Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Selasa, 31 Mei 2011

Rindu yang bertandang...


Sunyi dan sepi...itu yang saya rasa tatkala kaki melangkah masuk kedalam rumah selepas pulang dari kerja. Hening... Biasanya petang-petang begini rumah riuh rendah dengan suara budak-budak berdua tu. Nak-nak pula Nuha main peranan, tambah menggamatkan suasana.

Deena yang tak habis-habis mengacum "Ummi, tengok Aiman ni dok kacau adik." "Aiman, pi la duduk sana, adik nak duk sini." "Ummi, nak susu".

Aiman, sampai aja kat rumah, terus on tv,  maka bertambahla hiruk pikuk...kejap-kejap Sponge Bob, kejap-kejap "Ummi, nak tengok magic english." "Ummi, nak main game." Ummi nak itu, ummi nak ini....

Nuha pula menambah perisa... "Mmma...mmaa...wa......" asal hilang kelibat saya dari pandangan mata, berbunyilah dia. "Ya Allah budak ni. Ummi nak pi bilik air sat la dik."  Masih juga waaaa.....waaa.....Sampai kadang-kadang saya tension dengan kelakuan dia. Memang tak boleh tinggal langsung, asyik menangis.

Suami juga sebagai perencah utama setiap waktu yang saya lalui. "Kin, buat kopi secawan" "Goreng nasi malam ni" "Siap cepat solat maghrib sama-sama2" "Nak pi masjid dak malam ni, Ustz. Shamsuri mai."

Suami dan anak-anak adalah agenda paling penting dalam kehidupan saya. Dunia saya dikelilingi dengan tawa dan tangis anak-anak. riuh suara mereka adalah nyanyian yang menjadi santapan halwa telinga saya. Tapi 2,3 hari ni mereka tiada dirumah, pulang ke kampung suami. 

Memang awalnya rasa lega bila mereka tak ada, tapi tak lama lepas tu jiwa saya mula dihambat sesuatu. Saya rasa kehilangan. Suami dan anak-anak tiada berdekatan saya. Mereka jauh dari mata. Macam mana makan, pakai mereka. Saya teringat-ingat...Rindu yang paling tepat. Ya....memang saya sangat rindukan mereka sekarang.... 

Cepatlah masa berlalu...bawalah suami dan anak-anak kepangkuan saya semula....

Sabtu, 28 Mei 2011

Ops Lalang...

Petang semalam, satu operasi besar-besaran telah dilakukan bagi memusnahkan musuh yang sekian lama menghuni di halaman rumah kami. Sebenarnya operasi ini telah dirancang dengan teliti dan hasil persetujuan bersama beberapa orang pegawai telah dipilih untuk menjayakan misi ini. 

Operasi ini membabitkan 1 pegawai terlatih dan 2 pegawai yang selalu letih dan mereka menggunakan senjata serta peralatan yang canggih untuk menumpaskan musuh. Pihak kami juga bersetuju melantik Abah sebagai Jeneral a.k.a ketua operasi, Aiman sebagai Sarjan dan Deena sebagai Prebet sapu. Manakala Ummi dan Nuha sebagai pemerhati bangsa-bangsa bersatu dari dalam rumah.

Operasi tersebut telah dilaksanakan dengan begitu jayanya. Pujian juga patut diberi kepada 2 orang pegawai tidak terlatih tersebut kerana telah menunjukkan kesungguhan yang jitu. Maka dengan ini,ummi telah bersetuju untuk menaikkan pangkat mereka dan mereka akan diraikan dalam satu jamuan keluarga tidak lama lagi. 

Gambar-gambar operasi boleh dilihat dibawah......

Jeneral memulakan operasi. Masa ni sarjan ngan prebet tu duk tengok jer kat tepi.

Mesin bagi habih no...



Anak-anak dah mula bertugas...tengok Deena tu, sempat lagi menyengih...

Ha...sapu cepat, dah nak maghrib ni...


Aiman teruja...1st time boleh tolong abah mesin rumput.


Deena tu enterframe jer banyak...




Finishing



Pass baton ke Aiman???

Ha...lapang sikit.

Angkut ke tempat bakar sampah

Mission accomplished...halaman rumahku cerah kembali...
Laporan oleh AlJazeera Ummi

Moralnya, kadang-kadang anak boleh dilibatkan dengan aktiviti-aktiviti sekeliling rumah. They will learn and develope themselve and enjoy the activity...

Rabu, 25 Mei 2011

Kisah Anak-Anak.




"InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah...ada tapaware. InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah...ada tapaware." Saya dan suami berpandangan, serentak kami tersenyum. Tak dapat menahan senyum lantas pecah derai tawa kami berdua. Saya berpaling , memandang dua orang buah hati saya yang berada di seat belakang. Sebenarnya nyanyian tadi melantun  daripada mulut puteri kedua saya, Deena ketika kami dalam perjalanan pulang ke Jitra setelah menghabiskan cuti hujung minggu di kampung suami.

"Nyanyi sekali lagi Deena." suruh saya. Deena tersenyum malu-malu lantas menyembunyikan muka dibelakang tempat duduk saya. Lantas derai tawa kedengaran lagi dalam wira hijau kami. "Apa la Deena ni...orang nyanyi your find your way. Bukan ada tapaware." Aiman pula menyampuk. Macam tu la dua-dua beradik ni, bila salah seorang tersilap atau tersalah mulalah yang seorang lagi tu berkicau mulut membetulkan.Padahal sama saja dua-dua...

Apa taknya...Aiman pula selalunya suka menyanyi lagu Barakallah. Tapi yang depan tu aja bunyinya betul..ayat seterusnya...hmmm...berterabur. Biasanya dia bernyanyi..."Barakallahulakuma walakuma wakakuma"...atau apa-apa perkataan yang dia nak sebutla. Lantas abahnya pula akan menyambung wakaka...wakaka... Saya yang mulanya senyum terus ketawa.

Haih...ni semua fenomena Maher Zain la ni. Walaupun dalam industri hiburan kita MZ ni dah suam-suam kuku, tapi kat rumah saya masih lagi menjadi kegemaran anak-anak. Pantang aja terdengar lagu Maher Zain, mulala ada penyanyi latar yang turut sama-sama berdendang. Yang seronoknya bukan betul sangat lirik lagu diorang dengan lirik lagu sebenar.

Tapi bagi saya walaupun berterabur, nyanyian mereka adalah dendangan yang paling indah, yang sering menjadi halwa telinga saya tatkala saya sibuk didapur mahupun melakukan kerja-kerja rumah. Rumah kami sentiasa meriah dengan kehadiran mereka. walaupun adakalanya ummi diorang ni pening kepala dengan kerenah diorang Tak lama lagi Nuha pula turut serta, makin gegak gempita jadinya.sekarangpun dah nampak bakat yer nuha Ya Allah...terima kasih kerana mengurniakan zuriat yang keletah sebagai penyeri mahligai kasih saya dan suami.

hai deena...mentang-mentangla ummi dealer tupperware...

Isnin, 23 Mei 2011

MPPB 2011/2012

Mesti ada yang tertanya-tanya apa dia MPPB tu kan? Bagi warga Kolej Matrikulasi Kedah, memang sedia maklum, dalam takwim bulan Mei saban tahun pasti tercatat MPPB. 

MPPB tahun ni berlansung dari 23-27 Mei 2011, dan seperti biasa kami diberi tugas tertentu. Kalau sebelum-sebelum ni saya bertugas dalam Jawatankuasa Kerohanian (jawatankuasa tetap dan berpencen...) dan juga menjadi urusetia pendaftaran. 

Untuk kali ini pula saya bertugas dalam Jawatankuasa Kerohanian (masih tetap dan berpencen...hai bila la nak nampak muka-muka baru dalam jawatankuasa ni ???) dan pemeriksa dokumen. (ha...yang ni skop tugas lain sikit daripada biasa walaupun masih dalam jawatankuasa pendaftaran) 

Sempatla suruh wani snap beberapa keping gambar masa bertugas tadi. Cuba tengok gambar-gambar kat bawah :
Ha...sign elok-elok borang tu...check bagi complete...
Ni awat tak sahkan salinan sijil ni???
Lain kali check betul-betul...senang la sikit keja saya
Alhamdulillah, keja-keja memeriksa dokumen tamat hampir pukul 12. 

Saya dan kawan-kawan mengambil kesempatan menjamu mata di gerai jualan disebelah bangunan Langkasuka. Banyak juga  gerai jualan yang dibuka. Dari menjamu mata, aktiviti bertukar pula kepada menjamu selera. Sedar-sedar penuh kiri-kanan dengan barang yang dibeli. ...semuanya makanan...he he he per crita diet ha...

Hmm...fast food..junk food???
Another junk food...pick n mix...
Nak balik promosi kat umah, kot-kot sedap boleh order untuk kenduri Hajar nanti
Kami balik ke kubikal hampir waktu zohor. Tak boleh relax sangat sebab masih ada tugas yang menanti. Saya kena siapkan slide powerpoint akidah cepat-cepat coz' ajk bahan bantu mengajar dah mula bising-bising tu. He..he..sabor ye cik Wa....tak kemana tu. Nanti-nanti siapla...


Psstt....MPPB tu stands for MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU la...

Khamis, 19 Mei 2011

Makan Free....

Hurm.....tu jer la keje minggu ni. Makan...makan...dan makan. Abih lari tune diet aku. Bila nak start balik  ni??? Ekceli hari ni ada rakan seunit yang buat kenduri. Tu yang saya kata makan free tu. K.Asiah belanja nasi jagung, ada rezeki lebih kata dia. Jangan tak tau, k.Asiah sekarang ni dah jadi usahanita berjaya. (untung riban-riban yer k.Asiah???) Tak kisah la sebab apa pun, yang pastinya semoga niat baik k.Asiah belanja kami makan mendapat keberkatan daripada Allah. Murah rezeki k.Asiah. Pas ni belanja lagi yea...

Hm...sedapnyer....Lama x kena nasi jagung ni...

Rabu, 18 Mei 2011

Makan...makan....

Hari ni kami buat makan-makan kat unit. Apa orang kata...pot luck?..Hmm..apa-apalah. yang pastinya enjoy boleh makan ramai-ramai macam ni. Boleh tukar-tukar juadah. Macam-macam ada... meriah meja (he he meja Aufa yang jadi mangsa...jgn marah ye Aufa...) Heh heh...mai kita tengok apa juadah yang ada hari ni...

Tu dia deretan makanan hasil air tangan kawan-kawan seunit. Mengancam...

Ini hasil keja saya...Awal-awal lagi dah hilang suku tupperware...

Menari-menarik...
Amacam hasil keje saya. Ok tak???? Jangangtak tau dah ada tempahan daripada rakan sekerja saya ,kak Asiah. Boleh ke aku ambik tempahan ni???. Unbelieveable la pulak. Untuk kawan-kawan yang tanya pasal resepi pulak, boleh tengok kat sini.Tengok jangan tak tengok. Dah tengok tu janganla tengok saja...Try la buat ye....

Sardin ni daripada k.Am. Sardin Pertima lagi tu, keluaran bumiputera. Ni mesti amek kat kedai ni kan k.am...


Ulam-ulaman daripada k.shidah...pembuka selera

Bergedil ni Ta punya...hmm...sedap..sedap...sedap...

Yang ni plak special made by K.Ti...apalagi kerutuk ayam. Rempah dia diimport khas dari Kelantan, memang sedap...

Ni Tomyam campur k.shidah.

Ikan kering ni pun k.shidah yang bawa. Best...

Serunding dari Terengganu. K.Ti bawa benda ni...


Nasi ni, ketua kelas unit kami yang bawa. sapa lagi kalau bukan Ustz. Zukilan...



Puding ni pulak hasil air tangan syeikul kabir kami...Syeikh Imran. Ha...jgn tak tau...org lelaki pun pandai masak tau...Mai resepi ustaz...

He..he...ni saya menyibuk duk kacau k.shidah tengah makan. Saya dah abih dua pinggan sebelum tu...
Meriah dapat makan ramai-ramai macam ni. Minggu ni boleh lagi la nak bersuka ria sebab student belum masuk lagi. start minggu depan siap la bersinsing lengan. Dengan MPPB, pas tu start P&P. Waktu perdana untuk sesi baru pulak 8-5. Ha...ambik kau... Kejala sampai ke petang....

Selasa, 17 Mei 2011

Yea......syoknya mandi hujan...

Hari ni cuti umum sempena Hari Wesak. Tu la untungnya tinggal dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum macam Malaysiaku terchenta ni. Abis raya semua orang kita tumpang cuti. Tapi setakat cuti je lah ye. Bukan turut sama meraikan hari raya diorang. Ingat...No Kongsi Raya. Lakum deenukum waliya deen...

Ekceli....petang ni cadangnya nak bawa budak-budak tu pi jalan-jalan tepi tasik. Tapi memandangkan cuaca tak mengizinkan terpaksalah hasrat tu dibatalkan. Hujan turun mencurah-curah, camner nak ke tasik??? Kesian Aiman dan Deena, duk bernyaniy-nyanyi dari pagi nak ke tasik. Last-last...x jadik...X pe la anak-anak lain kali kita pi na...

Hmmm...mujurla, abah ada solution untuk mengubati kekecewaan budak-budak tu. sesekali ubah tradisi apa salahnya... he he. Tengokla happynya budak-budak tu boleh main hujan...






Dapat main hujan sampai tak mau berhenti budak-budak ni di buatnya. Lupa abih janji nak ke tasik petang ni. Dah abahnya pula melayan. dia pun sama-sama mandi hujan dengan anak-anak. Rasa macam nak join sekali, tapi ingatkan kita ni dah jadi mak budak...rentikanlah...

Teringat pula zaman kecil-kecil dulu. Saya memang suka dapat mandi hujan. Tapi macam diorang juga, bukan selalu mak saya benarkan saya main hujan. Kadang-kadang tu curi-curi main hujan. Bila dapat tau kat emak saya, menjerit-jerit dia dari dalam rumah suruh saya masuk. Sekarang ni giliran anak-anak pula. Dan saya mengambil tempat emak, riuh mulut suruh anak berhenti main hujan....

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
 



 Hari ni 16 Mei, Sambutan Hari Guru dirayakan diseluruh negara. Begitulah saban tahun, apabila sampainya tanggal 16 Mei guru-guru diraikan. Bercerita tentang sambutan Hari Guru, saya terkenangkan sambutan Hari Guru semasa saya mengajar disekolah. sambutannya lebih meriah kerana kita dikelilingi oleh pelajar-pelajar. Berbeza di matrikulasi, sambutan Hari guru tanpa kehadiran pelajar kerana penghujung bulan Mei barulah pelajar akan mendaftar. Siapalah guru tanpa kehadiran mereka... 

Buat diri ini, suami tersayang, rakan-rakan seperjuangan serta semua guru di seluruh negara hayatilah puisi dibawah. Semoga kita bisa memartabatkan profesion perguruan ke tempat yang sepatutnya.

Guru Oh Guru
 
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi..

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah Ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulamak yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibukota
Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat. 
 
-Petikan puisi Allahyarham Dato' Dr. Usman Awang (1979)- Sasterawan Negara




Selasa, 10 Mei 2011

Harga Gula Naik Lagi...La..la..la...


Hmm... Harga gula naik lagi.... Bila dah naik tu, jangan harap la nak turun semula. Semakin naik adala... Pas ni kita boleh denganr ulasan-ulasan yang menyokong, harga gula negara kita masih terendah dirantau Asia, kurangkan penggunaan gula, rakyat Malaysia banyak yang obes kerana obesiti bla..bla..bla.. Yang pasti walaupun harga naik gula tetap kena beli kerana ia adalah barang wajib kegunaan setiap isi rumah.
Boleh baca artikel yang saya copy drpd blogger greenboc di bawah. 

Harga Gula Naik Lagi, Tokeh Gula Mencipta Nama Orang Paling Kaya Dengan Rakyat Jadi Mangsa

H
arga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei)

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.


Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.
Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu. -mk

Isnin, 9 Mei 2011

Jurnal Pantai Timur

Alhamdulillah...saya sekeluarga selamat pulang kerumah setelah mengikuti Lawatan ke Pantai Timur. Ekceli lawatan ni boleh disifatkan kan sebagai berjaya.Hepi betul dapat ke sana. Pegi beramai-ramai pulak tu, memang best...Ok.. cerita sikit catatan perjalanan kami kesana.

Khamis 5/5/2011

Lepas solat Isyak kami bertolak ke KMK coz' kami akan menaiki bas kolej di sana. Dari kolej kami bertolak lebih kurang jam 10 malam. Suasana dalam bas riuh rendah. Aiman dan Deena memang excited abih...Ye la...julung-julung kali naik bas...

Cer tengok gambar-gambar diorang ni...

Nuha pekena susu dulu...pas tu baru la boleh tidur kan...

Aiman ngan Deena...macam2 aksi budak berdua ni...

En.hasben dan Nuha...
Bahagian belakang bas..penuh sesak...

Jumaat 6/5/2011

Pagi-pagi setelah sampai, kami menunaikan solat subuh dan sarapan terlebih dahulu. Kmdn rombongan kami singgah di Pulau Melaka melawat kediaman menteri besar. Apapun nasib tidak menyebelahi kami kerana tok guru kurang sihat dan tak dapat berjumpa dengan kami. Bukan rezeki agaknya... tapi sempatla kami bergambar di depan kediaman beliau.

Tak dapat jumpa tuan, bergambar dengan rumahnya pun jadila..


Yusuf pun nak enterframe gak...he he


Bergambar dibahagian sisi masjid dekat dgn rumah tuan guru Nik Aziz

Destinasi kami seterusnya adalah hotel penginapan. Kami memilih untuk menginap di Hotel Suria Kota Bharu. Setelah check-in masing-masing terus naik kebilik untuk urusan kendiri. Lega rasanya dapat masuk bilik. Bukan apa...dapatla meluruskan urat-urat yang cekang. Aiman dan Deena pun teruja, Nuha apalagi siap bergolek-golek dalam bilik hotel tu. Iyela...semalaman duduk dalam bas, badan dah rasa keras semacam.

Lobi hotel

Bilik hotel. Keadaan keseluruhan memuaskan.Saya bagi 2 bintang untuk hotel ni.













Tengahari kami buat urusan sendiri. Saya ke Pasar Khadijah atau Pasar Bulat bersama-sama Salwa dan Kak Ti. Budak-budak tu saya tinggalkan dengan suami di bilik hotel (tidur kepenatan) Lagipun nak shopping tak boleh bawa diorang, pakai tak membeli barang la jawabnya...Banyak juga barang2 yang saya beli. Asal berkenan je saya ambik...

Sesi bergambar mak-mak dan anak-anak

Seronoknye.....

Kontrol ayu yer....


Petang, selepas asar rombongan kami ke Pantai Cahaya Bulan. Bersiar-siar seketika menghirup udara petang. Hmm...nyaman. Tapi kesian kat Aiman. Demam pulak dia...

Alahai...makhluk mana pulak 2 ekor kat belakang tu...

En hasben ngan anak bujang kami...Aiman


Nuha asyik ngan susu...


Dengan anak bujang dan anak dara saya...

Malam, kami kat hotel je... Mmg tidur awal sebab esok pepagi nak bertolak ke Terengganu.

Sabtu 7/5/2011
Pagi-pagi lagi kami dah bersedia. Suami sempat turun kebawah beli makanan untuk breakfast. So pagi ni kami makan dalam bilik jer..

Kami bertolak ke Terengganu lebih kurang jam 9.30 pagi. disepanjang perjalanan , kami dihidangkan dengan pemandangan yang menarik. Lautan membiru menyegarkan mata yang memandang...Kami sempat berhenti berehat di Pantai Rhu Sepuluh sebelum berhenti sembahyang zohor dimasjid terapung Kuala Ibai.

Gambar ni kat Pantai Rhu Sepuluh...tengok anak sapa tu enterframe sama.. he he

Aiman dan Deena punya excited bergambar tepi bot tu

Nuha pun nak enterframe gak yer...


Gambar ni kat Masjid Terapung Kuala Ibai


Kmdn kami singgah di Pasar Payang. Sempatlah saya shopping barang-barang yang dikirim oleh emak dan sahabat saya. Selepas pasar Payang kami singgah di losong. Apalagi, borong keropok losong sebagai ole-ole dari pantai timur. 

Perjalanan kemudian diteruskan ke Taman Tema Tamadun Islam. Sampai kat sini memang dah rasa letih sangat-sangat. Tapi saya gagahkan juga untuk melawat taman tersebut, tu pun dgn menaiki tram. Ye lah, dah sampai kesini, kalau tak masuk rasa ralat juga..Seterusnya kami ke Masjid Kristal, untuk mandi dan solat maghrib.


Nuha dalam stroller di atas tram...
Sukernya anak beranak tu...

Masjid as-Skahra
Tengok apa tu bang...





Budak-budak ni kalau bergambar boleh tahan jugak...



Usai solat maghrib kami meneruskan perjalanan pulang. Malam ni, suasana dalam bas sunyi sepi. Semua orang terlentuk di seat bas masing2, letih...

Selepas melalui perjalanan yang panjang kami sampai ke KMK hampir jam 9 pagi.(Rasa ralat juga sebab tak sempat bergambar beramai-ramai dengan ahli rombongan. Tapi x per la, lain kali kita buat lawatan lagik yer Cik Wa)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi