Saya sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Klang Selangor. Hajar yang berkahwin tu merupakan anak kepada makngah (adik emak saya). Saya pernah menumpang di rumah makngah hampir setahun semasa saya bekerja sebagai kerani di klang.
Kami bertolak pada petang Khamis lagi, transit di Taiping untuk bermalam di rumah kak Imah (kakak suami saya). Sempatla mengendurkan urat-urat yang tegang. Memang agak letih sebab saya masih bekerja pada hari Khamis tu.
Kedatangan kami disambut oleh tuan rumah dengan hidangan kuey teow tomyam dan juga nasi berlauk. Alhamdulillah, kalau kerumah kakak ipar saya yang seorang ni mewah dengan makanan. Memang dia rajin memasak. Selalu balik ke kampung kalau dia ada, dialah yang akan jadi master chefnya. Saya tolong-tolong jer, paling banyak tolong makan la...
Rumah kak Imah di Taiping |
Anak kak Imah yang bongsu...Izhan |
Keesokannya jam 10 pagi, kami meneruskan perjalanan ke Klang. Mulanya, Kak Imah meminta kami tunggu sehingga makan tengahari dulu,tapi terpaksa kami tolak memandangkan perjalanan masih jauh. Saya dan suami pula tidakbegitu arif jalan kesana. Bimbang kalau sampai malam hari, jenuh la kami nak mencari jalan.
Pekan Kemunting, Taiping |
Terowong Bukit Meru |
Deena...sepanjang jalan macam tu lah. Berdiri terpacak kat tengah-tengah tu. Bising abahnya menyuruh duduk. |
Sempat lagi budak-budak dua orang ni main kat playground masa singgah makan tengahari kat R&R Tapah. Tengahari rembang pulak tu... |
Kami sampai di Klang hampir pukul 5 petang. Singgah sekejap di rumah makngah sebelum ke homestay yang disewa untuk menghilangkan penat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan