close up seket...siap buat peace tu...
Pantang dihalakan kamera, ada saja gaya
Kadang-kadang bersahaja
Kadang-kadang pelbagai gaya
Bila saya mengalihkan pandangan kesebelah sana, nampak figura seoarang lelaki yang sangat saya kenali.

Ohhh...patutlaa Nuha sibuk main pasir...abah pun duk ralit main tanah gak yerrr...

hepp...nak kena nie...

Sedang isi tanah dalam polibag untuk disemai dicucuk batang getah
Bila tanya "tak penat ke abang????"

Katanya : "Takkk... (senyum)"
Hurmmm...

Kadang2 saya tanya dia...
"Tak cukup ker abang duit gaji yang kita dapat tiap-tiap bulan tu?"
Jawabnya : "InsyaALLAH cukup, tapi abang ada perancangan hebat untuk masa depan kita"
Hurmmm...speechless.

Mari kita tengok pelakon tambahan dalam kisah ini...

Dua ekor ayam Makcik Mek sedang sibuk membincangkan perancangan masa depan mereka...heh heh heh

Rabu, 19 September 2012

Akhirnya ku tukar juga handbag itu...

Hmmm...akhirnya...

Setelah menangguh untuk kesekian kalinya, maka hari Ahad lepas saya ajak suami ke pekan untuk merealisasikan hajat yang tertunda

BARU...Tak buang tag lagi tu ...he he
Sebenarnya ini rutin saya setiap tahun...tukar handbag. Selalunya bulan 4 @ 5 adalah masa untuk saya beli handbag baru. Inipun dah terlajak masa, dah masuk bulan 9 dah...

Tapi itulah...setahun cuma sekali. Kalau jadi dua kali setahun memang agak pelik la tu...

Dalam satu masa, saya cuma ada satu hand beg untuk digunakan. 

Tak kiralah dalam apa jua keadaan, ke ofis, ke majlis kenduri kendara, kepasar/pasar malam, makan angin, balik kampung, beg yang satu inilah yang saya usung .

Memang inilah sifat saya. Saya ni jenis yang bila beli sesuatu barang, pakai yang ituuulah sampai naik kusam atau pun koyak.

Tak reti lah pulak nak bergaya bagai...setiap hari bertukar hand beg atau kasut untuk di matchkan dengan baju yang saya pakai. Itu bukan saya...

LAMA...nak berdiri tegak pun dah tak larat, la'ih sungguh.
Dalam memilih beg tangan, bagi saya jenama bukan ukuran. Asalkan berkualiti dan harganya mampu milik, ia menjadi pilihan saya.

Tentang warnanya pula, saya cuma menggemari warna-warna yang gelap atau warna-warna pastel. Belum pernah lagilah saya beli handbag dengan warna-warna yang agak kontra. Bukan apa, warna-warna sebegini lebih mudah dipadankan dengan apa jua warna baju...:-)

Dan saya pastikan penggunaan optimum ke atas beg tu, sangat optimum sehinggakan bila saya tukar beg baru, beg lama tu dah tak tergamak nak diberikankan kepada orang lain. (kalau bagipun tak der orang yang nak kecuali cik tong...he he he) 






Ahad, 16 September 2012

Happy Birthday Aiman...


Genap 7 tahun usianya putera sulung saya hari ini. Satu-satunya putera kami...the one and only... 

Selamat Ulangtahun Sayang
Semoga kamu sentiasa dibawah lembayung rahmat dan kasih-sayangNya.

Semoga kamu beroleh kejayaan dan kebahagiaan hidup didunia dan juga akhirat.

Jadilah anak dan abang yang baik, kerana dibahumu terpikul amanah memelihara kesejahteraan keluarga, agama dan negara.



Khamis, 13 September 2012

Sekitar Merdekaraya dan Majlis Persaraan Timbalan Pengarah KMP

Malas nak tulis banyak2...nak tempek gambar jer...

Kepala tengah nenong...nenong...mood pun merudum...

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi