Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan

Jumaat, 12 April 2013

Selesai sudah....

Alhamdulillah ...persiapan sekian lama bernoktah  pada 6hb April baru-baru ni. Majlis perkahwinan kedua-dua adik lelaki saya berlangsung dengan meriahnya.



Sebulan kebelakangan ni memang banyak masa yang dihabiskan demi untuk menjayakan majlis perkahwinan   mereka berdua. 



2 minggu terakhir adalah saat yang sangat mencabar, dimana kami sekeluarga bermusafir utara ke selatan demi memenuhi hajat kedua-duanya menyunting suri idaman.



Awal cuti sekolah, rombongan Hj. Rahmat dan K.Normah satu bas ke Batu Pahat Johor meraikan kenduri sebelah perempuan Acik dan Intan. Seminggu kemudian berarak ke Langkawi pula bagi meraikan walimah Naim dan Haida.



Belum pun reda penat, majlis dipihak lelaki pula berlangsung. Kami 10 beradik berkumpul dalam suasana yang gilang gemilang ini. Kenduri pun lebih daripada biasa. maklumlah sambut 2 menantu sekaligus.

'Ala kulli hal...barakallah kepada kedua-dua pasangan pengantin. Buat Intan dan Haida...selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami...

Isnin, 18 Februari 2013

Gader-gader di Kuala Perlis

Ekceli, pi kola perlis ni masa cuti CNY hari tu. Ambik kesempatan adik-adik yang balik bercuti, saya ajak diorang ke KP. Nak masak2 kat umah, ajak diorang datang makan rasa tak terdaya la pulak... So, belanja makan jer...senang...tp siapla RM nyerrr...hehehe

Kitorang bertolak sebelum asar lagi, sbb cadang lepas maghrib nak terus balik. Adik saya, Siti nak balik ke Sungai Petani pulak. Kalau lambat sangat kang lewat malam la dia sampai kerumah.


Sampai jer kat KP, En. tahiri park keta dekat ngan masjid. Nak sembahyang asar dulu. Anak-anak pulak berlari ke taman permainan bersebelahan.

Abih sembahyang join diorang kat taman kejap. Gambar2 gitu. Memang pulun abih bebudak 3 orang ni kalau jumpa playground cam tu.


Dekat pukul 6 kitorang gerak ke gerai makan. Cari-cari gerai dan order makanan. Sambil tunggu makanan sembang2 dulu.

Sampai jer hidangan, masing2 pun apa lagi...terus capai apa yang teringin. Tapi sebelum dulu bacaan doa makan oleh anak menakan saya Muhammad Daniel...


Alhamdulillah...banyak jugak lauk yang dipilih, siakap 3 rasa, jenahak bakar, sotong goreng tepung, ketam goreng berempah, lala sweet sour. Puasla meratah seafood yang segar dan fresh. 


Memang berbaloi makan kat sini dengan angin laut yang bertiup lembut. 

Pas makan, sembahyang maghrib dulu kat masji KP yang sangat cantik dekorasinya. Dalam pukul 8 lebih2 bertolak balik kerumah. Anak-anak pun dah tidur kekenyangan dalam keta.

Isnin, 14 Januari 2013

Barakallahulakuma...


First entry untuk 2013, kita mula dengan khabar2 yang menggembirakan.


Alhamdulillah, Achik telah pun selamat bergelar suami. 


Rasa ternampak-nampak lagi Achik yang kecil, nakal, lasak...hero Taman Mahsuri satu ketika dulu. Siapa yang tak kenal anak Pak Hj Rahmat dan Kak Normah yang sorang ni...


Cepatnya masa beredar, Achik sekarang sudah beristeri. 

Selamat datang buat Intan Aniza ke dalam keluarga besar kami


Barakalluhulakuma wabaraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair...Ameen.


Khamis, 13 Disember 2012

Weekend @ Taiping

Hujung minggu baru2 ni kami ke Taiping. Taiping sentiasa ada dalam kalender cuti2 kami sbb kakak En. Tahiri duduk kat sini. So, selalulah kami turun kesana untuk ziarah Kak Imah sekeluarga.


Kalau ke Taiping, mmg sinilah tempat rehlah kami  ngan anak-anak.


Asal ke Taiping, mesti ke zoo. Masuk tahun ni dah 3 tahun berturut2.


Taiping = zoo... :) sangat sinonim bagi kami sekeluarga.


En. Tahiri tanya jugak : "tak cemuih ka pi zoo"

Saya jawab : " kita ja yang cemuih, anak2 dakkk... hehehe


Mmg betul, anak2 still excited bila bagitau nak bawa diorang ke zoo. 


So layan je lah, biar diorang happy, abah dan ummi pun senang hati.



Ahad, 25 November 2012

Happy Anniversary



Tanggal ini tanggal keramat...

8 tahun menyulam cinta, dalam redha Allah dan ibubapa. 

Penuh suka dan duka.

Dikurniakan dengan tiga orang permata hati pelengkap bahagia.

Sempurna rasanya hidup, amat bermakna.

Doaku agar ikatan ini berkekalan hingga ke JannahNya...



Isnin, 29 Oktober 2012

Kolam Rekreasi Air Panas Ulu Legong


Julung-julung kalinya kesini.

Walaupun tempat ni sebenarnya tak lah jauh sangat daripada kampung suami saya. Tapi...tu lah... Selalunya tempat2 macam ni orang yang duduk jauh sampai dulu. yang dekat2 selalunya lambat sikit. Hehehe...


Tengoklah wajah-wajah riang anak-anak nak mandi kolam...
Kami bertolak dari rumah pun dah lewat petang.

Setelah melalui jalan berliku dan berbukit2(jalan belum siap sepenuhnya), pukul 6.30  baru sampai disana. 

Aiman siap dengan beg besar tuu...bawa baju salin



Budak-budak nilah yang paling ceria...teruja sungguh...

Cher Mid pun ikut jugak  walaupun tak berapa larat
Sebelum masuk, kena beli tiket dulu...so...beratur...



Untuk masuk kedalam kawasan kolam air panas ni setiap pengunjung dikenakan bayaran dengan kadar RM6 untuk orang dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Manakala tiada had masa yang ditetapkan.

Masuk kedalam , masing2 dah tak sabar nak terjun ke dalam kolam air panas yang disediakan. Tapi sebelum tu ambil gambar dulu yerrr...



Ada 3 kolam yang dibuka untuk kegunaan orang ramai. Tahap kepanasan air disetiap kolam berperingkat2. Ada yang suam2 kuku, ada yang panasnya boleh tahan... kalau rendam telur rasanya boleh jadi telur separuh masak.




Kiranya anak2 memang enjoy dapat mandi kat kolam air panas ni. Siap sebut-sebut nak datang lagi kesini lain kali.

Sambil mandi manda , sempat juga meninjau keadaan sekeliling. Banyak kemudahan yang disediakan untuk pengunjung, ada surau, tandas dan gerai makan.


Malah bagi pengunjung yang ingin berlama-lama kat sini, bolehlah menyewa chalet yang disediakan dengan harga yang berpatutan. Tengok bajet masing-masinglah yerrr...

En. Tahiri pun siap sound nak sewa chalet semalam kat sini. Bila tuuu??? Tungguuu... hehehe...

Thanks En. sebab bawa saya dan anak-anak mandi manda hari ni...



Isnin, 9 Januari 2012

An Evening At Tasik....

Petang Jumaat lepas bawa anak-anak ke Tasik Darulaman. Sajalah...rekreasi hujung minggu. Mentelah, jarang-jarang hujung minggu dihabiskan disini. Selalunya agenda utama hujung minggu kat kampung. So, manfaatkan sepenuhnya peluang yang ada.

Ya Allah, seronok rupa-rupanya budak-budak ni bila dapat lepas bebas daripada rumah. Puas berlari-lari. Kalau kat rumah, berlari di dalam pagar je lah....

Adalah beberapa keping gambar yang sempat di snap.




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi