Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Jumaat, 30 November 2012

Cuti-Cuti Malaysia...Pantai Timur 4

Hari Keempat Ahad - 18 November 2012


Ambil laluan pantai ke Kuala Terengganu. 


Perjalanan lebih 2 jam tak terasa sambil menikmati panorama pantai yang indah dipandang mata.


Sempat juga singgah di Pantai Rhu Sepuluh sebelum menuju ke destinasi, rumah sahabat suami, Cikgu Nizam (terima kasih untuk layanan sepanjang kami berada disana)


Di Terengganu, hanya sempat ke Pasar Payang (tu pun dah hampir petang - mood shopping mmg dah menurun - just beli beberapa helai kain batik saja)


Minta juga Cikgu Nizam bawa ketempat keropok lekor (apa lagi buah tangan yg wajib kalau ke Pantai Timur).

Pagi esoknya awal2 lagi bertolak pulang ke Kedah.


Khamis, 29 November 2012

Cuti-Cuti Malaysia...Pantai Timur 3

Hari ketiga (Sabtu - 17/11/2012)

Pagi ni kami sarapan kat luar. Kami makan nasi dagang area Tok Bali (lebih kurang 8km drpd kwsn chalet kami. Pulang drpd bersarapan kami singgah sekejap ditepi pantai (tak ingat la pulak nama pantai tu, tapi memang sepanjang jalan kat sini akan nampak pantai la). 


Saja ambil angin pagi. Anak-anak teruja tengok pantai, umminya pun sama lah jugak. Sempat main tiup2 belon lagi. Sekali ngan abah pun tumpang sekaki.


Pas tu bila disuruh posing, macam2 gaya yang ada...


Hehehe... Ini yang seronok makan angin di Pantai Timur ni. Banyak pantai-pantai yang menarik ada disekitar sini.

Lebih kurang pukul 10.30 kami bertolak ke Hutan Lipur Jeram Linang. Pak Tam nak bawa kami berkelah, mandi air bukit. Saya dan family ikut saja.


Seronok juga sesekali berkelah macam ni. Saya tak mandi pun. Sekadar turun rendam kaki dalam air sungai yg sejuk tu. Anak-anak yang paling enjoy. Aiman dengan Nuha sampai tak mau keluar drpd air. Terjerit2 Nuha bila abahnya bawa naik ke atas. 


Pukul 3 kami kembali ke chalet. Layan tidur sekejap (letih main air, semuanya kepenatan) sebab petangnya kami bercadang nak kepantai. Tapi punya sedap tidur sampai terlajak la pulak.


Last2 pukul 6.30 baru dapat ke pantai. Pergi jalan kaki aje. Lebih kurang 10 minit drpd chalet (Pak Tam cari chalet yang tak berapa dekat dgn pantai sbb bimbang anak2 pi pantai sorang2) 


Best pantai kat situ. Kawasan belum komersial dan x ramai pengunjung. Saya cuma basah2kan kaki ngan air laut, manakala suami dan anak2 tak lepaskan peluang mandi pantai (mandi lagi...) sbb kesempatan macam ni bukan datang selalu. 


Bila dah balik ke Jitra nanti, asyik2 hadap Pantal Halban dak pun Pantai Johor jerr... Seronok...dah dekat maghrib baru kami balik ke chalet.

Malam, lepas maghrib kami keluar lagi ke Tok Bali, cadang nak pekena ikan bakar (pagi tadi dah riki tempat yang sesuai untuk makan ikan bakar) Medan Ikan Bakar Tok Bali kot kalau tak silap nama tempat ni. Ramai gak pengunjung, kebanyakannya orang luar macam kami.

Tp bila sampai tak order pun ikan bakar. Suami dan Deena order nasi goreng, manakala saya dan Aiman pilih maggie ketam. Saya tambah sotong dan udang celup tepung sebagai pelengkap hidangan. 


Okla makan kat sini. Nak kata sedap sangat tak de la. Biasa-biasa saja.  (Rasanya sedap lagi makan kat Kola Perlis @ kat Redza BKH nun) 

Lepas makan kami pulang ke chalet. Anak-anak saya suruh tidur awal, manakala saya kemas barang2 sbb esok pagi2 lagi kami nak bertolak ke Kuala Terengganu.

To be continue...

Rabu, 28 November 2012

Cuti-Cuti Malaysia...Pantai Timur 2

Hari Kedua (Jumaat - 16/11/2012)

Hari kedua di Kelantan, Pak Tam bawa kami ke Rantau Panjang. Kira Pak Tam jadi tourist guide kamilah hari ni... 

Ekceli, saya memang nak sangat ke Rantau Panjang ni. Biarpun orang kata lebih kurang macam Padang Besar kat Perlis @ Bukit Kayu Hitam kat Kedah, nak pergi juga. 

Lebih kurang pukul 11 kami sampai di Rantau Panjang. Orang dah mula ramai. Puas juga 2,3 kali berpusing mencari parking. 


Memang banyak gerai jualan yang menjual pelbagai jenis barangan kat sini. Kebanyakannya pula barang2 dari negara jiran. Rambang matalah juga saya dibuatnya. ^-^ (ekceli barang2 ni lah juga yang dijual diPadang Besar)

Dari Rantau Panjang kami terus menghala ke Kota Bharu (slps solat Jumaat) sebab saya minta Pak Tam bawa kami ke Pasar Khadijah. Dah plan, nak beli tudung bawal banyak2. Banyak jugalah tudung yang saya borong. Cukuplah stok tudung untuk 2,3 tahun kot...(^,^)

Lepas shopping kat KB, kami kembali ke Bachok. Singgah sekejap kat Pantai Irama, ambil angin petang dan makan colek (aneka makanan laut yang dicelup tepung dan digoreng.)


Hampir maghrib kami bertolak balik ke chalet. Badan dah penat, mata pun mengantuk. 

To be continue...


Selasa, 27 November 2012

Cuti-Cuti Malaysia...Pantai Timur 1

Alhamdulillah, hajat yang dipendam sekian lama akhirnya terlaksana juga. 

Sebenarnya, sebelum ni kalau nak travel jauh2 dan berhari2 terfikir juga, mampukah wira (KBH5482) tua saya tu???

Tambahan pula, cuti saya dengan cuti suami dan anak-anak jarang sangat bertembung. Susah kalau nak bercuti jauh2 ataupun nak pegi mana lama2.

Tapi Allah sampaikan hajat kami tu tahun ni. Ada transport yang sesuai, cuti matrik yang bertembung dgn cuti sekolah (even hanya 2 minggu) Pantai Timur kami jelajahi (15 Nov 2012 - 19 Nov 2012).

Hari Pertama (Khamis - 15/11/2012)
Semua bangun awal . Masing-masing teruja. Nak berjalan jauhla katakan...Kami bertolak pukul 8 lebih kurang.


Dalam perjalanan sempat singgah sekejap dirumah Ustz Asri kat Grik, best fren En. Tahiri masa study kat UPSI. Dah tengahari masa tu. Ustaz Asri ada pelawa kami makan tghr kat rumah dia. Tapi terpaksa kami tolak. 


Sebenarnya kami dah makan kat hentian Perah sebelum tu. Lagipun kesian tuan rumah, terima tetamu tiba2. (Ni kes tak tepon dulula habaq nak singgah niii...) .Kelam kabut diorang suami isteri, dah la pagi tu baru jer sampai dari mengiringi rombongan sekolah ke Melaka. ^_^




Perjalanan diteruskan. Singgah sebentar dihentian Titiwangsa. Suami sorang saja yang turun. Saya dan anak2 tunggu dalam keta. 

Menikmati pemandangan dari puncak titiwangsa memang mengasyikkan. Tetapi sesekali rasa seram juga sebab suami parking keta dekat sangat ngan jurang. Kepala membayangkan macam2. Ishhh...ngeri...


Masa kat titiwangsa dah start call Pak Tam, kata Pak Tam dari situ dlm 2,3 jam sampaila ketempat dia nak pick up kami.

Lebih kurang pukul 5 kami jumpa Pak Tam depan UITM Machang. Lepas jumpa Pak Tam, kami just follow dia ke chalet yang ditempah untuk kami menginap sepanjang bercuti kat Kelantan.

Dah dekat pukul 6.15 sampailah kami ke Permai Resort, Pantai Sri Telong, Bachok.



Kami meninjau ke dalam chalet. Ruangan dalam yang sangat selesa dan agak luas. Ada 1 double bed dan 2 single bed. Lebih dari cukup untuk kami 5 beranak. Thanks Pak Tam... ^_^



Anak-anak pula riuh rendah bermain dengan playground yang disediakan oleh tuan punya chalet. Memang enjoy habis tengok diorang tu. Tak tau rasa penat walaupun menempuhi perjalanan hampir 1 hari. Haishh...budak-budak ler katakan... 


Pak Tam suruh kami berehat2 dulu. Katanya "malam nanti kita bakar ikan". Memang betul pun, lepas maghrib kami berziarah kerumah Pak Tam kejap. Lepas tu Pak Tam sekeluarga datang ke chalet dengan membawa ikan segar untuk dibakar. 

Hasil laut pantai timur memang tak mengecewakan. Manis dan sedap rasa isi ikan tu walaupun Mak Tam just perap dengan garam saja. Suami pun kata macam tu.


Habis saja acara bakar membakar, kami semua masuk kedalam chalet. Masing2 dah tak sabar2 melelapkan mata. Letih sangat rasanya...

Kejap saja dah zzzzzz...

To be continued...

Ahad, 25 November 2012

Happy Anniversary



Tanggal ini tanggal keramat...

8 tahun menyulam cinta, dalam redha Allah dan ibubapa. 

Penuh suka dan duka.

Dikurniakan dengan tiga orang permata hati pelengkap bahagia.

Sempurna rasanya hidup, amat bermakna.

Doaku agar ikatan ini berkekalan hingga ke JannahNya...



Isnin, 12 November 2012

Majlis 'Idul Ilmi SERIAS 2012

Majlis berlangsung 10 November baru2 ni bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar2 yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada peperiksaan akhir tahun baru2 ni.











Tahniah Aiman
~ Tempat kedua dalam Tahun 1 Islam
~Terbaik m/pelajaran B.Melayu,B.Inggerisdan Al-Qur'an Hafazan

Barakallahulaka...kekalkan prestasimu anakku...



Sabtu, 10 November 2012

It's Holiday

Cuti dah mula...

Dan buat julung2 kalinya bertembung dengan cuti sekolah.

Walaupun 2 minggu tetapi sgt bermakna...

Semoga cuti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bersama keluarga . InsyaAllah..

Sabtu, 3 November 2012

Surprise....

Belated birthday surprise daripada AJK Penerbitan Pusat Islam KMP.











Thanks kepada semua AJK yang meraikan, terutama Amir Suffian...The Master Mind...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi