Hari ni pensyarah-pensyarah UPIM KMK pakat turun padang masjid. Apalagi, merewang sempena acara memasak bubur lambuk.
Program memasak bubur lambuk ni termasuk dalam list program Ihya'Ramadhan anjuran masjid KMK yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan ni. (Hmmm...sebut Ihya' Ramadhan teringat pulak zaman kegemilangan pusat Islam dulu. Meriah dengan program yang di atur. Mastermind nyer...kami lah. Sangat seronok. Walaupun penat, tapi puasnya tak terkata. Satu pengalaman yang sangat berharga).
Sekarang ni kami cuma tukang tolong saja. Buat apa yang orang suruh. Tak merasalah kesibukan menguruskan aktiviti-aktiviti Ramadhan macam dulu-dulu. Ifthar Harian, Ifthar Perdana, Tadarus Al-Qur'an, Khatam Al-Quran. Mulut pulak sibuk duk pot pet2 dengan budak P.I. Rindunya waktu-waktu macam tu. Tapi bagus juga sebab kami tak perlu balik lewat malam bila ada event berlansung.
Oklah, tak nak berceloteh panjang, kita tengok aje lah gambar-gambar yang sempat disnap tadi...
|
Acara potong-potong bawang... |
|
He he ... posing jer lebih ni... |
|
Cik Wa ooo cik Wa ...hiris bawang tu... jangan duk tenung orang lain |
|
Aitt...ustaz, takkan hiris daging pun pedih mata kot. Ni resdung tahap kronik ni... |
|
Hiris-hiris... |
|
Sebakul menunggu untuk digodam |
|
Mula menumis...Tu master chefnya...En. Osman. |
|
"Ha..kacau elok-elok. Selawat sikit, baghu sedap rasa bubur ni" agaknya itu lah yang dikatakan oleh Asst. Master Chef, Ustzh Rodzita. |
|
Ha...kacau betul-betul. Jangan berenti, nanti hangit pulak. |
Bubur ni siap dimasak dalam masa 2 jam. lepas tu bermula sesi membungkus dan mengedarnya kepada orang ramai pensyarah dan student.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan