Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan

Selasa, 9 Oktober 2012

Sekadar Renungan



Isnin, 9 April 2012

Belajar mengurus perbezaan pendapat

Fenomena permusuhan dan perpecahan sering dikaitkan dengan kegagalan mengurus perbezaan pendapat yang kadangkala melarat hingga mencetuskan pertelingkahan emosi serta memecah ikatan persaudaraan sesama manusia.

Hakikat harus difahami, perbezaan pendapat adalah satu fenomena semula jadi yang bersifat tabii. Wujudnya pelbagai aliran pemikiran hingga berlakunya perbezaan pandangan juga merupakan satu manifestasi kekayaan akal manusiawi yang harus ditanggapi secara positif sebagai satu wahana memperlengkapkan antara satu sama lain.

Ini turut diperakui dalam al-Quran: Jika Tuhanmu mengkehendaki nescaya tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat (Hud:118).

Apa yang pasti Islam tidak pernah menghalang perbezaan pandangan, tidak sekali-kali menyekat kepelbagaian aliran pemikiran, bahkan menggalakkan umat agar memaksimumkan keupayaan akal kurniaan ALLAH untuk sentiasa berfikir dan bersikap kritis dalam menanggapi sesuatu perkara berpandukan ilmu dan fakta sahih.

Bagi penulis isu yang lebih mendasar bukannya untuk mencari formula menyatukan pemikiran seluruh manusia. Apa lebih utama ialah bagaimana merungkai pendekatan terbaik untuk mengurus perbezaan pandangan itu.

Dalam konteks inilah Islam jelas menggariskan prinsip-prinsip penting yang harus dipegang setiap individu, terutama dalam menangani fenomena perbezaan pendapat.

Prinsip-prinsip tersebut termasuklah sikap keterbukaan kepada pandangan berbeza, tidak taksub kepada pandangan sendiri, berlapang-dada, saling hormat-menghormati dan sayang menyayangi antara satu sama lain.

Mungkin ada baiknya dinukilkan contoh perselisihan terbaik yang ditunjukkan oleh dua sahabat Rasulullah SAW, iaitu Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Banyak sekali riwayat sejarah yang mencoretkan pelbagai insiden perbezaan pendapat di antara keduanya seperti dalam isu memerangi golongan enggan bayar zakat.

Umar mengkritik pandangan Abu Bakar selaku Khalifah yang bersiap untuk memerangi kelompok yang ingkar membayar zakat. Kedua-duanya mempunyai hujah kukuh berasaskan nas dan hadis Nabi SAW. Namun kerana menghormati Abu Bakar sebagai pemimpin tertinggi kerajaan, maka Umar tetap patuh pada arahan Abu Bakar walaupun masih kuat berpegang pada pendiriannya.

Dalam satu lagi contoh perselisihan di antara mereka ialah mengenai tanah-tanah yang baru dibuka. Menurut Abu Bakar, tanah tersebut boleh dibahagi-bahagikan tetapi

Umar pula berpandangan sebaliknya, bahkan berpendapat ia hendaklah diwakafkan. Walaupun Umar memang dikenali seorang yang keras berbanding Abu Bakar, namun sekali lagi kerana menghormati dan mentaati Abu Bakar selaku khalifah, Umar tetap akur kepada keputusan tersebut.

Begitulah hebatnya akhlak dua sahabat paling mulia di sisi Nabi. Walaupun pelbagai perbezaan yang tercetus di antara mereka, namun sekali-kali tidak melunturkan walau sedikit pun rasa hormat dan kasih sayang di antara keduanya. Malah Abu Bakar r.a. tetap memilih Umar penggantinya sebagai khalifah walaupun beliau antara yang paling kritikal semasa pentadbirannya.

Demikianlah keadaan dua tokoh besar Islam yang seharusnya menjadi contoh ikutan bagi seluruh umat Islam hari ini. Umat harus dididik agar sentiasa berlapang dada dan bersedia untuk menegur dan ditegur. Yang menegur harus tahu cara terbaik untuk menyatakan pandangan tanpa mencetuskan riak-riak permusuhan, persengketaan mahupun kekacauan. Manakala yang ditegur tidak harus rasa gelisah kerana itu juga adalah sebahagian proses pemantapan dan pembaikan demi kesejahteraan semua.

Bukankah ALLAH sendiri pernah berpesan: “Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi ALLAH petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang berakal. (Az-Zumar:19)

Justeru sudah tiba masanya untuk dilakukan penjernihan sikap terhadap budaya perbezaan pendapat yang ada. Nilai-nilai kasih-sayang, hormat-menghormati, toleransi, berlapang dada, tidak taasub atau fanatik kepada pendirian sendiri mesti dipasakkan dalam diri setiap individu agar mampu mengurus perselisihan yang melanda.

Khamis, 15 Mac 2012

Mawar - Mawar Yang Sabar


Dah lama nak menulis tentang mawar-mawar ni.

Kenapa mawar-mawar yang sabar? Kerana mereka ini adalah wanita-wanita yang sabar menghadapi dugaan kehilangan suami tercinta.

Mereka masih muda, sedang menikmati indahnya percintaan di alam pernikahan. Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya.

Walau sedalam dan sebesar mana pun cinta mereka terhadap sang suami lebih besar lagi cinta Allah. Sehingga suami-suami mereka dipanggil pulang menghadapNya sekelip mata.
 
Kisah cinta mereka, kisah cinta yang menyayat hati. 

Membaca tulisan  mereka hati saya digamit pilu. Sarat dengan ingatan dan kerinduan terhadap suami tercinta yang telah pulang kepangkuanNya.

Mereka ibu-ibu muda yang diuji dengan kehilangan suami tersayang. Memikul amanah dan tanggungjawab membesar dan mendidik anak-anak, tanda cinta suami mereka.

Aduh....sungguh hati begitu lara...membayangkan andai saya di tempat mereka. 

"Tuhan....jangan uji aku begitu kerana lemahnya aku sebagai hambaMu..."

"Ya Allah...betapa kadang-kadang aku lupa untuk mensyukuri nikmatmu. Engkau kurniakan aku suami yang soleh, engkau titipkan aku dengan zuriat yang comel."

Betapa bertuah dan gembiranya saya menjalani kehidupan dikelilingi insan yang tersayang.

Dan cerita mereka, saya baca sebagai peringatan. 

Kerana selalunya kita merasa keberadaan mereka setelah mereka hilang dari pandangan.

Dalam blog ini juga saya titipkan ruangan khusus untuk memaparkan kisah isteri yang kehilangan suami. 

Kisah mereka... Mawar-mawar yang sabar....

Rabu, 14 Mac 2012

Muhasabah...

Sejenak renung-renungkan:
Walau kita INGIN, terkadang ALLAH kata TUNGGU..
Walau kita TAK MAHU, terkadang ALLAH kata PERLU..
Bila DIA katakan YA; Siapalah kita hendak MENIDAKKAN..?
Bila DIA berKEHENDAKkan; TIADA SIAPA MAMPU MENAHAN..!
Lantas, TERIMA SEADANYA akan KETENTUAN walaupun ia bukanlah PILIHAN,
Lantaran tiap-tiap TAQDIR bukanlah SIA-SIA KEJADIAN,
Maka, RENUNGI sebaiknya RAHMAT sebalik ANUGERAH ar-RAHMAN.
Lalu, JANGAN mempertikaikan RAHSIA TUHAN.
Kerana tidak mustahil andai akan hadirnya SENYUM di pertengahan SEDU SEDAN.
Atau DUGAAN sekadar KIFARAH buatmu ~ Laksana HUJAN membasuh LUMPUR yang telah terpalit sewaktu di simpang jalan.
Atau setidak-tidaknya ia adalah UJIAN bagi ORANG-ORANG YANG BERIMAN.
 
Renungi dengan mata hati..
Tafsirlah dengan akal kurniaan ilahi..
Jauhkan persangkaan buruk kepada ALLAH kerana DIA adalah seperti persangkaan hamba-hambaNYA.

Selasa, 21 Februari 2012

Jangan Mengeluh



KENAPA MENGELUH?
 
Kita selalu Bertanya...............dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?  
 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?  
 
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12 

Jangan mengeluh lagi....

Selasa, 5 Julai 2011

Alangkah Beruntungnya Menjadi Wanita


Darjat seorang wanita disisi Islam adalah sangat tinggi dan mulia. Wanita adalah golongan yang perlu dihormati, dijaga maruahnya, disayangi dan dikasihi . 

Seorang ibu yang telah  berkorban seluruh jiwa dan raganya untuk melahirkan dan membesarkan anaknya adalah merupakan seorang wanita yang dipandang mulia oleh Allah S.W.T. Allah S..W.T akan mengurniakan pahala dan kebaikan yang berlipat kali ganda untuk para wanita yang sanggup berkorban di jalan Allah.

Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam yang telah disebutkan di dalam beberapa hadith sahih dan difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Qur'an. 

Ini menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang solehah. 

Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga !

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih mulia darjatnya daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. Manusia yang takutkan Allah S.W.T pula akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya adalah sama seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyenangkan hati anak perempuannya pahalanya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w)

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga .

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".

8. Syurga itu letaknya di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila ayah dan ibumu memanggilmu serentak , Rasulullah s.a.w telah mengajar kita untuk menjawab panggilan ibu terlebih dahulu.
10. Wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup untuknya pintu-pintu neraka dan terbuka baginya pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, para malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya akan beristighfar untuknya selama mana dia masih taat kepada suaminya

12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula yang lebih berhak terhadap seorang lelaki ?" Tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W lagi, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia ke dalam syurga melalui pintu syurga yang mana satu yang dia kehendaki.

14. Setiap seorang perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mengurniakan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit ketika hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali Allah S.W.T.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 orang lelaki yang jahat.

22. 1 rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani suaminya dengan baik apabila suaminya pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang membenarkan suaminya keluar berjuang di jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, wanita itu juga akan menjadi ketua kepada 70,000 malaikat dan bidadari syurga dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, serta akan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga ananyak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia menghiburkan hati anaknya Allah akan memberi 12 tahun pahala beribadah.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan  membaca "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala seperti beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah akan mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid di jalan Allah.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sehingga mencukupi  tempoh(2½ thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan membawa khabar berita itu ke syurga dan syurga itu dikatakan adalah wajib baginya. Dan jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang sedang menangis, InsyaAllah Allah akan memberikan padanya pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya akan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya ,beliau akan mendapat pahala seperti 80 tahun beribadah.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan terus kepada wanita yang menutupi auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Oleh itu wahai para wanita muslimah yang dihormati dan disegani, bangkitlah dan niatkanlah setiap amalanmu adalah untuk mendapat keberkatan daripada Allah Yang Maha Esa. Semoga anda akan turut menjadi salah seorang wanita pilihan yang diberikan ganjaran syurga yang tiada tolok bandingnya diakhirat kelak. Amin. 

Sumber imej : Google Image

Isnin, 4 Julai 2011

Doa & Harapan


Ya Tuhan kami...

Janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat

Sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami

Ya Tuhan kami...

Janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya

Maafkan kami, ampunilah kami dan rahmati kami

Engkaulah Penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir

Ya Tuhan kami...
Jangan Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah

(Al- Baqarah;286)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi