Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Rabu, 28 Ogos 2013

Cerita Raya 2013

Finally...


Dapat jugak buat entry hari raya. Tu pun setelah menunggu ihsan adik2 post gambar2 raya dari kamera diorang.


Tahun ni giliran beraya di kampung En. Tahiri. Pagi raya pertama, macam biasalah En. Tahiri dan Aiman ke masjid sembahyang hari raya. Deena pun ke masjid ikut mak cik mek. Saya ngan Nuha pula tunggu kat rumah jerr...nak kemasjid sama duk fikir kan Nuha. Bukan reti duk diam budak tu.



Lepas sembahyang raya baru lah kami berjalan2 ke rumah adik beradik En. Tahiri. Tu pun pegi beberapa buah rumah. Menjelang zohor dah balik. Tak de gambar raya pertama tahun ni. Entah, nak suruh sapa ambik pun tak tau...hehehe...


Raya ke dua masih di kampung. Pagi ke kubur arwah mak mentua, kemudian beraya ke rumah sepupu En. Tahiri. Tak boleh lama2 sbb sembahyang Jumaat. Petang tu pula bawa anak2 mandi sungai di kebun En. Tahiri.


Raya ketiga, kami bertolak ke Baling. Ada family gathering. Berkumpul ramai2. Campur2 semua lebih 200 orang rasanya. Apa taknya anak menantu dan cucu2 mak dan abah saya pun dah dekat 40 orang. 


Tahun ni pulak semua turun. Memang meriah betul. Dah macam kenduri kecil rasanya. Ada setengah tu tak penah tengok pun. Jadi, inilah masanya nak kenal2 dengan ahli keluarga yang lain.

Sempat jugak kami beraya ke rumah tok cik. Ramai2 pergi bertandang mmn havoc la jadinya....


Dah ke Baling, sempat jugak lajak ke rumah Ustz. Amin di Kupang, antara best fren En. Tahiri masa kat UPSI dulu. Tahun lepas nak datang beraya Amin tak de kat rumah. Tahun ni En. Tahiri dah inform awal2 maka dia sekeluarga memang menantilah kedatangan kami.


Raya ke empat pulak family bbq kat rumah saya. Ini tahun kedua acara bbq raya berlangsung. Kali ni jemputan agak ramai di mana sepupu sepapat pun turut memeriahkan majlis tersebut. Memang happeninglah. Seronok pulak duk main bakaq2 kat halaman rumah. 


Antara menu yang tersenarai untuk bbq, ayam, sosej (spansored by Ct) dan segala jenis ball (sotong, ketam, udang). Ada juga nugget dan fries (sponsored by Naim). Menu lain bihun dan yee mee sup serta mee kari (sponsored by Mak Su) Alhamdulillah apa yang disajikan memang cukup untuk semua tetamu yang datang. 


Tengah duk bbq hujan turun lebat sungguh, so terpaksalah tetamu berteduh kat bawah porh rumah. See, untung jugak buat porh besaqkan. Takat kenduri adik beradik tak payah sewa khemah bagai. Hehehe..

Rasanya event malam ni yang paling  meriah... dan rasanya acara ni sesuai dijadikan acara tahunan. Insya Allah, tahun depan kita kumpul dana supaya program bbq raya ni boleh direalisasikan dengan lebih jayanya...


Pagi raya kelima kami adik beradik suami/isteri dan anak2 berkumpul di rumah mak dan abah. Acara hari ni adalah sesi penggambaran keluarga. Ramai sungguh... Jenuh jugak nak atur anak cucu duk elok2 supaya sesi penggambaran berjalan lancar. 


Selesai bergambar, kami kerumah angah. Angah jamu kue teow goreng dan buah dokong. Duk sekejap saja, sbb lepas tu kami ke rumah cu pulak (adik bongsu abah). Rumah cu antara yang wajib kami kunjungi pada musim2 perayaan. 

Petang kerumah kawan2 En. Tahiri. Rumah Rosnan (di taman Tunku Sarina) kawan masa kat Kudat. Dan rumah k.Zan (Kg. kedundung) kawan se UPSI. Banyak lagi rumah yang nak dituju tapi masa tak begitu mengizinkan. Insya Allah akan berkunjung paga raya tahun2 hadapan... 

Isnin, 26 Ogos 2013

Daging Kuda

Malam-malam berbahagi daging kuda dengan sedara dan jiran-jiran.

Jenuh offer jugak sebelum ada yang nak. 

Biasalah daging kuda kan jarang-jarang sekali didapati. Jarang pula dimakan. Kalau daging lembu, kambing...confirm ramai yang nak.















Selasa, 20 Ogos 2013

Mandi Sungai Di Hari Raya


Wahhh....lamanya tak hapdet blog ni, dah bersawang pun. 

Banyak cerita yang tak sempat nak ditulis. Nak rewind balik pun...berjujuk2 sangat. Macam2 ada. Biarlah sebahagiannya tersemat disudut ingatan.

Gambar raya??? Banyak!!! Tapi semuanya dalam kamera adik2 saya. Dalam kamera saya satu pun takdak. Hehehe...


Yang ada cuma gambar mandi sungai petang raya kedua. Tu pun sbb nak melayan kehendak anak2. Dah lama tak mandi sungai kata diorang. 


So, En. Tahiri bawa kami mandi sungai kat kebun dia. Privasi tempat ni. Mmg tak dak orang lain. Tu yang syok tu. Tapi nak masuk sini kena naik motor atau guna 4 wheel drive la, jalan dia tak berapa elok. Tapi no problem sbb black giant En. Tahiri kan ada...bila lagi nak uji kemampuan...hehehe


Pepun...anak2 mmg enjoy habis. Si Nuha berendam sampai naik biru lebam badan. Ajak naik tak mau sampai ke sudah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi