Hari ini merupakan hari terakhir saya di KMK, setelah menggenapkan 5 tahun bertugas pada bulan Mac yang lepas
Sedih memang sedih...tapi inilah ketentuanNya.
Disini terakam pelbagai memori pahit dan manis. Namun biarlah semuanya tinggal kenangan.
Terima kasih buat teman-teman yang selama ini sama-sama mengharungi susah senang selama ini. Jodoh kita di KMK berakhir disini. Namun kita tetap sahabat, dunia dan juga akhirat.
Pasrah dan redha dengan ketentuanNya namun doa sentiasa mengiringi supaya segala-galanya lebih indah di tempat baru.
Petang tadi punchcard terakhir bersama-sama Ta sempat juga bergambar untuk kenang-kenangan.
Biarlah syok sendiri, sedih pun sendiri...
Biarlah syok sendiri, sedih pun sendiri...
Perjalanan balik pula ditemani deraian hujan. Alam turut berduka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan