Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Selasa, 11 September 2012

Ziarah Aidilfitri...

Terima kasih kepada sahabat-sahabat sejawat yang berkunjung ziarah ke rumah saya hari Sabtu baru-baru ni.

Yang paling awal sampai, Salwa. Datang juga dia, walaupun anaknya Fahmi demam dan muntah-muntah hari tu. Saya pun sempat snap gambar family Wa saja sebab lepas tu sibuk memanjang. Kejap kedapur kejap kedepan...




Kmdn kawan-kawan En.Tahiri sampai Ahmad sekeluarga (best fren dia ni merangkap match maker kami) dan Nizam sekeluarga. 

Hampir isyak giliran K.Tie dan Ustz Lan sekeluarga pulak, serentak dengan paksu dan keluarga pun sampai.  Kalut juga melayan. Ada yang makan kat ruang tamu depan, ada yang makan kat dapur. 

Last sekali adik-adik saya pulak. diorang ni, saya suruh layan diri jer...

Memang tak ramai yang datang sebab saya pun tak jemput ramai orang. Alhamdulillah menu yang saya sediakan (mee kari) cukup untuk semua tetamu yang datang. Tapi banyak tu pun dah rasa nak patah pinggang saya sediakan menu dari pagi-pagi lagi


Jumaat, 7 September 2012

ISO...ISO... Alamak!!! Ana suda fennin la...


Cuba tengok meja kat tempat keje saya ni, serabutkan?? Macam tu la juga serabutnya hati dan fikiran saya sekarang... Penin...Penin...


Aduhai! Ini sindrom kacau bilau yang sekali-sekala datang melanda. Bila sampai tarikh audit saja, macam tu la rupanya. Havoc segala-galanya...



Allah...Allah...Allah...

Baru audit dunia tu... dah lintang pukang jadinya...

Tak terbayang macamana menjalani audit akhirat nanti, di mana setiap inci perbuatan dan amalan dihisab dan tak de suatu perkara pun yang dapat disembunyikan daripada pengetahuanNya, walau sebesar zarah sekalipun...


Astaghfirullahal 'azim...

Rabu, 5 September 2012

Nuha 2 Tahun


Anakanda puteri bongsu, Nuha Khairina , genap 2 tahun hari ni. Semakin petah dan keletah. Setiap hari ada saja kelakuannya yang menggelikan hati, mendamaikan jiwa.

 Lumrah anak-anak, kadang-kadang beria-ia menurut kata, kadang-kadang pula buat abah dan ummi sesak dada. Namun, merekalah sebenarnya penyejuk mata dan penawar jiwa.

Selamat Ulang Tahun Sayang...
Semoga menjadi anak yang solehah, taat kepada Allah dan rasul serta kedua orang tuamu.
Barakallahu fi kii....


Isnin, 3 September 2012

Unit Make Over...Sempena Sambutan Kemerdekaan Yang Ke 55

Seminggu dua ni sibuk dengan aktiviti keras tangan  untuk menghias unit P.I ...gara-gara pertandingan Kibar Jalur Gemilang sempena kemerdekaan. 

Tension juga mula-mula, memikirkan apa yang nak dibuat. Hiasan macam mana yang menepati citarasa semua???

Hmmm...

Saya dengan Ta pulak ditugaskan membuat angka 55 dan tulisan janji ditepati. Mula ingat nak tempat banner dan print huruf blok atas kertas A4 jer...tapi...

Last2 kitorang cuba la buat atas polistrine. Cuba ajelah...

Heh...heh...dah lama tak main kaler-kaler n potong-potong polistrine macam ni. Teringat pulak zaman skolah dolu-dolu...







Bila dah siap...hehehe.. Seronoknya... Ok, siap satu perkara, lepas ni nak buat scallop pulak.







Mula-mula kena gunting kain ikut saiz yang dikehendaki.(ada gaya tailor tak ni???)






 
Pas tu mula la mencuba untuk men'scallop'kan kain yang dah digunting tadi.

Habis dikerah segala kederat yang ada. Bukan penah buat-buat scallop ni. Aduyaiii...
 





Puas kilas ke sana kemari, pusing kot nu toncet kot ni. Ala...rasa macam senang... Tapi bila dah cuba buat sendiri...hah amekaww...

Tapi sebab kami ni jenis berhati waja, last-last menjadi juga  rupa scallop tu...

Mak aaiii...dah rupa mak andam hias pelamin orang kahwin la pulak, berscallop2 bagai. He he...




Boleh la...amatur kannn...


Scallop dah siap, tinggal aktiviti gantung menggantung jer...tp bukan gantung diri yerrr... Gantung scallop dan bendera...

Yang ni kena bagi penghormatan kat kaum Adam. Kami cuma bagi arahan saja.









Habis segala ceruk unit kami make over (macam iye iye...he he he).


Ok lah kot macam ni , bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan UPIM di KMP...

Semoga usaha yang sedikit ini membuahkan ukhuwwah yang berpanjangan dikalangan rakan-rakan sejawat.

Apa yang penting...KERJASAMA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi