Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Selasa, 5 Ogos 2014

Cerita Raya Kami - Part 3

Yang ni cerita raya ke lima...


Asalnya plan nak p beraya kat umah adik kat sg. petani. Konon nak masak2 dan makan2 kat rumah dia.

Tapi plan bertukar last minit. Adik ajak makan kat luar, lepas tu naik ke Gunung Jerai..



Hmm...ok la jugak memandangkan saya ni seumur hidup x penah jejak kaki ke sana...

Nak naik ke atas memang agak menggerunkan dengan jalannya yang sempit dan banyak selekoh tajam. 



Walaupun en. tahiri yang drive rasanya saya yang banyak tekan brake...hihihi...Anak-anak pun kecut perut...Saya siap cakap tak mau naik dah ke sini.


Tapi memang berbaloi bila dah sampai kat atas. View dia memang cantik. Rasa nak datang pulak sini lain kali.

Cerita Raya Kami - Part 2

Ha ini la programnya...

BBQ malam raya...hihihi...

Tahun ni tahun ke 3 wat bbq raya. Dah jadi macam acara tahunan dah...

Adik2 pulak kalut duk tanya...ada bbq dak? So...terpaksa la si kakak ni uruskan jugak bbq. 


Petang dah start acara pelekat arang. Jenuh jugak en. tahiri guna pelbagai skil untuk menghidupkan arang tu. 


Bila arang dah menyala elok upacara bakar membakar pun bermula. Sebelum maghrib lagi dah start membakarnya. Saja mula awal, sebab target nak habih awal. Boleh menyimpan awal. Pas tu, tidur pun awal...:-)


Dah siap bakar main lambak dalam talam jer...x der la serve special sangat. Pakat duk kerumun talam sampai kelam. Hihihi


Sebenarnya ada menu lain jugak malam tu. Saya buat spaghetti sikit. Ada juga nasi lemak dari umah mak...


Yang dibakar2 tu ada ayam, daging rusa daging kambing sosej pelbagai perasa, ada blackpepper, ada cheese ada yang plain. Saya sempat juga buat sos steambot ala Johnny...kununnya... 

Tapi semua tu selamat masuk dalam perut. Tak sempat nak di snap gambarnya...



Cerita Raya Kami - Part 1


Tahun ni turn raya di Jitra...so banyak persediaan buat kat umah sendiri.

Kuih raya main tunjuk2 ja...memang tak buat sebijik habuk ponn...

Harapkan agar2 kering 2 talam, tupun separuh dah abih sebelum raya dikerjakan dek Deena dan Nuha...sejam cukai sebijik...

Ketupat saya tempah dengan mak cik Chik aja, siap rebus...malam raya dah boleh makan... :)


Cuma petang sebelum raya jer saya masak rendang sikit...tak banyak...dalam sekilo daging. Dah lebih cukup tu utk kami 5 beranak. 


Lepas sembahyang raya kami gerak ke rumah mak abah saya. Tak jauh mana pun, selang 2 lorong ja...Kat sana my sisters & brothers dah ramai berkumpul. 


Macam2 drama la boleh tengok. Tapi taun ni memang wefie of the year...sikit2 wefie...


Sempat la juga bertandang ke rumah jiran sebuah dua...selebihnya duduk kat rumah ja buat persediaan utk program sebelah malam...




Apa program nya??? Sambung part 2 yerrr...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi