Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Rabu, 30 Januari 2013

Jemputan Walimah di College Heights Utara

Memenuhi jemputan walimah anak jiran kat Country Heights Resorts & Leisure, Sports Living Club, weekend baru-baru ni. Lepas makan ronda-ronda keliling sekejap. 


Best tempat ni... Kawasan sekitar sangat selesa dan pemandangan yang menyegarkan mata.


Anak-anak teruja tengok swimming pool yang ada kat tepi dewan. 


Jenuh kepung dan pesan supaya tak pegi dekat sangat dengan kolam tu. 


Kalau dibiarkan takut ada yang terjun pulak dalam tu.


Isnin, 21 Januari 2013

Yusuff mee udang @ Pulau Sayak

Agenda hujung minggu kami baru-baru ni...


Asalnya plan nak ke Sg. Petani, nak ziarah new born baby Mak Lang Masnira. Dah 20 hari baru sempat nak p tengok. tapi tak ambil gambar baby pun...


Terus lajak ke Tanjung Dawai. Just a window shopping... Tak beli banyak barang pun, tapi penuh lah jugak tangan kiri kanan ni hah...


Dari Tanjung Dawai kami ke Pulau Sayak, pekena mee udang yang dikhabarkan terkenal disekitar Kuala Muda.


Hmm...not bad... bolehlah melepaskan kempunan mee udang Kuala Sepetang hari tu...hehehe...


Yang seronoknya anak-anak, bolehlah berlari-lari ditepian pantai ...

Isnin, 14 Januari 2013

Barakallahulakuma...


First entry untuk 2013, kita mula dengan khabar2 yang menggembirakan.


Alhamdulillah, Achik telah pun selamat bergelar suami. 


Rasa ternampak-nampak lagi Achik yang kecil, nakal, lasak...hero Taman Mahsuri satu ketika dulu. Siapa yang tak kenal anak Pak Hj Rahmat dan Kak Normah yang sorang ni...


Cepatnya masa beredar, Achik sekarang sudah beristeri. 

Selamat datang buat Intan Aniza ke dalam keluarga besar kami


Barakalluhulakuma wabaraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair...Ameen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi