Seminggu dua ni sibuk dengan aktiviti keras tangan untuk menghias unit P.I ...gara-gara pertandingan Kibar Jalur Gemilang sempena kemerdekaan.
Tension juga mula-mula, memikirkan apa yang nak dibuat. Hiasan macam mana yang menepati citarasa semua???
Hmmm...
Saya dengan Ta pulak ditugaskan membuat angka 55 dan tulisan janji ditepati. Mula ingat nak tempat banner dan print huruf blok atas kertas A4 jer...tapi...
Last2 kitorang cuba la buat atas polistrine. Cuba ajelah...
Heh...heh...dah lama tak main kaler-kaler n potong-potong polistrine macam ni. Teringat pulak zaman skolah dolu-dolu...
|
|
|
|
Bila dah siap...hehehe.. Seronoknya... Ok, siap satu perkara, lepas ni nak buat scallop pulak.
|
|
|
|
Mula-mula kena gunting kain ikut saiz yang dikehendaki.(ada gaya tailor tak ni???)
|
|
|
|
Pas tu mula la mencuba untuk men'scallop'kan kain yang dah digunting tadi.
Habis dikerah segala kederat yang ada. Bukan penah buat-buat scallop ni. Aduyaiii...
|
|
|
|
Puas kilas ke sana kemari, pusing kot nu toncet kot ni. Ala...rasa macam senang... Tapi bila dah cuba buat sendiri...hah amekaww...
Tapi sebab kami ni jenis berhati waja, last-last menjadi juga rupa scallop tu...
Mak aaiii...dah rupa mak andam hias pelamin orang kahwin la pulak, berscallop2 bagai. He he...
|
|
||
|
Scallop dah siap, tinggal aktiviti gantung menggantung jer...tp bukan gantung diri yerrr... Gantung scallop dan bendera...
Yang ni kena bagi penghormatan kat kaum Adam. Kami cuma bagi arahan saja.
|
|
Habis segala ceruk unit kami make over (macam iye iye...he he he).
Ok lah kot macam ni , bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan UPIM di KMP...
Semoga usaha yang sedikit ini membuahkan ukhuwwah yang berpanjangan dikalangan rakan-rakan sejawat.
Semoga usaha yang sedikit ini membuahkan ukhuwwah yang berpanjangan dikalangan rakan-rakan sejawat.
Apa yang penting...KERJASAMA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan