Rutin...hampir setiap hujung minggu kami akan pulang ke kampung. Kampung suami kampung Melaka terletak berdekatan dengan Gulau dalam daerah Sik. Kawasan kampung totok yang kurang dibanjiri arus pembangunan. Kali ni saya nak bawa anda bersama-sama pulang ke kampung saya.(Kampung saya ke??? he he)
Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat saya ambil disepanjang perjalanan kami ketika pulang ke kampung hujung minggu baru-baru ni.
Memulakan perjalanan...
Posing dulu...Baca Bismillah, doa & the journey begin. |
Sepanjang perjalanan...
Ambil gambar dari dalam keta. So abaikan dashboard dan bonet kete wira hijau saya tu. (Ekceli wira yang banyak jasa kepada saya dan keluarga) |
Sepanjang jalan, kiri kanan pepohon menghijau... |
Hijau lagi... |
Hijau juga... |
Hijaunyeee.... |
Hijau juga...dan kami sendirian atas jalanraya |
Kadang-kadang adalah teman... |
Selalunya....sendirian |
Hijau...hijau mata hitam ku kekeke |
Hijau juga...selalu di kawasan ni suami suka buka tingkap untuk menghirup udara segar. |
Tapi sekejap jer boleh buka tingkap, pas tu mulalah saya dan anak-anak bising nakkan aircond.(hehe ngada-ngada) |
Pertengahan jalan...
Nuha sekarang nikalau naik kereta payah betul nak tidur |
Yang dua orang ni pulak lagilah... |
Tak reti duduk diam |
En. Suami macam biasa...fokus memandu. Hati-hati bawa keta ye bang... |
Setiap kali balik kampung kami akan lalu depan rumah ni. Nak tau rumah sapa?? Ni la rumah Datuk Eskay. Shhh...trio datuk T tuu...Besarkan rumah dia. |
Kadang-kadang hijau alam yang kami nikmati dicacatkan dengan pemandangan sebegini |
Demi sebuah pembangunan ada sesuatu yang terpaksa dikorbankan |
Hampir 7 tahun kami lalui jalan yang sama. Berulang kali, namun tak banyak perubahan. Projek terbengkalai kah??? |
Hutan dara diceroboh oleh manusia yang rakus. Gara-gara harga getah melambung tinggi. |
Hampir sampai...
Memasuki daerah sik, makin hampir ke destinasi |
Makin dekat dengan kampung, hati suami berbunga riang. Senyumnya lebar ke telinga. |
SMK Gulau. Suami pernah kata kat saya "Dekat-dekat nak pencen nanti kita minta mengajar sini la". Saya cuma senyum, dalam hati: " he he tak mungkin kottt..." |
Gulau...ini je lah kedai-kedai yang ada |
Dari jauh deretan kedai di Gulau...memang tak leh lawan la dengan Yawata, Aneka C-Mart di Jitra. Tapi untuk penduduk kampung ini nadi hidup mereka. |
Pekan sehari, setiap Jumaat tumpuan penduduk kampung dan kawasan sekitar. Sehingga ada yang turun dari Nami dan Belantik. |
Kalau musim panas habis barang-barang yang dijual. Sebab kuasa beli penduduk kampung tinggi ketika ni. |
Sebuah catatan perjalanan yang panjang. Belum sampai kampung lagi sebenarnya. Dari sini kerumah ayah mentua lebih kurang 10 minit berkereta.
*Stop dulu sebab nak balik rumah. Sambung lagi dalam n3 seterusnya 'Balik Kampung 2'.
*Stop dulu sebab nak balik rumah. Sambung lagi dalam n3 seterusnya 'Balik Kampung 2'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan