Ha ini la programnya...
BBQ malam raya...hihihi...
Tahun ni tahun ke 3 wat bbq raya. Dah jadi macam acara tahunan dah...
Adik2 pulak kalut duk tanya...ada bbq dak? So...terpaksa la si kakak ni uruskan jugak bbq.
Petang dah start acara pelekat arang. Jenuh jugak en. tahiri guna pelbagai skil untuk menghidupkan arang tu.
Bila arang dah menyala elok upacara bakar membakar pun bermula. Sebelum maghrib lagi dah start membakarnya. Saja mula awal, sebab target nak habih awal. Boleh menyimpan awal. Pas tu, tidur pun awal...:-)
Dah siap bakar main lambak dalam talam jer...x der la serve special sangat. Pakat duk kerumun talam sampai kelam. Hihihi
Sebenarnya ada menu lain jugak malam tu. Saya buat spaghetti sikit. Ada juga nasi lemak dari umah mak...
Yang dibakar2 tu ada ayam, daging rusa daging kambing sosej pelbagai perasa, ada blackpepper, ada cheese ada yang plain. Saya sempat juga buat sos steambot ala Johnny...kununnya...
Tapi semua tu selamat masuk dalam perut. Tak sempat nak di snap gambarnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan