Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Isnin, 11 Mac 2013

LAWATAN KONSTEKTUAL KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH

Selesai sudah tugas menjadi pengiring AJK Pusat Islam dan AJK Biro Kerohanian JPP KMP dalam Program Lawatan Konstektual Ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK). 


Seramai 8 orang pensyarah dan 75 orang pelajar terlibat dalam aktiviti lawatan kali ini.


Kami sampai di Kompleks Mahkamah Syariah Alor Setar lebih kurang pukul 10 pagi. Disambut oleh urusetia yang terlibat dan terus dibawa ke dewan ditingkat 4. Taklimat diberi oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Syaria iaitu Tn. Syeikh Hj. Abd Ghani tentang peranan dan fungsi JKSNK.


Seterusnya kami dibawa melawat ke bahagian pentadbiran dan dewan-dewan perbicaraan disini. Sambil melawat sempat juga snap beberapa keping gambar. Tinggal tak duduk dikandang pesalah sahaja.


Dalam pada tu, pihak JKSNK berbesar hati mengadakan jamuan ringkas untuk semua peserta diakhir lawatan di JKSNK.

Kami kemudian menuju ke Masjid Zahir Alor Setar untuk menunaikan solat Zohor sebelum makan tengahari di Restoran D' Dapur Ibuku. 


Suka dengan konsep restoran ni, sangat ekslusif dan sesuai untuk acara makan-makan, tak kiralah bersama keluarga mahupun rakan sekerja.


Memilih menu Pakej D dimana hidangan untuk 6-7 orang makan, setiap meja disajikan dengan nasi putih, tomyam campur, paprik campur, ayam pedas ala thai. siakap 3 rasa, telur dadar kangkung goreng pedas dan juga 1 jug air oren.

Untuk keseluruhan menu yang disediakan memang menyelerakan dan menepati selera. 

Lawatan diteruskan lagi ke Pekan Rabu Alor Setar, tetapi saya tak ikut. Nak cepat balik sebab anak cuma transit kat rumah mak. kesian la pulak kalau dibiarkan lama-lama. 

Isnin, 4 Mac 2013

Program sembelihan KMP dan cif

Minggu ni ada event penting untuk UPIM dan Pusat Islam (PI) KMP.  Sepanjang minggu ni dijadualkan akan berlangsung College Islamic Festival (CIF).


Macam-macam aktiviti yang telah dirancang dan akan dijalankan,ada pertandingan, ada game, ada forum, ada treasure hunt dan macam2 lagi.  

So para lecturer dan pelajar kenalah memainkan peranan masing-masing supaya semuanya berjalan dengan lancar.


Salah satu program dalam CIF ni adalah Program Sembelihan yang telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu baru-baru ni.


Macam-macam gelagat peserta, baru pegang burung pun dah terjerit2. Tu belum amali sembelihan lagi tu... 

Sebelum sembelih burung, tunjukcara sembelih kambing telah disempurnakan oleh Ustaz Ubaidillah.

Apapun tahniah kepada peserta-peserta yang telah berjaya melalui program amali dengan jayanya. Yang perempuan pun pulun gak menyembelih...


Kemuncak acara, pakat gotong royong memasak kat masjid menyediakan makan tengahari untuk semua peserta yang terlibat. menunya Puyuh Goreng Masam manis dan kari Kambing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi