Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Rabu, 30 Mac 2011

Jalan-Jalan Pantai Merdeka

Last weekend bawa anak-anak berjalan ke Pantai Merdeka. Dah lama plan nak ke pantai tapi asyik tertangguh aje. Alhamdulillah minggu sudah Allah lorongkan kesempatan untuk kami ke sana.

Mulanya cuak juga, sebab sepanjang perjalanan hujan turun tak berhenti. Lebat pulak tu. "hurmmm...pantai mcmn ni" hati saya berdetik. Hujan-hujan mana best pegi pantai. "Hujan ni ummi, camner?" tanya suami saya. Mcm tau-tau pulak saya tengah berfikir ttg hujan dan pantai.

"Kita p je la bang. Kalau hujan jugak kita makan angin ataih keta ja..." saya berkata kepada suami..Paling tidak boleh berziarah kerumah adik saya Siti yang dah sebulan berpindah ke Sg. Petani.

Dari Jitra ke Sg. Petani dan ke Pantai Merdeka hujan mengiringi perjalanan kami.Pun begitu hati masih berharap agar cuaca cerah dipantai nanti.

Alhamdulillah,dengan izinNya sampai dipantai hujan sudah berhenti. Namun begitu kami sekeluarga tak mandi manda di pantai kerana air sedang pasang. Cukuplah sekadar berjalan-jalan mengambil angin ditepi pantai. Anak-anak pun hepi bermain di taman permainan, x kisah xdapat turun ke laut.





Selasa, 15 Februari 2011

Nuha Khairina ...our litle princess...

Tanggal 5 September 2010 lahirlah zuriat ketiga kami kedunia. Puteri yang diberi nama Nurul Nuha Khairina. Sebenarnya nuha dilahirkan awal sebulan drpd due date. Ada cerita kenapa nuha dilahirkan awal...

Bleeding

1 September, selepas berbuka puasa saya menunaikan solat maghrib bersama-sama suami. Seusai solat maghrib saya berehat seketika sementara menunggu masuk waktu isyak. Suami pula bersiap-siap untuk kemasjid menunaikan solat tarawih. Selepas azan isyak saya segera menunaikan solat isyak. Aiman dan Deena asyik leka diruang menonton.

Selesai solat isyak saya terus bangun menanggalkan kain telekung dan menyidainya di rak yang tersedia. Melangkah keluar dari ruangan sembahyang terasa ada sesuatu yang mengalir keluar, umpama sedang datang bulan. Melihat kepada kain batik yang dipakai dipenuhi darah. "Darah apa???" getus hati kecil saya. Agak panik, tapi saya cuba bertenang. Suami dah kemasjid, telefonnya pula ditinggalkan dirumah. Saya melihat jam didinding, baru pukul 9 malam. "Apa nak buat ni??' fikir saya.

Teringat mak, lantas saya capai telefon dan mendail nombornya. Alhamdulillah, deringan saya bersambut. Segera saya khabarkan kepada mak kejadian yang berlaku. Mak menyuruh saya bertenang, dalam pada itu menyuruh saya bersedia dengan barang2 untuk kehospital. "Tahiri balik sembahyang nanti suruh dia bawak p hospital. Bawala barang2 sikit kot2 kena tahan wad. Kalau x serius sgt depa bagi balik." kata mak. Saya akur lantas mengeluarkan beg dan mengisinya dengan beberapa helai pakaian saya dan alat keperluan yang lain. Barang baby?? Saya tak isi sebab belum sempat lai dibasuh. Cadangnya hujung minggu ni baru nak settlekan barang2 bayi.

Warded

Jam 11 malam baru suami pulang dari masjid. Saya khabarkan perkara yang berlaku kepadanya. Melihat kain batik yang dipenuhi darah suami agak tergamam, tapi kemudiannya segera bersiap untuk kehospital. Kami singgah dirumah mak saya untuk menitipkan Aiman dan Deena. "Apa2 hal telefon" pesan mak. Saya menganggukkan kepala sambil tunduk mencium Aiman dan Deena.

Sampai dihospital kami terus menuju ke bahagian PAC. Setelah pendaftaran saya diperiksa oleh pegawai perubatan yang bertugas pada malam itu. Macam2 pemeriksaan yang dilakukan. Daripada seorang kepada 2 org doktor. Lenguh mulut asyik rewind benda yang sama. "Kena pakai 'tape' ni...Kalau depa tanya lagi aku tekan je tape tu.." sempat lagi saya bermonolog.

Hampir jam 2 pagi doktor yang memeriksa memberitahu saya terpaksa ditahan di wad.Diorang tak bagi saya balik sbb kes saya ni diklasifikasikan sebagai kes yang berisiko.(mana taknya...pakej cukup lengkap. Bleeding, placenta previa type 1..heh heh uri kat bawah, darah rhesus O-ve lagi)Saya diletakkah di wad pengawasan supaya lebih mudah dipantau.

Doktor mencadangkan supaya pembedahan awal dilakukan. Namun ada masalah kerana bekalan darah jenis o-ve tidak ada dalam tabung darah hospital. So, saya terpaksa menunggu. Saya juga perlu berhati2 dan tidak banyak bergerak untuk mengelakkan bleeding lebih banyak.

Kelahiran

5 hari menghuni hospital akhirnya pada jam 2.30 petang, 5hb 9 2010 saya ditolak ke dewan pembedahan. Jam 4.45 petang, lahirlah puteri bongsu kami. Setelah mengharungi pelbagai kesulitan, akhirnya Nuha Khairina menjengah dunia, 4 hari sebelum umat islam menyambut aidilfitri dan keluarga kami meraikan kegembiraan berganda.

Untuk puteriku Nuha Khairina, semoga dewasamu menjadi puteri cerdik yang solehah, seiring bersama2 abang dan kakak...Ummi sayang kalian.

Ahad, 25 April 2010

New baby...

salam...

dah lama tak berblog..sejak2 lekat perut rasa malas nak menulis. mabuknya Ya Allah...tak boleh nak angkat kepala. Ni dah ok sikit. Selera makan dah bertambah, badan pun apa lagi mencanak2 la naiknya. Anyway semuanya happy menanti kedatangan orang baru dalam keluarga kami. Boy or girl??? Tunggu...

Rabu, 25 November 2009

Happy Annivesary

5 tahun....

Khamis, 29 Oktober 2009

Mak...Kau pergi jua...

Salam blogger...

1 minggu yang suram...

Hari ini genap 7 hari mak (mentua) meninggalkan kami sekeluarga. Sebenarnya penghujung Ramadhan lagi mak mula berubah tingkah. Asyik mengantuk, tidur sepanjang masa. Kami ingatkan dia keletihan kerana berpuasa.Tambahan pula mak adalah penghidap kencing manis dan darah tinggi. Mungkin kekurangan pengambilan gula sepanjang berpuasa menyebabkan dia kehilangan tenaga.

Ada juga cakap-cakap mengatakan mak terkena sampuk, ada benda yang menumpang. Puas juga di bawa berubat tapi keadaannya tak banyak berubah. Mak jadi pendiam, murung... Berbeza dengan sikapnya yang sebenar. Mak biasanya tak reti duduk diam. Ada saja kerja yang nak dibuatnya. Dalam usia melangkaui 70 tahun, mak masih gigih melakukan kerja disekeliling rumah. Kadang-kadang saya tertanya-tanya "Tak tau penat ke orang tua ni?". Itulah mak, orangnya kecil saja. Tapi kudratnya...

Petang Jumaat penghujung Syawal, telefon bimbit suami berdering. Kedengaran sayup-sayup suara pemanggil diseberang. "Siapa bang?" tanya saya selepas suami mematikan talian. Abang Lah, jawab suami saya. "Awat?", tanya saya lagi. "Abang Lah habaq mak tak sedaq. Nak minum pun tak boleh. Siang tadi elok aja pun." jawab suami saya. "Abang nak balik ka? Malam ni? Ke balik esok pagi?" "Abang ingat nak balik malam ni." "Ish..lewat kot bang balik malam. Balik esokla..." "Tak pe la, kita balik malam ni. Rasa tak sedap hati.." jawab suami saya.

Hampir jam sebelas malam baru kami sampai ke kampung. Rumah mak dipenuhi jiran tetangga. Begitulah suasana desa, semangat kejiranan masih terasa. Mak terbaring lesu, tidak mampu lagi berkata-berkata.

Semua adik-beradik suami bergegas pulang apabila disampaikan khabar tentang mak. Kak Imah dari Taiping, kak Ani dari Sg. Petani dan Abang Usin dari Klang sampai keesokan hari. Tangisan mak kedengaran apabila menatap wajah seorang demi seorang anak-anaknya. Tapi lidah mak kelu tak mampu untuk berbicara.

Kami sekeluarga tak mampu untuk berbuat apa-apa. Nak dibawa kehospital, kebanyakan ahli keluarga tidak bersetuju. Jadi mak hanya terbaring dirumah. Jiran tetangga berduyun-duyun datang berziarah.

Pagi Ahad kami pulang kerumah. Saya dan suami perlu bekerja. Aiman pula perlu ke sekolah. Saya menghampiri mak dan membisikkan ketelinganya bahawa kami akan pulang. Saya juga bisikkan bahawa kami akan pulang semula pada hari Khamis. Mak hanya mengangguk sedikit.

Disebalik ketenangan suami, saya dapat merasakan pergolakkan jiwanya menyaksikan insan yang paling dikasihi, insan yang yang paling banyak berbudi, insan yang bertarung nyawa melahirkannya kedunia dalam keadaan sebegitu rupa. Namun masih ada tuntutan lain yang perlu dilaksanakan.

Khamis, 22 Oktober jam 6 petang suami menelefon dari sekolah."Siap barang, kita balik malam ni juga" "Awat bang?" tanya saya."Keadaan mak nampak lain..." Saya faham dan terus mengemas. Lepas maghrib baru kami dapat bertolak pulang ke kampung. Hampir jam 10 kami tiba. Rumah mak dipenuhi saudara mara dan jiran tetangga. Mak nazak. Saya dan suami berwudhuk dan membacakan surah Yasin untuk mak. Seusai surah Yasin dibaca mak menarik nafas panjang. Mak sedang sakarat... Suami tak henti-henti membisikkan syahadah ditelinga mak. Ya Allah...permudahkanlah...

Akhirnya mak pergi jua... Saya lihat suami, dalam kepayahan menahan emosi. Matanya berkaca. Saya mengerti getar tubuhnya... betapa dia kehilangan insan yang paling dikasihi. Wanita yang pertama dalam hidupnya, wanita yang telah lama bertahta dalam hatinya.Dan saya turut berkongsi rasa...

Janji Allah itu pasti, dan kita sebagai hamba perlu bersedia menghadapi...

Rabu, 14 Oktober 2009

Kerja...

Salam blogger...

Lama saya tak post apa-apa entry. Ntahla...kadang-kadang nak menulis blog ni kena ada idea juga. Baru la layan nak membacanya. Kalau sekadar coretan yang ntah apa-apa tah baik toksah tulis kan??

Sebenarnya 2 minggu ni dok melangut ja. Last week study week, minggu ni ngan minggu depan plak budak-budak exam. Pas tu cuti... Ibaratnya pegi keja 2,3 minggu ni punch in punch out ja...

Ada pun cuma nak kemaskini fail meja dan minit mesyuarat aja. Selebihnya...percambahan minda dengan rakan sekerja (sembang-sembang sebenarnya).

Tapi minggu depan okla, banyak aktiviti sikit. Ada bengkel permurnian modul lagi. Jadi sibukla sikit kot. Tak de can duduk melangut...So minggu ni bolehla blogging puas-puas.

Ahad, 20 September 2009

Satu Hari Di Hari Raya...

Selamat, Selamat, Selamat Hari Raya. Syawal 1430H disambut sederhana.

Hari Raya Pertama kami tak kemana-mana. Cuma berlegar disekitar kg suami saja. Selebihnya banyak dirumah mentua melayani tetamu yang datang.Tambahan pula keadaan kesihatan ibu mentua agak terganggu akhir-akhir ini.

Tapi meriah juga kerana tahun ini ramai ipar duai yang turut pulang berhari raya di kampung.

Yang penting anak-anak dapat melalui suasana hari raya dengan gembira. Aiman & Deena awal-awal pagi lagi dah bangun. Tempias seronok nak beraya. Puas menggeletar badan disiram kesejukan air bukit pagi2 buta. Tapi sebab zouq beraya, sejuk pun tak apa.

Seronok tengok dua-dua beradik memakai baju raya, Aiman dengan kurung johor, Deena dengan baju kurung pesak. Comel... Dah siap pakai baju boleh la round kampung kutip duit raya...

Khamis, 17 September 2009

Salam Aidilfitri 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dalam kelembutan lidah
Ada juga keterlanjuran kata
Dalam gurau dan senda
Tentu ada khilaf dan dosa

Sempena Syawal yang mulia ini jari sepuluh disusun memohon jutaan ampun dan maaf di atas segalanya...

Salam lebaran dari,

Tahiri, Shikin, Aiman & Deena

Rabu, 16 September 2009

Selamat Hari Lahir Aiman!

Lilypie - Personal pictureLilypie

Dalam kesibukan Ramadhan dan dengan kerja yang tidak pernah selesai saya hampir terlupa ulang tahun kelahiran putera sulung saya. Hari ini 16 September 2009 adalah ulangtahun kelahirannya yang ke empat.

Semakin dewasa putera sulung saya itu. Setiap hari ada sahaja keletahnya yang menggelikan hati, walaupun kadang-kadang saya dan abahnya menyinga dengan kelakuannya. Memanglah, anak itu permata hati. Walau macam mana sekalipun anak adalah amanah Allah dan merekalah penyeri rumahtangga.

Terimbas kembali kenangan, sebenarnya saya melahirkan Aiman awal 2 minggu dari tarikh jangkaan. Sebolehnya saya mahu bersalin normal. Kelahiran pertama pula tu. Takdir Allah.. Aiman perlu dilahirkan melalui pembedahan. Emergency caesarean kerana fetal distress.

Saat saya bertarung nyawa di bilik pembedahan, suami masih dalam penerbangan dari Kudat Sabah. Mujur saya di hospital ditemani oleh emak dan abah yang sentiasa memberikan sokongan. Suami hanya dapat menziarahi saya dan putera sulung kami itu keesokan harinya kerana dia sampai ke lapangan terbang Alor Setar jam 8 malam. Apapun ianya memang kenangan yang terindah...

Selamat Ulang Tahun Sayang... Semoga dewasamu menjadi anak yang soleh dan pintar. Dirimu adalah aset abah dan ummi yang paling berharga.

Sayang selalu...

Ahad, 13 September 2009

Ramadhan Kali Ini...

Terasa cepat masa berlalu. Sedar tak sedar Ramadhan semakin menghampiri ke penghujungnya. Tak lama lagi Syawal bakal tiba. Mudah-mudahan ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita.

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku sepanjang Ramadhan tahun ini, tapi kekangan masa menyebabkan tak tertulis pula saya di dalam ruangan blog ini.

Apapun, Ramadhan tahun ini adalah yang terindah kerana tahun ini saya betul-betul dapat melaksanakan ibadah puasa dengan suami tercinta. Itupun setelah masuk tahun kelima perkahwinan kami. Kenapa???

Bukan bermaksud tahun2 sebelum ni tak berpuasa bersama, cuma tak sepanjang bulan. Iyelah, tahun pertama saya di kampung, dalam pantang selepas melahirkan Aiman. Tahun2 seterusnya pula suami sibuk diperantauan menimba ilmu pengetahuan. Dekat2 nak raya baru pulang berpuasa bersama.

Tapi tahun ini sangat bermakna kerana suami sentiasa berada bersama. Berbuka puasa, bertarawikh, bertadarrus... Indahnya Ramadhan tahun ini.

Moga tahun-tahun akan datang, Ramadhan akan lebih bermakna...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi