Menghabiskan cuti sekolah yang berbaki...
Kesian anak-anak dah nak abis cuti sekolah pun tak bawa pi jalan mana-mana.
Saya dan En. Tahiri just bawa depa piknik kat Pantai Merdeka... Mujuq sungguhla ada pantai yang seciput tu kat negeri Kedah ni, boleh juga p berkelah ngan family.
Ikutkan x la jauh sangat pantai merdeka tu ngan rumah saya. Dalam sejam lebih sikit macam tu. Tapi haru jugak nak sampai sana, sesat sampai jadi berjam2. Ni GPS punya pasal la ni kih...kih..kih
Oklah...Jom tengok apa jadi kat sana...
Sampai pantai dah lewat, sempat mandi sekejap saja sebab air makin pasang. Tak sampai sejam pun depa main air dah suruh naik ke atas. Bimbang pulak anak-anak duk dalam air tu.
Lepas makan dan bersihkan diri kami decide untuk ke air terjun pulak. Nak mandi lagi...hihihh...tadi tak puas mandi pantai.
Kami ke Lata Peranginan Tupah. Kat sini memang puas anak-anak berendam. Sampai naik biru kakitangan.
Selepas puas berendam kami patah balik ke Pulau Sayak. Adik ajak makan mee udang. So, berjimba-jimba ke sana lah pulak...
Sambil tunggu hidangan anak-anak ambil peluang turun ke pantai. Tak mandi pun, cuma kutip kulit kerang dan main-main pasir di pantai...
Nah...nasi goreng udang, yang ni En. Tahiri punya...
Deretan air yang menjadi pilihan...
This is mine...mee udang special...hmm wallahhh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan