Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Ahad, 19 Ogos 2012

Aidilfitri 2012

Salam Aidil fitri buat semua. 

Mohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku.

Semoga Syawal ini mengeratkan lagi ukhuwwah di antara kita...






















Sabtu, 18 Ogos 2012

Main Bunga Api

Sesekali abah layan Aiman, Deena & Nuha main bunga api Tu pun limited editon punya. Cuma main malam raya jerrr...


















Khamis, 16 Ogos 2012

Housekeeping...before raya

Raya dah dekat, jom kemas apa yang patut...



Isnin, 13 Ogos 2012

Jumaat, 10 Ogos 2012

Lailatul Qadar Ganjaran Amal Seribu Bulan

 
Lailatul Qadar 
 
Lailatulqadar adalah malam berlaku pada Ramadan, malam penuh keberkatan kerana Allah SWT mencucuri pelbagai rahmat, keampunan serta keberkatan kepada mereka yang beramal dengan khusyuk, penuh ikhlas.

Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. (Surah ad-Dukhan, ayat 3)

Firman-Nya lagi: Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan. (Surah al-Qadr, ayat 1)

Mereka yang beramal pada malam itu, Allah SWT berikan ganjaran kebaikan yang sama nilai dengan beramal seribu bulan. Firman Allah SWT: Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Surah al-Qadr, ayat 3)

Ada beberapa laporan menceritakan sebab Allah SWT menurunkan malam al-Qadar untuk Nabi Muhammad SAW. Menurut Imam Malik, Rasulullah SAW mendapati umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka.

 
Peluang umat beramal

Baginda SAW memohon kepada Allah SWT memberi peluang umatnya supaya dapat beramal sama nilainya dengan amalan umat sebelum mereka. Berdasarkan permohonan inilah Allah SWT menurunkan lailatulqadar.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat malam itu diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana al-Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu, Allah SWT mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan Nabi-Nya bagi menyeru manusia kepada agama dan melepaskan mereka daripada segala kerosakan.

Pendapat ulama

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun.

Ertinya apabila tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, jadi tahun akan datang pada malam berbeza. Hal sama dikatakan Ibn Hazim, lailatulqadar ada kalanya malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Menurut jumhur ulama, malam lailatulqadar berlaku pada malam sama setiap Ramadan iaitu malam 27 Ramadan berdasarkan hadis Rasulullah SAW daripada Ubai bin Kaab yang dilaporkan Tirmizi dan hadis daripada Muawiyah yang dilaporkan Abu Daud, Saya mendengar Rasulullah berkata: Carilah lailatulqadar itu pada malam 27 Ramadan.

Namun, dalil paling kuat mengenai lailatulqadar ialah hadis daripada Aisyah yang dilaporkan Imam Bukhari, Carilah sedaya upaya kamu lailatulqadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah kenyataan tidak ada satu dalil jelas menunjukkan bila malam itu berlaku tetapi sepakat dengan hadis daripada Aisyah, ia berlaku pada malam ganjil akhir Ramadan.


Selasa, 7 Ogos 2012

Ifthar Perdana & Majlis Bacaan Yasin Sempena UPS 1 KMP


Majlis berlangsung pada hari Ahad, 5hb Ogos 2012.

 Posing-posing kejap dengan sebahagian juadah untuk berbuka. Dalam pinggan yang saya pegang tu, tepung bungkus dan juga makaroni bakar. Bersamama-sama saya, ketua UPIM KMP dan sapa lagi...cik Ta kita la...

  Haa...aktiviti potong memotong sedang rancak berlangsung...Tepung Talam Ubi Kayu dan Pulut Serikaya

  Posing lagik...

  Ta pun sama...posing...

 Antara juadah berbuka puasa...mmmm...macam-macam ada. Ada ayam golek, ada solok lada, ayam masak merah. jelatah dan pelbagai kuih muih. Ya Allah, banyaknya nikmatMu yang Engkau kurniakan untuk kami berbuka. Alhamdulillah...

 Majlis bacaan Yasin sedang berlangsung.

 Pengarah KMP

 Satu hidangan bersama-sama Ta, dan  isteri Ustaz Ubaidillah, salah seorang pensyarah UPIM KMP

Kredit untuk blog Seuntai Rasa Secangkir Bicara untuk gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi