Majlis berlangsung pada hari Sabtu di padang sukan MRSM Kubang Pasu.
Selepas menghantar saya, Aiman dan Deena ke tempat kejadian, suami terus ke sekolahnya sebab pada masa yang sama berlangsung acara merentas desa SMK Tg. Pauh.
Kami terus ke khemah yang menempatkan peserta sukaneka. Ramai yang dah sampai di padang.
Selepas memastikan Deena selesa dikhemahnya saya dan Aiman bergerak ke astaka. Panas pagi mula membahang, tapi Aiman ok jer....
.Jam 9.00 pagi acara lintas hormat bermula.
Diikuti dengan bacaan ikrar oleh para pelajar
Selepas tu acara sukan bermula. Giliran Deena pula dekat pukul 11.00 pagi. Lama juga menunggu. Deena masuk acara lari berduet. Dapat tempat ketiga.
Adalah juga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan