Sunyi dan sepi...itu yang saya rasa tatkala kaki melangkah masuk kedalam rumah selepas pulang dari kerja. Hening... Biasanya petang-petang begini rumah riuh rendah dengan suara budak-budak berdua tu. Nak-nak pula Nuha main peranan, tambah menggamatkan suasana.
Deena yang tak habis-habis mengacum "Ummi, tengok Aiman ni dok kacau adik." "Aiman, pi la duduk sana, adik nak duk sini." "Ummi, nak susu".
Aiman, sampai aja kat rumah, terus on tv, maka bertambahla hiruk pikuk...kejap-kejap Sponge Bob, kejap-kejap "Ummi, nak tengok magic english." "Ummi, nak main game." Ummi nak itu, ummi nak ini....
Nuha pula menambah perisa... "Mmma...mmaa...wa......" asal hilang kelibat saya dari pandangan mata, berbunyilah dia. "Ya Allah budak ni. Ummi nak pi bilik air sat la dik." Masih juga waaaa.....waaa.....Sampai kadang-kadang saya tension dengan kelakuan dia. Memang tak boleh tinggal langsung, asyik menangis.
Suami juga sebagai perencah utama setiap waktu yang saya lalui. "Kin, buat kopi secawan" "Goreng nasi malam ni" "Siap cepat solat maghrib sama-sama2" "Nak pi masjid dak malam ni, Ustz. Shamsuri mai."
Suami dan anak-anak adalah agenda paling penting dalam kehidupan saya. Dunia saya dikelilingi dengan tawa dan tangis anak-anak. riuh suara mereka adalah nyanyian yang menjadi santapan halwa telinga saya. Tapi 2,3 hari ni mereka tiada dirumah, pulang ke kampung suami.
Memang awalnya rasa lega bila mereka tak ada, tapi tak lama lepas tu jiwa saya mula dihambat sesuatu. Saya rasa kehilangan. Suami dan anak-anak tiada berdekatan saya. Mereka jauh dari mata. Macam mana makan, pakai mereka. Saya teringat-ingat...Rindu yang paling tepat. Ya....memang saya sangat rindukan mereka sekarang....
Cepatlah masa berlalu...bawalah suami dan anak-anak kepangkuan saya semula....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan