Kita tidak perlu terlalu mengharapkan sesuatu perkara yang telah kita lakukan seperti balasan daripada pertolongan yang telah diberikan.
Dan kita juga tidak boleh mengharapkan bantuan orang tanpa berusaha atau mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin dapat dicapai dan dilakukan oleh manusia biasa.
Kita perlu memelihara hati agar sentiasa berfikiran terbuka dan positif dalam kehidupan seharian. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Tanpa mengharapkan balasan di atas pemberian atau pertolongan yang diberikan dan mesti menerima dengan hati yang ikhlas.
2. Memohon sesuatu atau berdoa kepada Allah S.W.T, mesti diiringi dengan usaha dan menyedari bahawa Allah S.W.T yang Maha Mengetahui dan hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh memperkenankan permintaan dan harapan seseorang.
3. Jangan mengharap dan meminta bantuan orang lain semasa menghadapi masalah. Sebolehnya cubalah sedaya upaya untuk menyelesaikan sendiri masalah itu.
4. Jangan mengharap sumbangan atau ehsan daripada orang lain semasa mengalami kesempitan hidup sebolehnya mestilah berusaha untuk memperbaiki hidup.
Setiap sesuatu hanya akan berlaku dengan keizinan Allah S.W.T tetapi seseorang tidak boleh mengharapkan sesuatu tanpa melakukan apa-apa usaha. Oleh itu setiap manusia perlu berdoa, berusaha dan bertawakal.

Begitu juga dalam menjalani dalam kehidupan seharian, jangan mengharap bantuan orang lain..
sumber : yahoogroups
sumber : yahoogroups
Tiada ulasan:
Catat Ulasan