Semalam sempat jemput mak, abah dan sedara-mara makan-makan kat rumah saya. Acara makan-makan ni dibuat sempena meraikan ulang tahun kelahiran 3 insan yang teramat penting dalam hidup saya, abah saya ( Tn. Hj Rahmat Hj Abdul Hamid) yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-63 pada 16/6 , suami saya (Ustz. Md. Tahiri Hamid) yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 36 pada 9/6 dan anak saya (Nur Deena Najihah Bt Md Tahiri) yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 3 pada 3/6.(Fuh...banyaknya angka 3). Semuanya belated birthday ye.
Selain ulang tahun kelahiran, acara semalam juga untuk meraikan Hari Bapa khusus buat Abah dan Suami yang tersayang.Kira 2 in 1 la ni...
Untuk abah tersayang, thanks for being a such lovely and great father. Abah yang masih menganggap saya umpama anak kecilnya. Biar sudah bersuami dan berkeluarga abah sentiasa setia disisi tatkala saya memerlukannya. Bak kata abah "Biar anak-anak abah dah berkahwin, dah ada suami ada keluarga, tapi bagi abah, tak lepas sepenuhnya." Abah masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
Ahh...bukan semua perkara boleh saya ungkapkan diruang maya ini, terlalu banyak sebenarnya pengorbanan abah. Biarlah ianya tersisip kemas di kotak ingatan. Moga Allah memberikan kesihatan dan kemudahan kepada abah untuk melewati hari-hari tuanya. Dan mohon juga supaya Allah sentiasa memberikan ruang kepada saya untuk sentiasa mengingati dan menghargai jasa dan pengorbanan abah. Saya sayang ABAH...
Buat suami tercinta, terima kasih abang kerana sedia menjadi abah yang terbaik buat anak-anak kita. Pagi-pagi riuh memandi dan menyiapkan anak-anak, sebelum menghantar ke sekolah dan ke rumah pengasuh. Petang-petang juga sama, memandi dan menyiapkan anak-anak dan menghantar mengaji al-Qur'an. Malam-malam pula sanggup bangun membancuh susu untuk anak-anak yang keriau kelaparan ( walaupun kadang-kadang abang angkut aja bakul susu tu masuk ke dalam bilik he..he.. ni kes tak mo keluar ke dapur malam-malam la tu). Basuh baju, sidai di ampaian, angkat baju-baju yang kering ( lipat baju jer abang tak berapa rajin kan...) Kadang-kadang tolong basuh pinggan, sapu rumah etc...
Hmmm...suami alaf baru yang sanggup berganding bahu menguruskan rumahtangga bersama-sama saya. Terima kasih abang kerana tak membiarkan saya sorang diri tungging terbalik buat keje rumah.( Maklum, isteri abang ni bukannya surirumah sepenuh masa. Mana-mana yang tak sempat dilunasi abang buat-buat tak nampak aje lah yerrr...)Saayaang ABANG!
He he...saya emo sikit hari ni. Tapi saya tetap nak berkongsi kebahagiaan saya menjalani kehidupan ditemani insan-insan yang begitu berharga . Abah, suami dua-dua saya sayang. Dan hidup saya juga bersinar dengan kasih sayang mereka berdua....
Ok...cukuplah sikit-sikit layan perasaan. sekarang ni mari kita tengok gambar-gambar masa makan semalam. Oh yer, untuk sapa-sapa yang nak cuba resepi mee udang tu boleh tengok kat sini
|
Mee udang...special made from home. |
|
Kek ni saya beli on the spot, jadi main pilih jer deko yang ada. |
|
Besday boy ngan besday girl tengah potong kek...he he |
|
Seronoknya deena... |
|
Siap jilat-jilat jari tu... |
|
Nuha pun nak makan gak... |
|
Apalah yang lucu tu... |
|
Mee penuh dalam mulut tu Nuha... |
|
Tok nya rajin menyuap... |
|
En. Suami yang sedang demam...tp masih berselera makan. Sedap bang??? |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan