Aiman dengan uniform PASTI nya... |
Special entry untuk anak bujang saya, Aiman. Abahnya pegi tandatangan report card hari ni. Alhamdulillah, Aiman dapat tempat pertama dalam kelas.
Sedikit pesanan untuk Aiman,
Tahniah Aiman...ummi tahu Aiman boleh lakukan. Kekalkan prestasi ye nak. Cuma Aiman ni ummi tengok, selalu leka dan suka tengok tv. Kalau boleh mengadap kartun tu, 3 jam tak bergerak pun tak pa. Selalu ummi tegur, Aiman dengar, tapi lepas tu Aiman lupa. Berkali-kali ummi kena ingatkan. Tapi tak apa,ummi tak kisah, tugas seorang ibu macam tu lah.
Satu lagi abah bagitau ummi, Aiman terpilih untuk pertandingan membaca dan hafazan. Abah kata ummi kena train Aiman bacaan Melayu, jawi dan English. Untuk hafazan pulak abah suruh ummi tengok-tengokkan bacaan surah yang Aiman kena hafaz. Hmmm...surah2 lazim, surah hafazan yang student ummi dok hafaz kat matrik.Ok...yang tu ummi boleh uruskan. Tak de masalah. Cuma Aiman macam tu lah...kalau dengan ummi bukannya nak bersungguh-sungguh. Geram sangat ummi cubit peha Aiman, langsung selopp...tak menghafaz dah depan ummi.
Aiman cubalah sedaya usaha. InsyaAllah abah dan ummi akan sentiasa memberikan sokongan. Mudah-mudahan anak ummi ini akan beroleh kejayaan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan