Konsert berlangsung pada 6 Mac 2015
Disebaliknya tersembunyi hikmahNya
Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!
Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...
Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa
Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...
Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa
Memaparkan catatan dengan label Karierku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karierku. Papar semua catatan
Isnin, 9 Mac 2015
Rabu, 15 Januari 2014
Isnin, 30 September 2013
TOT- One In A Million
Kursus Training Of Trainer One In A Million ni berlangsung pada 25 dan 26 hb September lepas di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis.
Banyak pembentangan menarik daripada penceramah2 terpilih yang memberi maklumat tambahan kepada kami terutamanya tentang perbandingan agama.
Penceramah terdiri daripada Saudara Lim Jooi Soon, Firdaus Wong Hei Hung dan juga Mohd Amin Yaakob.
Isnin, 9 September 2013
Majlis Pelancaran Larian Obor SIPMA ke 5
Acara diadakan pada 7hb September baru2 ni. Hari Sabtu, tapi kami semua keje untuk menggantikan cuti Raya Haji nanti.
Saya terlibat sebagai AJK Jemputan dan Sambutan dalam majlis ni. Siap jadi usher pulak tu.
Tema pakaian hari ni merah hitam.
Walaupun awan berarak mendung, gerimis kadang2 lebat, acara tetap diteruskan sehingga tamat.
Rabu, 5 Jun 2013
Ceramah Israk Mikraj
Ceramah sambutan Israk Mikraj oleh Ustaz Abdullah Din daripada Sek. Men. Keb. Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang.
Pengisian yang bagus dan mantap. Ustaz ceramah tentang bahaya Syiah yang semakin menular kat Malaysia ni.
Ni adalah beberapa gambar sepanjang ceramah yang sempat disnap.
Isnin, 11 Mac 2013
LAWATAN KONSTEKTUAL KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH
Selesai sudah tugas menjadi pengiring AJK Pusat Islam dan AJK Biro Kerohanian JPP KMP dalam Program Lawatan Konstektual Ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah (JKSNK).
Seramai 8 orang pensyarah dan 75 orang pelajar terlibat dalam aktiviti lawatan kali ini.
Kami sampai di Kompleks Mahkamah Syariah Alor Setar lebih kurang pukul 10 pagi. Disambut oleh urusetia yang terlibat dan terus dibawa ke dewan ditingkat 4. Taklimat diberi oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Syaria iaitu Tn. Syeikh Hj. Abd Ghani tentang peranan dan fungsi JKSNK.
Seterusnya kami dibawa melawat ke bahagian pentadbiran dan dewan-dewan perbicaraan disini. Sambil melawat sempat juga snap beberapa keping gambar. Tinggal tak duduk dikandang pesalah sahaja.
Dalam pada tu, pihak JKSNK berbesar hati mengadakan jamuan ringkas untuk semua peserta diakhir lawatan di JKSNK.
Kami kemudian menuju ke Masjid Zahir Alor Setar untuk menunaikan solat Zohor sebelum makan tengahari di Restoran D' Dapur Ibuku.
Suka dengan konsep restoran ni, sangat ekslusif dan sesuai untuk acara makan-makan, tak kiralah bersama keluarga mahupun rakan sekerja.
Memilih menu Pakej D dimana hidangan untuk 6-7 orang makan, setiap meja disajikan dengan nasi putih, tomyam campur, paprik campur, ayam pedas ala thai. siakap 3 rasa, telur dadar kangkung goreng pedas dan juga 1 jug air oren.
Untuk keseluruhan menu yang disediakan memang menyelerakan dan menepati selera.
Lawatan diteruskan lagi ke Pekan Rabu Alor Setar, tetapi saya tak ikut. Nak cepat balik sebab anak cuma transit kat rumah mak. kesian la pulak kalau dibiarkan lama-lama.
Isnin, 4 Mac 2013
Program sembelihan KMP dan cif
Minggu ni ada event penting untuk UPIM dan Pusat Islam (PI) KMP. Sepanjang minggu ni dijadualkan akan berlangsung College Islamic Festival (CIF).
Macam-macam aktiviti yang telah dirancang dan akan dijalankan,ada pertandingan, ada game, ada forum, ada treasure hunt dan macam2 lagi.
So para lecturer dan pelajar kenalah memainkan peranan masing-masing supaya semuanya berjalan dengan lancar.
So para lecturer dan pelajar kenalah memainkan peranan masing-masing supaya semuanya berjalan dengan lancar.
Salah satu program dalam CIF ni adalah Program Sembelihan yang telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Sabtu baru-baru ni.
Macam-macam gelagat peserta, baru pegang burung pun dah terjerit2. Tu belum amali sembelihan lagi tu...
Sebelum sembelih burung, tunjukcara sembelih kambing telah disempurnakan oleh Ustaz Ubaidillah.
Sebelum sembelih burung, tunjukcara sembelih kambing telah disempurnakan oleh Ustaz Ubaidillah.
Apapun tahniah kepada peserta-peserta yang telah berjaya melalui program amali dengan jayanya. Yang perempuan pun pulun gak menyembelih...
Kemuncak acara, pakat gotong royong memasak kat masjid menyediakan makan tengahari untuk semua peserta yang terlibat. menunya Puyuh Goreng Masam manis dan kari Kambing.
Isnin, 22 Oktober 2012
Bengkel Penghasilan Bahan Pengajaran Pendidikan Islam (Power Point)
Bengkel penghasilan bahan P&P (powerpoint) Akhlak.
Pencerahan minda bersama-sama rakan sejawat di KMP.
Slot saya dah berakhir pagi tadi...tinggal mendengar pembentangan daripada rakan-rakan yg lain...
Potluck Unit Pendidikan Islam KMP
Rancang dari minggu lepas lagi. Pembahagian tugas pun dah dibuat. So hari ni on lah...
First potluck bersama ahli unit di sini.
Alhamdulillah...mudah2an ukhuwwah yang terjalin ini berkekalan, aman dan damai sentiasa.
Mohon Allah jauhkan daripada sebarang sengketa dan pertelingkahan...
| Hiri-hiris ulam... |
| Menu Utama...Nasi kerabu |
Langgan:
Catatan (Atom)

















