Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
 



 Hari ni 16 Mei, Sambutan Hari Guru dirayakan diseluruh negara. Begitulah saban tahun, apabila sampainya tanggal 16 Mei guru-guru diraikan. Bercerita tentang sambutan Hari Guru, saya terkenangkan sambutan Hari Guru semasa saya mengajar disekolah. sambutannya lebih meriah kerana kita dikelilingi oleh pelajar-pelajar. Berbeza di matrikulasi, sambutan Hari guru tanpa kehadiran pelajar kerana penghujung bulan Mei barulah pelajar akan mendaftar. Siapalah guru tanpa kehadiran mereka... 

Buat diri ini, suami tersayang, rakan-rakan seperjuangan serta semua guru di seluruh negara hayatilah puisi dibawah. Semoga kita bisa memartabatkan profesion perguruan ke tempat yang sepatutnya.

Guru Oh Guru
 
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi..

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah Ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulamak yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibukota
Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat. 
 
-Petikan puisi Allahyarham Dato' Dr. Usman Awang (1979)- Sasterawan Negara




Selasa, 10 Mei 2011

Harga Gula Naik Lagi...La..la..la...


Hmm... Harga gula naik lagi.... Bila dah naik tu, jangan harap la nak turun semula. Semakin naik adala... Pas ni kita boleh denganr ulasan-ulasan yang menyokong, harga gula negara kita masih terendah dirantau Asia, kurangkan penggunaan gula, rakyat Malaysia banyak yang obes kerana obesiti bla..bla..bla.. Yang pasti walaupun harga naik gula tetap kena beli kerana ia adalah barang wajib kegunaan setiap isi rumah.
Boleh baca artikel yang saya copy drpd blogger greenboc di bawah. 

Harga Gula Naik Lagi, Tokeh Gula Mencipta Nama Orang Paling Kaya Dengan Rakyat Jadi Mangsa

H
arga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei)

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.


Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.
Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu. -mk

Isnin, 9 Mei 2011

Jurnal Pantai Timur

Alhamdulillah...saya sekeluarga selamat pulang kerumah setelah mengikuti Lawatan ke Pantai Timur. Ekceli lawatan ni boleh disifatkan kan sebagai berjaya.Hepi betul dapat ke sana. Pegi beramai-ramai pulak tu, memang best...Ok.. cerita sikit catatan perjalanan kami kesana.

Khamis 5/5/2011

Lepas solat Isyak kami bertolak ke KMK coz' kami akan menaiki bas kolej di sana. Dari kolej kami bertolak lebih kurang jam 10 malam. Suasana dalam bas riuh rendah. Aiman dan Deena memang excited abih...Ye la...julung-julung kali naik bas...

Cer tengok gambar-gambar diorang ni...

Nuha pekena susu dulu...pas tu baru la boleh tidur kan...

Aiman ngan Deena...macam2 aksi budak berdua ni...

En.hasben dan Nuha...
Bahagian belakang bas..penuh sesak...

Jumaat 6/5/2011

Pagi-pagi setelah sampai, kami menunaikan solat subuh dan sarapan terlebih dahulu. Kmdn rombongan kami singgah di Pulau Melaka melawat kediaman menteri besar. Apapun nasib tidak menyebelahi kami kerana tok guru kurang sihat dan tak dapat berjumpa dengan kami. Bukan rezeki agaknya... tapi sempatla kami bergambar di depan kediaman beliau.

Tak dapat jumpa tuan, bergambar dengan rumahnya pun jadila..


Yusuf pun nak enterframe gak...he he


Bergambar dibahagian sisi masjid dekat dgn rumah tuan guru Nik Aziz

Destinasi kami seterusnya adalah hotel penginapan. Kami memilih untuk menginap di Hotel Suria Kota Bharu. Setelah check-in masing-masing terus naik kebilik untuk urusan kendiri. Lega rasanya dapat masuk bilik. Bukan apa...dapatla meluruskan urat-urat yang cekang. Aiman dan Deena pun teruja, Nuha apalagi siap bergolek-golek dalam bilik hotel tu. Iyela...semalaman duduk dalam bas, badan dah rasa keras semacam.

Lobi hotel

Bilik hotel. Keadaan keseluruhan memuaskan.Saya bagi 2 bintang untuk hotel ni.













Tengahari kami buat urusan sendiri. Saya ke Pasar Khadijah atau Pasar Bulat bersama-sama Salwa dan Kak Ti. Budak-budak tu saya tinggalkan dengan suami di bilik hotel (tidur kepenatan) Lagipun nak shopping tak boleh bawa diorang, pakai tak membeli barang la jawabnya...Banyak juga barang2 yang saya beli. Asal berkenan je saya ambik...

Sesi bergambar mak-mak dan anak-anak

Seronoknye.....

Kontrol ayu yer....


Petang, selepas asar rombongan kami ke Pantai Cahaya Bulan. Bersiar-siar seketika menghirup udara petang. Hmm...nyaman. Tapi kesian kat Aiman. Demam pulak dia...

Alahai...makhluk mana pulak 2 ekor kat belakang tu...

En hasben ngan anak bujang kami...Aiman


Nuha asyik ngan susu...


Dengan anak bujang dan anak dara saya...

Malam, kami kat hotel je... Mmg tidur awal sebab esok pepagi nak bertolak ke Terengganu.

Sabtu 7/5/2011
Pagi-pagi lagi kami dah bersedia. Suami sempat turun kebawah beli makanan untuk breakfast. So pagi ni kami makan dalam bilik jer..

Kami bertolak ke Terengganu lebih kurang jam 9.30 pagi. disepanjang perjalanan , kami dihidangkan dengan pemandangan yang menarik. Lautan membiru menyegarkan mata yang memandang...Kami sempat berhenti berehat di Pantai Rhu Sepuluh sebelum berhenti sembahyang zohor dimasjid terapung Kuala Ibai.

Gambar ni kat Pantai Rhu Sepuluh...tengok anak sapa tu enterframe sama.. he he

Aiman dan Deena punya excited bergambar tepi bot tu

Nuha pun nak enterframe gak yer...


Gambar ni kat Masjid Terapung Kuala Ibai


Kmdn kami singgah di Pasar Payang. Sempatlah saya shopping barang-barang yang dikirim oleh emak dan sahabat saya. Selepas pasar Payang kami singgah di losong. Apalagi, borong keropok losong sebagai ole-ole dari pantai timur. 

Perjalanan kemudian diteruskan ke Taman Tema Tamadun Islam. Sampai kat sini memang dah rasa letih sangat-sangat. Tapi saya gagahkan juga untuk melawat taman tersebut, tu pun dgn menaiki tram. Ye lah, dah sampai kesini, kalau tak masuk rasa ralat juga..Seterusnya kami ke Masjid Kristal, untuk mandi dan solat maghrib.


Nuha dalam stroller di atas tram...
Sukernya anak beranak tu...

Masjid as-Skahra
Tengok apa tu bang...





Budak-budak ni kalau bergambar boleh tahan jugak...



Usai solat maghrib kami meneruskan perjalanan pulang. Malam ni, suasana dalam bas sunyi sepi. Semua orang terlentuk di seat bas masing2, letih...

Selepas melalui perjalanan yang panjang kami sampai ke KMK hampir jam 9 pagi.(Rasa ralat juga sebab tak sempat bergambar beramai-ramai dengan ahli rombongan. Tapi x per la, lain kali kita buat lawatan lagik yer Cik Wa)

Sabtu, 7 Mei 2011

Happy Mother's Day


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Untuk bonda tercinta Puan Normah Binti Buyong, terima kasih kerana meluangkan seluruh kehidupanmu mendidik dan mengasuh kami sehingga menjadi insan yang berguna. "Engkaulah ratu hatiku..." Buat arwah MIL Puan Saadah Binti Samah, semoga Allah mencucuri rohmu. Buat diri ini..Ya Allah, semoga aku bisa menjadi ibu yang terbaik buat anak-anakku. Dan buat semua ibu, what ever gelaran..ummi, emak, mama...kalian adalah nadi hidup, pemberi semangat, peneman dikala kegelisahan, penghibur dikala duka. Semoga Allah sentiasa merahmati....

Khamis, 5 Mei 2011

Bon Voyage...


Dah siap packing barang...


Nuha pun nak enterframe juga...

Ahah...apsal lak tiba2 tajuk n3 mcm tu.. He he nak kemana tu... Ekceli kami sekeluarga x sabar2 menunggu masa untuk bertolak ke Pantai Timur. Apalagi...cuti-cuti Malaysia la... Heh heh..mengabiskan saki baki cuti yang ada. Next week dah start keje, no more holiday kay..

Sebenarnya trip ke Pantai Timur ni adalah anjuran(julung kalinya) Unit Pendidikan Islam dan Moral, Kolej Matrikulasi Kedah. Sapa lagi master mind nyer kalau bukan Cik Wa... Alahai.. terujanya...Lama dah berhajat ke Pantai Timur (bayangkan seumur hidup x penah ke sana, huh...sadis sungguh).

Hopefully trip ni berjalan lancar dan selamat. Ni 1st time travel ngan bas bawa bebudak tu. Harap2 diorang tak banyak kerenah...Semoga Allah permudahkan perjalanan kami ni dan pengalaman yang diperolehi manis-manis belaka...InsyaAllah.

Isnin, 18 April 2011

Aiman Football Match

Sabtu lepas saya dan suami menonton perlawanan bola sepak putera sulung kami. Perlawanan antara PASTI Kubang Pasu. Puas melompat,menjerit bagi sokongan...Hasilnya...team Aiman tewas 0-5... Apakan daya...

Layan gambarnya kat bawah ni...





Rabu, 30 Mac 2011

Jalan-Jalan Pantai Merdeka

Last weekend bawa anak-anak berjalan ke Pantai Merdeka. Dah lama plan nak ke pantai tapi asyik tertangguh aje. Alhamdulillah minggu sudah Allah lorongkan kesempatan untuk kami ke sana.

Mulanya cuak juga, sebab sepanjang perjalanan hujan turun tak berhenti. Lebat pulak tu. "hurmmm...pantai mcmn ni" hati saya berdetik. Hujan-hujan mana best pegi pantai. "Hujan ni ummi, camner?" tanya suami saya. Mcm tau-tau pulak saya tengah berfikir ttg hujan dan pantai.

"Kita p je la bang. Kalau hujan jugak kita makan angin ataih keta ja..." saya berkata kepada suami..Paling tidak boleh berziarah kerumah adik saya Siti yang dah sebulan berpindah ke Sg. Petani.

Dari Jitra ke Sg. Petani dan ke Pantai Merdeka hujan mengiringi perjalanan kami.Pun begitu hati masih berharap agar cuaca cerah dipantai nanti.

Alhamdulillah,dengan izinNya sampai dipantai hujan sudah berhenti. Namun begitu kami sekeluarga tak mandi manda di pantai kerana air sedang pasang. Cukuplah sekadar berjalan-jalan mengambil angin ditepi pantai. Anak-anak pun hepi bermain di taman permainan, x kisah xdapat turun ke laut.





Selasa, 15 Februari 2011

Nuha Khairina ...our litle princess...

Tanggal 5 September 2010 lahirlah zuriat ketiga kami kedunia. Puteri yang diberi nama Nurul Nuha Khairina. Sebenarnya nuha dilahirkan awal sebulan drpd due date. Ada cerita kenapa nuha dilahirkan awal...

Bleeding

1 September, selepas berbuka puasa saya menunaikan solat maghrib bersama-sama suami. Seusai solat maghrib saya berehat seketika sementara menunggu masuk waktu isyak. Suami pula bersiap-siap untuk kemasjid menunaikan solat tarawih. Selepas azan isyak saya segera menunaikan solat isyak. Aiman dan Deena asyik leka diruang menonton.

Selesai solat isyak saya terus bangun menanggalkan kain telekung dan menyidainya di rak yang tersedia. Melangkah keluar dari ruangan sembahyang terasa ada sesuatu yang mengalir keluar, umpama sedang datang bulan. Melihat kepada kain batik yang dipakai dipenuhi darah. "Darah apa???" getus hati kecil saya. Agak panik, tapi saya cuba bertenang. Suami dah kemasjid, telefonnya pula ditinggalkan dirumah. Saya melihat jam didinding, baru pukul 9 malam. "Apa nak buat ni??' fikir saya.

Teringat mak, lantas saya capai telefon dan mendail nombornya. Alhamdulillah, deringan saya bersambut. Segera saya khabarkan kepada mak kejadian yang berlaku. Mak menyuruh saya bertenang, dalam pada itu menyuruh saya bersedia dengan barang2 untuk kehospital. "Tahiri balik sembahyang nanti suruh dia bawak p hospital. Bawala barang2 sikit kot2 kena tahan wad. Kalau x serius sgt depa bagi balik." kata mak. Saya akur lantas mengeluarkan beg dan mengisinya dengan beberapa helai pakaian saya dan alat keperluan yang lain. Barang baby?? Saya tak isi sebab belum sempat lai dibasuh. Cadangnya hujung minggu ni baru nak settlekan barang2 bayi.

Warded

Jam 11 malam baru suami pulang dari masjid. Saya khabarkan perkara yang berlaku kepadanya. Melihat kain batik yang dipenuhi darah suami agak tergamam, tapi kemudiannya segera bersiap untuk kehospital. Kami singgah dirumah mak saya untuk menitipkan Aiman dan Deena. "Apa2 hal telefon" pesan mak. Saya menganggukkan kepala sambil tunduk mencium Aiman dan Deena.

Sampai dihospital kami terus menuju ke bahagian PAC. Setelah pendaftaran saya diperiksa oleh pegawai perubatan yang bertugas pada malam itu. Macam2 pemeriksaan yang dilakukan. Daripada seorang kepada 2 org doktor. Lenguh mulut asyik rewind benda yang sama. "Kena pakai 'tape' ni...Kalau depa tanya lagi aku tekan je tape tu.." sempat lagi saya bermonolog.

Hampir jam 2 pagi doktor yang memeriksa memberitahu saya terpaksa ditahan di wad.Diorang tak bagi saya balik sbb kes saya ni diklasifikasikan sebagai kes yang berisiko.(mana taknya...pakej cukup lengkap. Bleeding, placenta previa type 1..heh heh uri kat bawah, darah rhesus O-ve lagi)Saya diletakkah di wad pengawasan supaya lebih mudah dipantau.

Doktor mencadangkan supaya pembedahan awal dilakukan. Namun ada masalah kerana bekalan darah jenis o-ve tidak ada dalam tabung darah hospital. So, saya terpaksa menunggu. Saya juga perlu berhati2 dan tidak banyak bergerak untuk mengelakkan bleeding lebih banyak.

Kelahiran

5 hari menghuni hospital akhirnya pada jam 2.30 petang, 5hb 9 2010 saya ditolak ke dewan pembedahan. Jam 4.45 petang, lahirlah puteri bongsu kami. Setelah mengharungi pelbagai kesulitan, akhirnya Nuha Khairina menjengah dunia, 4 hari sebelum umat islam menyambut aidilfitri dan keluarga kami meraikan kegembiraan berganda.

Untuk puteriku Nuha Khairina, semoga dewasamu menjadi puteri cerdik yang solehah, seiring bersama2 abang dan kakak...Ummi sayang kalian.

Ahad, 25 April 2010

New baby...

salam...

dah lama tak berblog..sejak2 lekat perut rasa malas nak menulis. mabuknya Ya Allah...tak boleh nak angkat kepala. Ni dah ok sikit. Selera makan dah bertambah, badan pun apa lagi mencanak2 la naiknya. Anyway semuanya happy menanti kedatangan orang baru dalam keluarga kami. Boy or girl??? Tunggu...

Rabu, 25 November 2009

Happy Annivesary

5 tahun....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi