Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Rabu, 11 Disember 2013

CUTI-CUTI 2013 Jitra-Kl-PD-Melaka....

The best cuti ever...

Kami pergi beramai2, 4 family, 2 orang adik2 yg belum kahwin serta mak dan abah. 

Pegi jalan ramai2 ni memang happening...tapi kena bersedialah...mental, fizikal n RM...hehehe

Banyak kepala banyaklah ragamnya...


Hari pertama bermalam kat PD. Check in di Tiara Beach Resort dalam pukul 12.00 macam tu. Tak booking apa pun, main redah jerr... 


Alhamdulillah, masih ada bilik yang kosong walaupun musim cuti sekolah dah bermula. 

Kami pilih apartmen 2 bilik dengan harga RM250 semalam. Sebab ramai, kami ambik 2 apartment.


Resort ni tak jauh sangat dengan pantai, drive dalam 5-10 minit sampailah. 

So, kalau nak mandi pantai berulang-ulang better cari tempat penginapan yang betul2 dekat dengan pantai.


Tapi kat sini ada taman tema untuk mandi-manda. Cuma dikenakan bayaran untuk sapa-sapa yang nak mandi kat sini. RM30-RM35 per person.

Kami tak ambik sebab nak bawa anak-anak mandi kat pantai. Percuma & yang penting save RM...hehehe


Petang kepantai Teluk Kemang. 

En. Tahiri dan anak-anak jer yang turun pantai. Saya observe dari jauh...

Hepi bebudak tu dapat pelampung dan google sorang satu. Hehehe...melayang jugak RM...


Setelah semalam di PD, kami bertolak ke Melaka. 


Pun aci redah jer...tak der booking2. Cari2 tempat bermalam jumpalah yang ni. 


Memang betul2 tepi pantai. Teratak Rehat Atie Ira nama dia. lokasi kat Pengkalan Balak. 


Memang best kat sini sebab pantai dia agak privasi. Hanya pengunjung chalet yang ada dan bukan pantai umum. 


Kat sini memang tak berdaya menahan keinginan,melihat ombak memutih yang menghempas pantai, saya pun terjun ke laut sama. 

Petang berendam...


Pagi pun berendam...

Puas mandi laut sampai rentung kulit di bakar mentari...tapi memang terbaik la...


Mandi, mandi juga, tapi jangan lupa isi perut... tapau jer sebab anak-anak masih nak berendam di laut.


Tengahari check out, gerak ke Banda Hilir pulak...


Singgah makan nasi Arab, lokasi dekat kebun kelapa sawit.


Banda Hilir...here we came... 


Hampir maghrib bertolak balik ke KL...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi