Alhamdulillah...
Selamat meletakkan satu lagi title kepada diri ini...
Kalau sebelum ini, isteri kpd seorang suami, ibu kepada seorang putera dan dua orang puteri, anak seorang emak abah dan bapa mertua, guru kepada anak-anak didik, sekarang bergelar pelajar pula.
Secara rasminya menjadi pelajar part time utk program Master Pendidikan di UUM setelah mendaftar pada 5 Februari baru-baru ni.
Perjuangan baru bermula...
Menghadapi cabaran pembelajaran dalam situasi yang sangat berlainan berbanding ketika membuat Ijazah Sarjana Muda dulu tentunya menuntut pengorbanan yang tiada tandingan.
En. suami ~ sangat mengharapkan doa dan sokongan sepenuhnya darimu sayang.
Anak-anak ~ maaf, kerana ummi terpaksa korbankan masa hujung minggu bersama-sama kalian.
Abah dan emak ~ mohon doakan kejayaan anakanda.
Rabbi Yassir Wa La Tu 'Assir Rabbi Tammim Bil Khair
tahniah. bersemangat ya. kzie rasa tak dah. momentam dah tiada. seronok tgk kawan2 belajar....pak cik solah dah senior letc. hari tu ada jumpa p.cik ...
BalasPadammenumpang semangat kwn2 k.zie...klau sorg2 nak buat mmg x terdaya. course yg ditawarkan pula kena dgn bidang... pak cik solah la yg habaq
BalasPadam