Salam ukhuwwah....kepada semua pembaca blog Saujana Kasih ada ker pembaca ni??? macam tak percaya pulak..he he.
Kepada yang membaca tulisan saya ni, tak kisahlah sama ada terjumpa blog saya ni secara tak sengaja by coincidence??? rasa cam glamor la pulak ataupun memang bermaksud untuk membaca welcome to my blog, baca yang 'baik-baik' saja ya... Silakan membaca sehingga noktah yang terakhir.
Agak lama tak menulis. Sebulan pun kira lama kan...Bukan kekeringan idea, sebenarnya ada sahaja cerita yang nak saya coretkan. Tapi banyak kejadian yang berlaku kebelakangan ini yang menyebabkan hasrat saya tertangguh.
Agak kontroversi... Biar saat-saat kritikal ini berlalu terlebih dahulu agar impaknya tidak terkesan kepada insan-insan disekeliling saya.
Saya akan terus menulis kerana itu minat saya. Saya menulis apa yang saya rasa, luahan hati barangkali. Mohon Allah memberi petunjuk agar saya boleh menulis yang baik-baik sahaja. Anda boleh terus membaca, kalau tak suka , sila tukar channel sendiri dan anda juga bebas untuk mentafsir. tapi itu datang dari hati anda...and i'm not taking a responsibility for that.
Tapi saya teringat kata seseorang quote sikit na 'Jika hati kita bersih penulisan akan bersih' setuju 100% dan saya nak tambah sikit "jika hati kita bersih pemikiran juga akan bersih". Tiada prasangka tiada prejudis.
Saya cuma manusia biasa, tentulah diluar kemampuan saya untuk mengawal hati dan pemikiran anda. Saya cuma bermohon agar Allah jauhkan dari prasangka2 yang buruk. Terpulang...anda sendiri tentukan...
Akhir kata, marilah kita sama-sama bermuhasabah,bersihkan hati, tingkatkan iman dan kualiti diri. Tak kisahlah siapa kita pada pandangan manusia, yang penting kita bernilai disisi Allah SWT.