Nuha dah pun 1 tahun hari ni. Sekejap saja masa berlalu. Masih terbayang lagi suasana kelam kabut yang berlaku saat-saat saya nak melahirkannya. Mana taknya, riuh rendah hospital Sultanah Bahyah Alor Setar kerana tiada bekalan darah dari jenis O-ve. Tambahan pula dekat dengan raya.
Puas jugalah menelefon sanak-saudara dan kawan-kawan meminta bantuan untuk mendonorkan darah jika ada yang dari jenis 0-ve. Pun begitu Allah yang maha berkuasa, saya melahirkan Nuha tanpa memerlukan sedikit pun pemindahan darah. (Baca cerita tentang kelahiran Nuha kat sini.)

Dan sekarang anak bongsu saya tu dah pun berusia setahun. Alhamdulillah... Moga Nuha membesar menjadi puteri yang solehah, cerdik dan pintar macam abang long dan kak ngah. Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan