Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Jumaat, 15 Julai 2011

Baju Aiman

Salam Jumaat yang mulia...

Ingat tak saya ada cerita tentang Aiman yang akan menyertai pertandingan hujung minggu ni? Alkisahnya dari hari Ahad lagi saya bertanya cikgunya, baju apa yang nak dipakai masa pertandingan. Cikgu bagitau baju ada disediakan. Ok la kalau macam tu.

Tup-tup kelmarin masa ambik dia dari sekolah cikgu bagitau pulak yang parents kena sediakan baju. Laaa macam tu pulak. Hish...ni yang tak best ni, last-last minit baru habaq. Kelam-kabut jugak nak mencari nih. Asalnya cikgu dia bagitau nak kena pakai warna merah, then tukaq pulak ke warna gold. Hmmm...dua-dua warna tu tak dak dalam senarai baju melayu Aiman. 

Ceritanya...kena beli baru la... "X pa la, kira jadi baju raya sekalilah"  kata abahnya. "Baju raya dah tempah dua minggu sudah bang" jawab saya. "Abis tu?" "Beli jugak la bang, nak buat macam mana lagi"

Jadi, petang kelmarin selepas suami balik dari kerja kami rushing ke pekan, mencari baju melayu Aiman. Pergi ke satu kedai, jumpalah baju melayu yang sesuai, daaah...sampin pulak tak ada. Lari ke kedai lain pulak mencari sampin, puas jugak memilih. Aiman ikut sama, macam-macamla akal dia. Sat nak hok tu, sat nak hok ni. Hmm...riuh kedai. Last-last dapat la jugak. Harap-harap sesuai  dengan warna yang cikgu dia nak.


Baju melayu dan sampin Aiman untuk pertandingan esok
Balik rumah 3,4 kali jugak la Aiman menerai baju ngan sampin tu. Umminya tak penah beli sampin kat dia sebelum ni . Saya pun excited jugak sebenarnya terlebih excited he he. Julung-julung kalinya Aiman masuk pertandingan. Berdebar-debar pun ada. Boleh tak Aiman perform ni??? Tak pa lah Aiman, ummi yakin Aiman boleh. Jangan risau sebab ummi, abah dan adik-adik akan jadi penyokong kuat Aiman nanti. Go Aiman Go...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi