Menghabiskan saki baki cuti sekolah yang tinggal beberapa minggu saja lagi, kami sekeluarga bermusafir ke Taiping.
Itulah destinasi percutian yang menjadi pilihan muktamad setelah destinasi-destinasi pilihan yang sebelumnya asyik tak jadi.
Itulah destinasi percutian yang menjadi pilihan muktamad setelah destinasi-destinasi pilihan yang sebelumnya asyik tak jadi.
Bermula dengan rancangan percutian ke Cameron Highland diubah ke Langkawi dan akhirnya...disinilah kami melengkapkan cuti.
Taiping....here we come....
Taiping....here we come....
Melihat percutian kali ni lebih kepada percutian bajet sebab segala-galanya ditaja oleh kak Imah sekeluarga. Makan minum dan penginapan fully sponsored tau... he he .
Tapi saya sebenarnya lagi enjoy kalau menginap di tempat pilihan sendiri yang lebih privasi. Ada juga cadangkan kepada en. suami supaya cari homestay, tapi duk terpikir juga apalah kata kak Imah nanti kalau ke Taiping tapi tak singgah dirumah dia.
Lagipun Aiman dan Deena memang suka kesana sebab boleh jumpa dengan Izhan, anak kak Imah yabg bongsu. Puaslah diorang bermain....
Kami cuma ke Zoo dan muzium, sambil makan mee udang di Kuala Sepetang.Selebihnya lepak santai dirumah kak Imah. Hmm...macam boring aja kan...
Tapi yang penting anak-anak sangat gembira. Budak-budak dapat ke Zoo seronoklah, boleh tengok haiwan secara live. Melompat lompat diorang.
Dan memang itupun agenda utama percutian kami. Meluangkan masa bersama serta menggembirakan mereka...
Jom layan gambar...
Kat zoo
Ummi dan Aiman lari kebelakang sebab tak tahan tengok ular tu...geli lah... |
Berehat sekejap... |
Singgah sebentar di taman Tasik Taiping, suami dan anak-anak sahaja yang keluar. Saya kat dalam kereta sebab Nuha tengah tido masa ni.
Ambik gambar dari dalam keta |
Malam ke Kuala Sepetang, apalagi...layan mee udang...
Mee Udang Special...mmm memang sedap mee dia. |
Nasi Goreng Udang, penuh seperahu... |
Esoknya ke muzium dan menghabiskan masa disekitar bandar Taiping...
I like it because i was seeking for such type of info.
BalasPadamI hope it benefits all one who land up here.
Thanks for sharing!!
Saab 900 AC Compressor
Ur Welcome Aisha
BalasPadam