Disebaliknya tersembunyi hikmahNya
Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!
Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...
Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa
Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...
Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa
Khamis, 20 Oktober 2011
It's My Birthday
Pada tanggal inilah 3... tahun dahulu saya diputerikan di Klang selangor.
Ya Allah...
Syukur pada Mu atas nikmat usia dan kesihatan yang Engkau berikan selama ini. Semoga nikmat ini menjadikan hambaMu ini insan yang beriman dan beramal soleh sentiasa...
Selamat Ulang Tahun Kelahiran juga buat teman seperjalanan, Ta yang berkongsi tarikh kelahiran hari ni. Semoga panjang umur dan murah rezeki ya...
Ahad, 16 Oktober 2011
Aiman @ Ujian Kelayakan Kemasukan Sekolah Rendah Islam Alor Setar
Firstly, nak ucapkan tahniah buat sahabat saya yang baru menceburkan diri ke dalam dunia blog. Welcome to the blogging club Ta. Wah! Wah! Makin bertambah ahli unit yang ada blog sendiri sekarang ni. Meriah gitu. Anda boleh membaca tulisan beliau di blog Seuntai Rasa Secangkir Bicara. Lepas ni ghajin-ghajin hapdet tau...
Ok lah. Kembali kepada tajuk di atas, nak cerita tentang Aiman yang menduduki ujian kelayakan di Sekolah Rendah Islam Alor Setar (lepas ni disebut SERIAS) kelmarin. Awal-awal pagi lagi kami keluar dari rumah menuju ke SERIAS. Sampai saja kat depan pagar sekolah, dah berderet kereta memenuhi ruang parkir.
Kami terus ke meja pendaftaran, daftar nama dan hantar Aiman masuk ke dalam barisan. Ramai betul calon yang hadir kelmarin. Semuanya membawa satu tekad dan harapan, untuk menjadi salah seorang warga SERIAS.
Kalau ikut taklimat yang diberikan keseluruhannya ada 170 orang calon, sedangkan cuma 105 tempat sahaja yang akan ditawarkan untuk murid tahun satu untuk sesi persekolahan 2012. Jadi, untuk berlaku adil, pihak sekolah terpaksa melakukan ujian kelayakan ini untuk memilih pelajar-pelajar yang layak meneruskan persekolahan di SERIAS.
Berdebar dada saya mendengarnya. Mampukah Aiman menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik? Bolehkan Aiman menghafaz dan menyebut semua hafazan yang diminta oleh penyoal. Hanya doa yang saya panjatkan dalam hati. Berilah kemudahan untuk Aiman Ya Allah...
Sebenarnya saya amat berharap agar Aiman tergolong dalam kelompok yang 105 orang itu. Entah kenapa saya betul-betul berkenan dengan biah sekolah ini dan berharap agar Aiman menjadi salah seorang pelajarnya. Mudah-mudahan harapan saya itu akan menjadi kenyataan. Mudah-mudahan juga Allah akan memakbulkan hasrat murni seorang ummi ini...
p/s : tunggu keputusan ujian satu minggu dari sekarang
Khamis, 13 Oktober 2011
Aiman dan peperiksaan
Minggu ni merupakan minggu yang penting bagi Aiman. Sepanjang minggu ni berlangsung peperiksaan akhir PASTI. Dan hujung minggu ni pulak Aiman akan menduduki Ujian Kelayakan Sekolah Rendah Islam Alor Setar.
Fuh!!! Aiman exam tapi ummi dia yang kelam kabut. Dok terfikir-fikir, macam mana lah Aiman jawab periksa hari ni. Boleh jawab ker? Betul ka tidak jawapan Aiman tu ?
Tapi Ummi tengok Aiman relax aja. Bagi sekolah siap dia bagitau lagi..."Ummi, Aiman cekaplah Ummi. Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu semua Aiman boleh jawab". Sengih-sengih lagi tu...
Hmm...kalau Aiman boleh jawab Alhamdulillah. Walau pun Aiman baru di peringkat Pra Sekolah, ummi berharap Aiman mulakan lonjakan daripada mula. Biar Aiman sentiasa menjadi hambaNya yang cemerlang, dunia dan juga akhirat. Aiman juga model kepada adik-adik. Bila Aiman cemerlang InsyaAllah Deena dan Nuha juga akan berusaha untuk menjadi cemerlang.
Dan Ummi juga berharap Aiman menjalani ujian kelayakan hujung minggu ni dengan jayanya. Sebab ummi sangat-sangat berharap Aiman dapat menjalani persekolahan di sekolah tu. Mendalami ilmu agama sebanyaknya disamping ilmu akademik. Semoga Aiman menjadi anak ummi yang bertuah.
Ahad, 9 Oktober 2011
Lemang Lepas Raya
Salam pagi Ahad semua.
Nak tulis entry pasal lemang lah hari ni.
Kami balik kampung hujung cuti hujung minggu baru-baru ni.. Suami dan ipar duai pakat-pakat nak buat lemang. So, kami pun tumpang sekaki. Dekat 4 gantang jugaklah beras pulut yang digunakan untuk buat lemang tu. Meriah...Macam nak sambut raya rasanya.
Ni kira balas dendamlah ni sebab raya puasa hari tu tak sempat nak bakar lemang. Jadi, kali ni buat besar-besaran. Dapatlah dekat 35 batang. Hmm...puas makan. Siap tapau bawa balik rumah lagi. Pagi ni sempat juga bawa ke tempat kerja. Bolehlah diorang merasa lemang Gulau. Alhamdulillah.
Ekceli, sebelum berkahwin dengan suami, saya tak pernah tengok orang buat lemang secara live. Selalu tengok yang dah siap masak dah. Yelah persediaan nak buat lemang aja dah bermacam2, bermula daripada nak mencari buluh, sampailah ke acara membakar lemang. Ya Allah...banyaknya keje yang nak dibuat. Bukannya senang. Padanlah diorang jual RM8-RM10 sebatang kot tepi jalan tu.
Tapi bila buat beramai-ramai kat kampung ni, pakat buat sorang sikit, keje yang banyak pun jadi mudah. Tu isteimewanya duduk kat kampung. Semangat gotong royong masih menebal, boleh mengeratkan silaturrahim sesama insan. Bahan-bahan pula banya yang boleh didapati disekeliling rumah.
Oklah, tak mau pot pet banyak-banyak. Jom tengok gambar-gambar yang sempat saya snap masa hari kejadian tu...
Buluh-buluh yang dah siap ditebang dan dipotong mangikut panjang yang dikehendaki |
Daun pisang menunggu giliran untuk dimasukkan ke dalam buluh lemang. |
Kumpul dulu kayu api... |
Hurry up.... |
Ha...kumpul banyak-banyak tau... |
Nuha ngan tok wan nya enterframe sat... |
Aktiviti membelah |
Rajin ler budak-budak ni nak menolong |
Pakat-pakat angkat sorang satu. Taruk kat dapur. Sat gi abah nak mesin nyoq pulak. |
Tok wan ambik alih tugas. Teropong buluh dulu... |
Gulung daun pisang.... |
Taruk dalam buluh lemang. Ejas-ejaslah sikit.. |
Buh beras pulut dulu..pas tu tuanglah santan |
Baris molek-molek...sedia untuk dibakar. |
Api jangan garang sangat no...sat gi rentung plak lemang tu |
Ha...jangan nak lari..tunggu lemang sampai masak |
Yea..yea..lemang dah masak... |
Hmmm...yummylicious... |
Cicah ngan rendang or gulai...Mak aiihh...sodapnya... |
Langgan:
Catatan (Atom)