Suatu petang selepas balik dari keja, saya buat-buat sibuk didapur menyediakan makan malam untuk keluarga.
Sesekali kepala menjengah keruangan keluarga, meninjau apa yang dilakukan oleh 3 beradik kat depan tu.
Terjerit saya bila melihat Deena memanjat kerusi dan mengintai-intai ke dalam almari yang diletakkan disudut dinding.
" Deena...buat apa panjat-panjat tu. Turun...nanti jatuh"
"Sat la Ummi, Deena nak kira pahala Deena ni." Deena menjawab.
Kepalanya masih menjengah ke dalam almari Sambil kaki terjengket-jengket kerana tahap kependekannya menyebabkan dia sukar melihat ke dalam almari dengan jelas walaupun telah dibantu dengan kerusi.
"Pahala??? Pahala apa pulak yang budak ni duk tengok?" Benak saya tertanya-tanya sambil kaki melangkah ke depan.
Dari jauh kedengaran suara Deena mengira
"Satu...Dua...Tiga...Empat... Ummi...ada baaanyakk pahala Deena Ummi...
"Mana pahala Deena?"
"Tu...banyak kan Ummi"
Saya melihat ke dalam almari, tempat 'pahala' yang disebut Deena lantas tersenyum dan rasa ingin tertawa.
Sambil menahan tawa saya berkata
"Hmmm ....yang tu bukan pahala Deena, tapi pahala Along (Aiman). Kalau Deena nak pahala Deena pun kena jadi macam along. Belajar rajin-rajin dan ikut aktiviti sekolah. Tahun ni bolehlah Deena kumpul pahala banyak-banyak sebab Deena dah masuk sekolah."
"Oooooo..." mulut Deena terlopong mendengar kata-kata saya.
Faham ke dia??? Mungkin tak berapa faham, tapi insyaAllah dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran, lama-lama Deena akan faham.
* 'Pahala' yang dimaksudkan oleh Deena dalam entry di atas adalah piala yang dimenangi oleh alongnya ketika di pra-sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan