Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Isnin, 13 Julai 2009

UPS...Kejayaan Bersama2 Orang Yang Berusaha!

"Assalamualaikum... Ustazah, saya nak minta ampun kalau ada buat salah. Doakan kejayaan saya dalam UPS ni..."

"Ustazah, kami minta maaf. Doakan kejayaan kami..."

Itu antara bait-bait kata, pohon maaf dan restu daripada anak didikku. Minggu ini merupakan antara masa-masa terpenting dalam perjuangan mereka. Ya, UPS... medan untuk menguji tahap pencapaian mereka setelah hampir sepuluh minggu menjadi warga KMK ini.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hanya kata-kata perangsang dan doa yang dapat ku bekalkan. Selebihnya, bergantung kepada ketentuan Allah dan usaha yang telah mereka lakukan. "Usaha, doa kemudian tawakkal" itu yang selalu ku beritahu kepada mereka. "InsyaAllah, bila kita memohon dan mengharap daripadaNya, Dia akan selalu membantu kita. Kan Allah itu Maha Pemberi". Mereka mengangguk2, tanda bersetuju dengan peneranganku. "Dan, yang paling penting jangan tinggal sembahyang." Ujarku lagi.

"Ustazah, macam mana pula kalau seseorang tu, dia tak sembahyang, tak tutup aurat, tapi dapat juga keputusan yang baik dalam peperiksaan." tanya seorang daripada mereka. Manakala sebahagian yang lain mengangguk2 dengan ekspresi muka ingin tahu. Aku tersenyum...

Ya, itulah realiti yang selalu mereka lihat. Dan fikiran logik anak-anak ini selalu membandingkan antara sebahagian daripada rakan-rakan mereka yang tidak taat kepada perintah Khaliqnya, bahkan yang dahinya tidak pernah menyentuh sejadah tetapi sering memperolehi keputusan yang memberangsangkan. Sedangkan terdapat pula diantara sahabat-sahabat mereka yang tidak pernah tinggal solat, banyak ibadat2 sunat yang lain, keputusan peperiksaannya biasa-biasa saja.

"Hmm..memang, kadang kala kita lihat seseorang insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran." "Tapi kita kena ingat, yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kepada seseorang individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok adakah sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya. Patutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi kalau dia masih tidak teri bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman." Jelasku panjang lebar.

"Kdg2 berlaku juga kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan." Ujarku lagi memancing perhatian mereka, supaya perbincangan lebih menarik. "Betul tu ustazah, kenapa ye?" Tanya seorang daripada mereka. "Itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt apa yang diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita taksub dan lupa untuk bersyukur pada yang Maha Esa."

Tergambar kepuasan diriak wajah mereka mendengar apa yang aku jelaskan. Mudah-mudahan mereka faham, bahawa segala tindak-tanduk mereka addlah tergantung pada kehendak Rabbul Izzati. Mudah-mudahan juga mereka dijauhkan Allah daripada berlakunya ISTIDRAJ. Apa itu istidraj? InsyaAllah aku akan tulis dalam entry yang akan datang.

Buat anak2 didikku, Semoga kejayaan mengiringi langkah kalian.

Rabu, 8 Julai 2009

Tangisan Rasulullah S.A.W Menggegarkan Arasy

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,

Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang,

Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang...


"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawafdi Ka ' bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir:

"Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka ' bah, dan berzikir lagi:

"Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!"

Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah,lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok - olokkanku,kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang bad wi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya:

"Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu..

"Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab bad wi itu pula.

Rasulullah s.a..w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

"Wahai orang Arab! Janganlah berbuat serupa itu.Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya,Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi orang yang takabbur yang meminta dihormati,atau diagungkan,tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya. "

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya dihari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.

Maka orang Arab itu pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab bad wi itu.

"Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya.

"Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya." jawab orang itu. "Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan- Nya.Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!"

Mendengar ucapan orang Arab bad wi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!"

Betapa sukanya orang Arab bad wi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "

Selasa, 7 Julai 2009

Mendidik Anak

Salam...

Pagi tadi Aiman buat perangai. Menangis-nangis bila dikejutkan daripada tidur. Tak mau bangun. Lepas keluar daripada bilik, rebah pulak atas sofa kat ruang tamu. Mengantukla tu. Lagipun semalam dia tidur lewat. Akhir-akhir ni makin menjadi liatnya nak bangun tidur. Kadang-kadang naik angin juga aku dibuatnya, tapi cepat2 istighfar. Sebab kalau aku marah maknanya syaitan dah menang. Terpaksa la pujuk dia. Last2 ok, nak la dia ke bilik air mandi. Tu pun ada syarat, tak nak syampoo kepala. Tak pa la , asal Aiman nak mandi, nak ke sekolah. "Malam nanti mandi kena basuh kepala tau." kataku kepada Aiman. Aiman angguk kepala. Dah lepas mandi tak pe la dia. Siap pakai baju tak sabar2 pulak nak pegi sekolah

Hmm..pepagi selalu macam tu la aku. Mana nak siapkan anak, sediakan keperluan suami dan diri sendiri lagi. Tapi tak pe, dah itu tanggungjawab seorang isteri dan ibu... Baru sorang anak yang sekolah tu, kalau ramai lagi hebat cabaran tu. Kadang2 bila merungut kat mak, mak akan kata "mak dulu lagi la, jaga hampa 10 beradik, tapi tak la kelam kabut mcm hang." Betul jugak tu. Tapi gatal juga mulut menjawab "kami dulu baik2 mak, dengar kata. Anak2 kami ni generasi xy, akalnya panjang lain macam sikit". Emakku cuma tersenyum mendengar kata-kataku. Memang mendidik anak di era globalisasi ini cabarannya cukup hebat. Pengaruh persekitaran sangat2 kuat. Peranan ibubapa dalam melahirkan generasi soleh dan solehah sangat besar. Kalau tersalah didik hancurlah masa depan seorang khalifah Allah.

Ya Allah, Ya Tuhanku...Berikanlah aku kekuatan dalam menempuh apa jua cabaran yang datang. Kau kurniakanlah kepadaku dan suami zuriat yang soleh dan solehah. Jauhkanlah kami dari segala fitnah dunia mahupun akhirat. Ameen...

Ahad, 5 Julai 2009

Perjalanan...

Salam...

Kembali di arena blog.

Khamis lepas tak leh online coz' aku tak datang keja. Cuti emergency, hantar adik aku Sarah ke UPSI,lapor diri untuk program DPLI. Mulanya tak rancang nak pegi pun. Tapi balik daripada keja petang Rabu tu suami aku bagitau dia cuti hari Khamis. Cuti peristiwa ( Hari Rabu sekolah dia ada Program Anugerah Cemerlang ). Aku pun bagitau suami aku, "apakata kalau kita yang p hantar Sarah. Lagipun abah dok gaduh sakit kaki. Kesian juga bila dia nak kena drive jauh ke Tanjung Malim tu." Suami aku pun ok jer...Selepas dapat green light aku terus packing barang.

Pukul 10 malam Khamis tu kami bertolak dari Jitra. Singgah umah k.Imah di Taiping, tumpang bermalam. Esoknya selepas Subuh kami meneruskan perjalanan ke UPSI. Jam 10 pagi kami sampai ke Kolej Za'ba UPSI. Adikku dan kawannya menguruskan apa yang sepatutnya. Sementara aku dan suami sibuk menguruskan anak-nak kami yang tak reti duduk diam. Penat juga melayan kerenah budak-budak berdua ni. Urusan lapor diri mengambil masa yang agak lama juga. Cemuih jugak la duk melangut saja. Pukul 12 lebih baru diorang selesai urusan lapor diri. Lepas tu kami ke Pekan Tanjung Malim. Makan tengahari dan nak cari barang keperluan adikku.

Lepas manghantar adikku kembali ke asramanya, kami sekeluarga meneruskan perjalanan pulang. Kami mengambil jalan dalam kerana aku berhajat untuk melihat SMKA Slim River, sekolah yang sepatutnya aku lapor diri selepas bertukar daripada SMK Abdul Rahim Kudat.( Tapi aku pilih Kolej Matrikulasi.) Sempat la tengok sekolah dan juga pekan Slim River, pekan kecik ja. Patutla suami aku kata aku tak leh duduk kat sini. Sunyi...

Dari Sungkai kami terus ambil 'hiway'. Jauh lagi perjalanan yang nak ditempuhi. Lebih kurang 300km lagi. Hai penatnya sehari2 duk dalam keta ja.. Suamiku sorang saja yang memandu. Kesian juga tengok dia keletihan. Nak ganti pun aku tak sanggup sebab aku memang mengantuk sangat2. "Tak pelah bang, kita jalan pelan2. Tak larat nanti abang berenti la. Rehat sat.." kataku kepada suami.

Akhirnya jam 10 malam baru kami sekeluarga sampai ke rumah. Penat, tok sah cerita la. Lepas membersihkan diri, aku dan anak-nak terus merebahkan badan ke atas tilam. Zzzzz....sekelip mata kami lena dibuai mimpi...(actually, tak mimpi apa pun. Tidur mati, penat sangat)

Rabu, 1 Julai 2009

SELAMAT BERTUGAS

Hari ini suamiku kembali memulakan tugasnya sebagai seorang pendidik setelah lama bercuti panjang. Jam 5 aku dah bangun. 3 pasang baju nak di iron pagi ni. Ambik masa tu. Semalam tak sempat iron, sibuk ngan anak-anak. Kepenatan satu hal, so aku layan tido awal sikit.

Pagi-pagi tadi kami tiga beranak berebut-rebut kebilik air. Semuanya nak bersiap kedestinasi masing-masing. Aku dan suami nak ke tempat keje. Aiman perlu kesekolah. Puas la lepas tengok Aiman, nak check keperluan suamiku pula. Mana nak cari neck tie, kat mana stokin. Dah lama tak buat semua tu pagi-pagi. Kalut juga, maklumlah nak implemen semula suasana baru. Lepas ni dah biasa balik ok la.

3 tahun lamanya suamiku cuti belajar. Hari ni, 'bagai sirih pulang kegagang', dia kembali kedunia yang suatu ketika dulu tabah diharungi. Selamat menempuh alam pendidikan kembali abang!

Tapi kali ni, dengan suasana dan persekitaran yang berbeza. Bukan lagi seperti masa abang kat Pulau Banggi atau diKudat Sabah. Kalau dulu mungkin abang mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah tapi sekarang abang di sekolah menengah. Pelajar-pelajar di Semenanjung kerenahnya lebih mencabar. Tak terlayan kadang-kadang kita dibuatnya. Rasanya abang pun dah cukup bersedia. So, apalagi. Ayuh kita gerak gempur. Guru Pembina Negara Bangsa.

*;*"*
;*;//**
)i( Fresh
( ) Fl@wers for you!

Hope you are the best teacher in the world.

Selamat Bertugas...

Ahad, 28 Jun 2009

Wajah2 Aiman

Selsema

Salam...

Bangun tidur pagi tadi kepala terasa berdenyut2. Sebenarnya dah 2 hari aku dijangkiti virus selsema (bukan selsema yang tengah glamer la ni tu, apa "swine flu" ? ) Tapi yang ni selsema biasa jer (hopefully). Tapi bila kena selsema ni mmg tak tahan betul. Sakit sampai ke kepala.Rasa tak selesa betul la. Ya Allah, aku ni asyik mengeluh jer. Patutnya aku bersyukur, sebab Allah masih sayangkan aku. Sebab sayang, Dia uji aku dengan kesakitan yang tak seberapa pun sebenarnya. Sabar aje lah...

Patutnya hari ni aku yang bawa. Tapi pagi tadi aku minta ihsan K.Am bawa keta ke kolej, tak daya nak drive dengan kepala sakit ni. Ingat nak mc jer tadi tapi memandangkan last week aku dah cuti hari Ahad, hari ni kena gagahkan diri juga pegi keja. Ok kot...Kalau tak larat sangat sat gi aku tidur sat bawah meja.

Kemarin sempatla aku kekedai jubin kat kelubi. Pi ngan my mum and dad, waima hubby aku tak balik minggu ni. Sehari suntuk kami memilih. Nak jumpa yang betul2 berkenan dihati memang payah. Banyak sangat, rambang biji mata dibuatnya. Mana dengan hidung dok sok sek sok sek. Petang baru dapat semua yang aku nak. Tu pun yang last2 mai pakai ambik jer, tak daya nak pikir dah. Janji settle.

Sampai part bil yang best ni tu. Lepas tokey kedai tu kira, campur tolak semua cukup. Jeng jeng jeng...aku kena bayar dekat 5k. Mak ooii... Tergezut aku seketika. Hmmm...dah nak beli, kena la bayar kan? Ketaq la tangan dan kepala lutut bila duit almost 5k tu bertukar tangan. Tapi tak pa la..pejam mata sat. Pelaburan jangka masa panjang. Rumah yang kita sendiri nak duduk biarla selesa sikit.

Hmm...hari2 keja cari duit, ada jelah benda yang nak dibuat. Betul la kata orang 'besar periuk, besarla keraknya'. Tak per la kan. Cari duit memang untuk digunakan. Yang penting kita pandai manage. As long as cukup belanja, boleh bagi pada ibu bapa, boleh saving untuk masa2 kecemasan dan kegunaan hari tua, ok la tu...Duit berkepuk pun bukannya boleh bawa ke mati.

Rabu, 24 Jun 2009

Rejab



Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan
www.iLuvislam.com

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting


1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.


http://www.ezsoftech.com/ramadan/i/baitul_muqaddas.jpg


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.



Amalan


Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi.


Sumber Disediakan oleh:
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Melaka


Salam Rejab 1430H



Salam Rejab! Hari ni 1hb Rejab 1430H. Sebelum subuh tadi aku bangun untuk bersahur. Walau cuma minum cereal jer tapi aku rasa boleh bertahan sampai waktu berbuka.Yang penting bangun besahur kan sunat.. InsyaAllah, aku akan cuba berpuasa di bulan Rejab tahun ni. Moga dikuatkan semangat dan Allah permudahkan. Sesungguhnya banyak ganjaran yang Allah sediakan untuk hamba-hambanya yang memperbanyakkan amalan dibulan yang mulia ini.

Sabda Rasulullah saw :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.

"Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


(Semoga kita diberi taufik dan hidayah oleh Allah dalam mencari keredhaanNya!!!)


Isnin, 22 Jun 2009

JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER



Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan hala tuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
  • bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendiri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari
  • ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg ibu, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela. (Aiman & Deena pun suka sangat kalau ummi selalu peluk)
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
  • pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak...
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
  • Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi... (yang ini aku setuju. Aiman, bila puji kalau dia buat sesuatu, makin rajinla dia)
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
  • mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
  • Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah anda mengeluh
  • Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka. ( hmmm...aku pun kadang2 mengeluh, letih dengan kerenah anak2. So kena perbaiki diri, kadang-kadang anak buat perangai kerana inginkan perhatian kita)
8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
  • Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. (Aiman la tu, kalau Deena tak pandai cakap lagi. Tapi kalau layan Aiman bercakap kadang-kadang tu nak tergelak pun ada. Bahasa ngalahkan orang tua.) Untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
  • ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
  • Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
  • Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12.Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali
  • ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. (Macam Aiman, bila tengok orang ambil wudhuk dia pun sibuk nak berwudhuk sama. Siap nasyid lagi..."sambil kita cuci tangan, kumur mulut cuci hidung"...macam yang dia selalu buat kat tadika. Sekali tengok macam dah faham tapi esok2 buat macam lain pulak. Ikut rasa hati dia la. Bila kita tegur, dia jawab "betul la ummi, kat sekolah buat macam ni")Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia. Kalau dia salah kita betulkan, insyaAllah lama-lama dia faham
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  • Bila aku baca ni, rasanya tak salah la aku selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, aku hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb aku jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke. Biasalah naluri seorang ibu...
14.Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka
  • jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.
15.Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
  • Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
  • biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp ummi nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  • Ada masa anak kata ummi ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.(Aiman, kalau aku marah selalu nak tukar jadi ultraman or power rangers. Siap nak fire aku pulak tu. Bila aku reverse psikologi, buat-buat sedih coz dia nak fire aku, dan2 dia kata bukan aiman nak fire ummi la. Aiman sayang ummi)
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain.
  • Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perhati setiap hari perkembangan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  • Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita


Sebenarnya kalau bercakap bab parenting tips ni mmg takkan habis. Bnyk petua dan tips yang kita boleh ikut. Tinggal nak dengan taknak jer.. Apa2pun ingatla anak-anak adalah cerminan diri kita. Bagaimana perwatakan mereka adalah hasil didikan kita kerana ibu adalah madrasah pertama mereka. So..berhati2lah dalam mendidik

Semoga semua yg membaca akan dapat manfaat. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak.

"Robbana hab lana min azwaajina wa zurriyyaatina qurrata a'yunin waj 'alna lil muttaqeena imama...Ameen!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi