Hari yang dinanti-nanti. Pertandingan berlangsung pada 30 Julai 2011 di Madrasah Al-Zudaidiyah, Merbok. Penyertaan melibatkan wakil-wakil PASTI dari setiap daerah. Meriah...
Aiman bertanding dalam acara nasyid dan hafazan surah. Tak pasti tempat keberapa sebab kami balik awal sebelum keputusan diumumkan.Ke Tanjung Dawai. Lagipun pertandingan kat sini agak sengit berbanding pertandingan di peringkat cawangan hari tu.
Aiman pulak agak moody pada awalnya. Masa saya sampai di tempat pertandingan, dah hampir sangat giliran dia untuk berkhutbah. Tak sempat nak beri semangat kat dia. Kesian... tengok dia pun agak 'down'. Kurang bersemangat.
"Awat Aiman", tanya saya selepas habis giliran dia berkhutbah.
"Aiman lemah semangat la ummi", jawab Aiman. Mukanya agak keruh. Hampa...
"Hmmm...Tak pa lah. Aiman kan dah cuba. Ok la macam tu pun. Tapi nanti masa hafazan Aiman bacalah kuat-kuat. Ummi ngan abah kan dah ada ni. Tok, tok wan dah mak teh pun dah sampai. Semua nak tengok Aiman hafaz surah", kata saya.
Aiman angguk-angguk. Berlari ke koridor, melambai-lambai kat tok dan tokwan di bawah. Kesian tok dan tok wan, susah payah datang ke Merbok, tak berpeluang tengok cucu bertanding. Mana tak nya, tempat kejadian kat tingkat tiga. Mana lah daya tok dan tokwan nak memanjat tangga. Krem abis kaki dan lutut nanti.
Tapi bagi Aiman tengok muka tok dan tokwan pun dah cukup. Wajahnya kembali ceria. Lantang suaranya semasa menghafaz. Lancar...Alhamdulillah.
Siapa kata Aiman tak peduli. Lain semangatnya bila dikelilingi insan-insan tersayang. Menang atau kalah bukan persoalan.
Kalau menang, itu satu bonus sebab Aiman tak banyak buat latihan kat sekolah. Harap ummi dan abah dok peringat kat rumah jer. Tapi alhamdulillah, Aiman terang hati. Mudah mengingat.
Kalau kalah, anggaplah ini sebagai satu pengalaman yang sangat manis dan berharga. Ummi tetap bangga sebab bukan semua budak-budak sanggup nak ke depan macam Aiman.
Jom kita tengok gambar-gambar masa hari kejadian. Tak banyak yang sempat di shoot sebab camerawomannya ada keris dipinggang. Susah nak bergerak. Sapa lagi kalau bukan adorable Nuha tu...he he
|
Parking penuh . |
|
Khemah pendaftaran peserta. |
|
Aiman sedang berkhutbah. Tengoklah mukanya... |
|
Masa ni Aiman lebih ceria |
|
Tunggu giliran untuk menghafaz |
|
Pilih soalan |
|
Sabar menanti |
|
Aiman sedang menghafaz |
|
Abis pertandingan baru sempat breakfast. |
|
Puteri-puteriku... |
|
Ummi enterframe kali ni |
|
Kalut Deena ni... |
|
Bersememeh Nuha. |
|
Kat Tanjung Dawai, layan mee udang |
|
Hmmm...sedap nyaaa... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan