Genap usianya 5 tahun hari ni.
Terbayang2 proses kelahirannya 5 tahun yang lepas.
Pukul 8 pagi suami saya dipanggil untuk menandatangani surat izin pembedahan. "Tak boleh tunggu ke doktor" tanya suami. Doktor menjawab "Kena operate segera, emergency. Baby dah lemas"
Saya pasrah, setelah cubaan untuk melahirkan secara normal tidak berjaya. Kali kedua caesarean, yang pertamanya semasa melahirkan Aiman.
4 hari turun tanda (darah), contraction yang sangat kuat, 8 jam dilabour room, akhirnya Deena saya lahirkan melalui pembedahan.
Hari ini, Deena semakin dewasa. Mulutnya banyak omelan. Ada saja persoalan yang nak ditanya. Kelakunya pun boleh tahan. Kadang2 mencabar kesabaran.
Anak-anak adalah permata yang terindah buat ibubapa. Bersyukur, dikurniakan mereka. Semoga mereka membesar menjadi insan yang soleh dan solehah.
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami pasangan dan zuriat yang menyejukkan hati, dan jadikanlah kami ikutan orang-orang yang bertakwa. Ameen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan