Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Isnin, 20 Jun 2011

Kisah Pemanjat Pokok Kelapa




Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang terjuntai. Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. 

Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, “Ya Allah , selamatkanlah aku dari jatuh. Jika selamat ,aku akan sedekahkan seekor lembu untuk  seorang miskin."



Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok.Namun ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya, tetapi dia masih belum selamat.

Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, “Ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin.”


Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih bertiup kencang.

Kali ini dia berseru, “Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam.” 


Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah lagi, “Ya Allah , sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan seekor ayam.

Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. Dia pun melepaskan tangannya dari batang pokok lalu berpura-pura jatuh. “Ya Allah,rupa-rupanya aku jatuh juga,maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun.”



Moral : Dalam keadaan susah, manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang, manusia mudah melupakan-Nya. Adakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya?



sumber : Majalah Solusi

Ahad, 19 Jun 2011

Sempena Hari Lahir Dan Hari Bapa

Semalam sempat jemput mak, abah dan sedara-mara  makan-makan kat rumah saya. Acara makan-makan ni dibuat sempena meraikan ulang tahun kelahiran 3 insan yang teramat penting dalam hidup saya, abah saya ( Tn. Hj Rahmat Hj Abdul Hamid) yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-63 pada 16/6 , suami saya (Ustz. Md. Tahiri Hamid) yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 36 pada 9/6 dan anak saya (Nur Deena Najihah Bt Md Tahiri) yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 3 pada 3/6.(Fuh...banyaknya angka 3). Semuanya belated birthday ye.

Selain ulang tahun kelahiran, acara semalam juga untuk meraikan Hari Bapa khusus buat Abah dan Suami yang tersayang.Kira 2 in 1 la ni...

Untuk abah tersayang, thanks for being a such lovely and great father. Abah yang masih menganggap saya umpama anak kecilnya. Biar sudah bersuami dan berkeluarga abah sentiasa setia disisi tatkala saya memerlukannya. Bak kata abah "Biar anak-anak abah dah berkahwin, dah ada suami ada keluarga, tapi bagi abah, tak lepas sepenuhnya." Abah masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

Ahh...bukan semua perkara boleh saya ungkapkan diruang maya ini, terlalu banyak sebenarnya pengorbanan abah. Biarlah ianya tersisip kemas di kotak ingatan. Moga Allah memberikan kesihatan dan kemudahan kepada abah untuk melewati hari-hari tuanya. Dan mohon juga supaya Allah sentiasa memberikan ruang kepada saya untuk sentiasa mengingati dan menghargai jasa dan pengorbanan abah. Saya sayang ABAH...

Buat suami tercinta, terima kasih abang kerana sedia menjadi abah yang terbaik buat anak-anak kita. Pagi-pagi riuh memandi dan menyiapkan anak-anak, sebelum menghantar ke sekolah dan ke rumah pengasuh. Petang-petang juga sama, memandi dan menyiapkan anak-anak dan menghantar mengaji al-Qur'an. Malam-malam pula sanggup bangun membancuh susu untuk anak-anak yang keriau kelaparan ( walaupun kadang-kadang abang angkut aja bakul susu tu masuk ke dalam bilik he..he.. ni kes tak mo keluar ke dapur malam-malam la tu). Basuh baju, sidai di ampaian, angkat baju-baju yang kering ( lipat baju jer abang tak berapa rajin kan...) Kadang-kadang tolong basuh pinggan, sapu rumah etc...

Hmmm...suami alaf baru yang sanggup berganding bahu menguruskan rumahtangga bersama-sama saya. Terima kasih abang kerana tak membiarkan saya sorang diri tungging terbalik buat keje rumah.( Maklum, isteri abang ni bukannya surirumah sepenuh masa. Mana-mana yang tak sempat dilunasi abang buat-buat tak nampak aje lah yerrr...)Saayaang ABANG!

He he...saya emo sikit hari ni. Tapi saya tetap nak berkongsi kebahagiaan saya menjalani kehidupan ditemani insan-insan yang begitu berharga . Abah, suami dua-dua saya sayang. Dan hidup saya juga bersinar dengan kasih sayang mereka berdua....

Ok...cukuplah sikit-sikit layan perasaan. sekarang ni mari kita tengok gambar-gambar masa makan semalam. Oh yer, untuk sapa-sapa yang nak cuba resepi mee udang tu boleh tengok kat sini
Mee udang...special made from home.

Kek ni saya beli on the spot, jadi main pilih jer deko yang ada.
Besday boy ngan besday girl tengah potong kek...he he

Seronoknya deena...
Siap jilat-jilat jari tu...
Nuha pun nak makan gak...

Apalah yang lucu tu...

Mee penuh dalam mulut tu Nuha...

Tok nya rajin menyuap...

En. Suami yang sedang demam...tp masih berselera makan. Sedap bang???

Khamis, 16 Jun 2011

Bawah Tapak Kaki Ummi...


Suatu petang Aiman berkata...

"Ummi...nanti bila semua orang dah mati, Aiman pun dah mati, Aiman duduk bawah tapak kaki ummi la kan??? Berkerut kening saya. Hish...apa la pulak budak sorang ni, saya menggumam sendirian. 

"Pasal apa pulak nak duduk kat tapak kaki ummi?"tanya saya. "Ye lah, bila dah mati mesti nak masuk syurga. Syurga kan kat bawah tapak kaki ummi", konfiden je Aiman menjawab. Lah...macam tu ker Aiman. Mesti kat sekolah cikgu@ustazah duk sebut kat dia syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Hurmmm...jenuh la ummi nak explain supaya dia faham. 

Tak pe, kita buat pelan-pelan. Yang penting dia dah tahu konsep, cuma nak mengajar dia untuk meletakkan konsep yang betul ambik masa sikit.  InsyaAllah, lama-lama nanti dia akan faham.

Rabu, 15 Jun 2011

Pesanan Untuk Orang Cantik


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. 

Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah!

CnP drpd Yahoogroups. Semoga perkongsian ada manfaatnya.

Isnin, 13 Jun 2011

Wahai suami, dekatilah anak-anakmu!





Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sering kali kita mendengar cerita, anak lebih rapat dengan ibu, insan yang melahirkan mereka. Sikap wanita yang lebih penyayang, ambil berat, mampu menasihati dengan baik selain beberapa perkara membuatkan anak rapat dengan ibunya. Lelaki yang juga suami dan bapa kerap kali dilihat agak renggang dengan anak-anak kerana sikap mereka yang agak tegas.

Ðalam Islam telah nyata dan jelas bahawa peranan mendidik anak bukan hanya kewajipan mutlak para isteri dan ibu sahaja. Seperti yang terkandung dalam dalam al-Qur’an banyak kisah-kisah yang menceritakan besarnya peranan suami sebagai ayah dalam pendidikan anak.

Salah satu contoh yang paling jelas adalah kisah Luqman yang memberikan nasihat kepada anak-anaknya di surat Luqman (surat 31 ayat 13 dan seterusnya..) Begitu juga apabila kita melihat sejarah Nabi-nabi dan Rasul yang mana mereka dididik dan diasuh dengan cara tersendiri. Misalnya kisah nabi Sulaiman yang dididik oleh ayahnya, nabi Ðaud, khusus untuk menggantikan kedudukannya sebagai raja, atau Nabi Yusuf yang mendapatkan curahan kasih sayang dari Nabi Ya’kub sehingga timbul perasaan dengki dan iri hati saudara-saudaranya yang lain.

Juga Rasulullah SAW sendiri, yang meskipun ditinggalkan oleh ayahnya sejak dalam kandungan, tapi peranan bapa ini digantikan oleh datuk dan bapa saudaranya yang mengasuhnya di waktu baginda kecil, ia sedikit banyak menyuburkan sifat-sifat kepemimpinan dan bakat perniagaan baginda setelah dewasa. Tentu saja semua hal ini tidak terlepas dari tarbiyah Robbaniyyah (pendidikan langsung dari Allah) mengingat tugas-tugas mereka sebagai Nabi dan Rasul, namun dari kisah-kisah Nabi dan Rasul tersebut terlihat JELAS peranan ayah dalam pendidikan putera-puteranya.

Ði kalangan tokoh gerakan Islam, Hasan Al-Banna sendiri menceritakan peranan ayahnya dalam mendorong perkembangan potensi beliau (di antara pengaruh guru-gurunya yang lain) sehingga beliau boleh mendirikan gerakan Islam terbesar di abad ini. Malangnya dalam masyarakat kita sama ada disedari atau tidak wujud perbezaan di antara peranan ayah dan ibu. Sering kali seorang suami atau ayah itu dianggap sudah cukup baik jika dia telah bertanggungjawab memenuhi urusan kewangan keluarga. Seorang ayah yang tidak terlibat dengan urusan mengasuh dan mendidik anak masih dianggap biasa sahaja. Inilah ‘fahaman songsang’ yang wajar diperbetulkan.

Walhal, jika dilihat daripada aspek psikologi ia sangat menekankan kepentingan peranan ayah dalam tumbesaran anak-anak. Ikatan emosi antara ayah dan anak ditentukan salah satunya adalah interaksi. Interaksi yang baik di antara anak dan ayah dipercayai sangat mempengaruhi kecerdasan emosional seorang anak hingga membentuk dirinya menjadi seorang dewasa yang berjaya.

Bagaimana suami yang juga berperanan sebagai ayah boleh menjalin ikatan emosional ini, ikuti tips berikut ini:

1 - Persiapkan diri sejak isteri hamil

Masa kehamilan sembilan bulan ini dapat anda gunakan untuk mengajak suami untuk turut serta membuat persiapan dirinya sebagai ayah sebagaimana anda membuat persiapan sebagai ibu. Sebagai suami dan calon ayah, dia perlu berperanan aktif dalam membantu kehamilan isteri. Mengikuti persiapan persalinan, membaca buku mengenai kehamilan, merawat bayi atau berbelanja bersama untuk menyambut kelahiran bayi.

Jika berpeluang mintalah suami menemani anda dalam bilik bersalin. Melihat pengorbanan isteri melahirkan anak dan detik-detik terdengarnya tangisan bayi akan menambah lagi rasa kasih sayangnya terhadap isteri lebih-lebih lagi terhadap anak.

2 - Turut aktif mengasuh bayi

Sedari awal menjelang kelahiran, cubalah ikut aktif menjaga dan mengurus bayi. Ði percayai seorang ayah yang turut sama mengganti lampin, memandikan bayi dan mengasuh bayi sejak lahir besar kemungkinan akan meneruskan tugas ini dibulan-bulan berikutnya.

Ði peringkat awal pasti merasa kekok dan mungkin tersilap cara, tapi lama-kelamaan suami akan terbiasa dengan tugas-tugas ini. Bayi anda akan semakin merasakan kehadiran suami anda sebagai ayahnya, mengenali wajah, suara dan bau ayahnya.

3 - Bermain bersama

Ketika bayi semakin membesar, luangkan masa bersama untuk bermain, membaca, buku, atau melakukan aktiviti yang menyenangkan bagi bayi anda yang telah mula merangkak, belajar bertatih dan bercakap. Ciptakanlah permainan yang sesuai dengan usia anak. Membaca, menggunting dan dan menampal bersama-sama. Sedikit tip untuk golongan lelaki, apa aktiviti yang mereka boleh lakukan bersama anak bagi menambah kemesraan.

(A) Berbasikal bersama-sama

Anda tentu masih ingat betapa seronoknya berbasikal ketika kecil. Namun aktiviti ini semakin hilang bila kita meningkat dewasa sesuai dengan pekerjaan yang menuntut masa. Jika anda teringat keseronokan zaman kecil, rasailah perkara yang sama ketika bersama dengan anak. Ajak anak berlumba, ceritakan kenangan kisah-kisah anda ketika kecil bersama kawan-kawan dan sebagainya. Aktiviti begini mampu mengeratkan hubungan anda dan anak. Ketepikan soal masa kerana jika diberikan 50 jam sehari pun, manusia sentiasa sibuk sedangkan masa bersama anak-anak adalah perkara paling penting.

(B) Bina dan terbang

Ðalam zaman sains dan teknologi ini, pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama. Ini termasuklah jika anda membuat roket mainan dan bermain bersama anak-anak. Walau pun anda mampu membelinya di kedai tetapi ia tidak sama jika anda membinanya dan kemudian bermain bersama anak.

Ketika inilah anda harus menggunakan akal anda yang mungkin bekerja sebagai jurutera, arkitek dan sebagainya untuk bersama dengan anak-anak. Ketika anda mengajar mereka membina kapal terbang, anda sebenarnya mengajar anak tentang dunia masa depannya. Apa yang harus dihadapi dan dipelajarinya ketika dia dewasa kelak. Jangan jadikan anak anda seperti robot, yang hanya mengikut arahan sebaliknya ajar anak tentang sikap berdikari. Barulah anda boleh bergelar bapa atau lelaki sejati.

(C) Melihat bintang dan bulan di langit

Mungkin sesetengah ibu bapa tidak berkemampuan kerana hobi ini dilihat memerlukan belanja mahal tetapi di Pusat Sains Negara, banyak kemudahan dan bahan yang boleh anda ajarkan kepada anak-anak.

Ajarilah anak-anak tentang dunia sains. Bagaimana cakerawala berpusing, bumi dan bulan yang berpusing dan sebagainya. Kaitkan juga dunia cakerawala dengan fenomena alam bagaimana ia berkait rapat antara satu sama lain.

Memupuk minat anak tentang dunia sains sebenarnya mendedahkan anak kepada satu fenomena ciptaan Allah yang maha Esa. Ketika meneropong bulan menggunakan teleskop, ceritakan kepada anak-anak apa yang mereka perlu tahu tentang dunia ini. Mana tahu, suatu hari nanti, anak anda akan ke bulan kerana tiada yang mustahil di dunia ini.

(Ð) Berkhemah dan memancing

Sesetengah bapa menganggap menghabiskan masa dengan anak sebagai sesuatu yang leceh. Tahukah anda, sikap negatif ini jika dibiarkan berterusan akan membuatkan anak mengikut jejak anda di masa depan. Perkara yang sama akan dilakukan kepada anaknya pula. Justeru itu, bagi mengelakkan hal ini terjadi, peruntukkan masa bersama dengan anak. Ajaklah anak pergi berkhemah sambil memancing. Mengajar anak tentang alam adalah satu perkara indah, anak akan belajar tentang kehidupannya pada masa akan datang.

4 - Terlibat dalam kehidupan sosial anak anda

Ketika anak anda mulai menginjak alam persekolahan, dia pastinya akan memulakan kehidupan sosial yang baru. Sebagai bapa usahakan terlibat dalam kehidupan sosial anak anda. Contohnya mengenali nama kawan-kawannya, gurunya dengan siapa dia bergaul, akitiviti yang dia lakukan bersama rakannya atau gurunya.

5 - Jadilah pendengar yang baik

Kesibukan kadang-kadang menyebabkan anda mengabaikan cerita-cerita anak anda. Berikan keseimbangan antara kerja dan keluarga atau usahakan jangan membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah. Luangkan waktu lima minit sahaja untuk mendengar celoteh anak-anak dan benar-benar memahami isi ceritanya. Jangan hanya mengiyakan agar cerita anak itu cepat habis atau dengan mengatakan ayah sibuk.

Sekiranya anda menunjukkan wajah yang tidak berminat untuk mendengar cerita, ini akan membuatkan anak anda merasa kecewa dan akan semakin malas untuk bercerita dan ‘sharing’ itu akan mulai menghilang. Jadi, jangan mengeluh bila anak anda tidak mahu bersifat terbuka pada anda, atau wujud jurang kumunikasi di kemudian hari nanti.

6 - Komunikasi yang baik

Bila ayah berada di luar atau tinggal terpisah berjauhan dengan anak, usahakanlah untuk terus menjalin komunikasi yang baik dan mesra melalui telefon dan internet. Tunjukkan perhatian anda, rasa sayang anda melalui telefon, sms, ‘chatting’ atau surat.

Anda juga boleh menggunakan detik ini sebagai kembara kedewasaan anak. Contohnya dengan mengatakan ayah akan pergi selama beberapa hari, ayah minta tolong agar Alif menjadi anak yang baik dan menjaga ibu. Anak anda tentu akan merasakan dipercayai dan bertanggngjawab di atas tugas-tugas tertentu.

7 - Percaya anak dan berikan sedikit ruang

Jadilah seorang ayah yang memberikan kebebasan dan dapat mempercayai anak. Kepercayaan anda akan menjadikan dia membesar menjadi anak yang percaya diri dan berdikari. Jangan terlalu kerap memaksa dia untuk melakukan sesuatu tapi cubalah berikan pilihan, misalnya Alif mahu A atau B. Ðan tetaplah membuka kemungkinan pilihan lain selama pilihan itu tidak bertentangan dengan syariat dan prinsip.

Sebagai seorang ayah, suami anda boleh membimbing dan memantaunya.

8 - Layanilah anak sesuai usianya

Kehendak seorang bayi pastinya berbeza dengan keinginan seorang anak yang sudah bersekolah, begitu juga dengan anak remaja dan seterusnya. Cubalah untuk memahami kehendak anak anda dan tidak menganggapnya sebagai kanak-kanak kecil.

Menciptakan kedekatan atau jalinan erat di antara ayah dan anak adalah sebuah pelaburan yang berharga. Si suami atau ayah akan menyesal jika tidak memulainya sejak awal, baru merasa sesuatu yang tidak kena atau kekok bila anak mulai dewasa. Hubungan ayah dan anak akan terasa kaku, formal dan wujud jurang di antara keduanya. Hindarilah perkara ini berlaku dalam keluarga anda.

Kesimpulan

Sekali pun perkara dilihat seperti leceh tetapi membesarkan anak-anak tentang soal kehidupan adalah perkara terbaik yang dilakukan oleh seorang bapa. Ingat, anak adalah amanah Allah, andalah yang tukang mencorakkannya. Jika terlalu banyak perkara negatif yang anda tunjukkan maka negatif jugalah yang akan anda peroleh ketika anda tua kelak.

Mengajar anak-anak tentang erti kehidupan, adalah perkara paling menyeronokkan. Semakin anda menghargai mereka, maka mereka juga akan menghormati anda sebagai seorang bapa yang juga lelaki yang mampu menyenangkan jiwa raga mereka.

Begitu juga jika anda menyayangi mereka, maka anak juga akan menyayangi anda. Pendek kata, anda perlu menjadi idola anak-anak kerana apabila anda menjadi tua, maka mereka akan menghormati anda sebagai bapa yang sangat sempurna.

Para ayah, dekatilah anakmu sedari mereka kecil lagi! Entry istimewa untuk semua bapa... Selamat menyambut Hari Bapa.

Ahad, 5 Jun 2011

Kenduri Hajar Di Klang

Tak mo cakap banyak, tengok gambar jer la...





















Sabtu, 4 Jun 2011

I-City Shah Alam



Kat Klang kami sempat la juga menjengah ke I-City, Shah Alam. Teruja...itu yang dapat saya katakan saat kereta memasuki perkarangan I-City tersebut. Kalau dah mak anak suka, anak-anak apatah lagi...seronokla tengok lampu-lampu yang banyak tu.

Saya memang berhajat sangat nak bawa keluarga kesini. Nak-nak pula setelah dilobi besar-besaran oleh Salwa dan K.Asiah. Memang menjadi agenda utama sepanjang saya berada di Klang. Abang Husin (abang ipar saya) menawarkan diri menjadi jurupandu arah. Dari Klang ke I-City tak lah jauh mana, mengambil masa sekitar 20 minit.

Secara keseluruhannya, saya puas hati walaupun bayaran masuk yang dikenakan RM10 satu kereta. Itupun saya cuma melihat-lihat dipersekitaran. Tak sempat pun masuk ke Snow walk ataupun safari nya. Tengokla gambar-gambar yang diambil, memang meriah...

Jumaat, 3 Jun 2011

Perjalanan Ke Klang

Saya sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Klang Selangor. Hajar yang berkahwin tu merupakan anak kepada makngah (adik emak saya). Saya pernah menumpang di rumah makngah hampir setahun semasa saya bekerja sebagai kerani di klang.

Kami bertolak pada petang Khamis lagi, transit di Taiping untuk bermalam di rumah kak Imah (kakak suami saya). Sempatla mengendurkan urat-urat yang tegang. Memang agak letih sebab saya masih bekerja pada hari Khamis tu.

Kedatangan kami disambut oleh tuan rumah dengan hidangan kuey teow tomyam dan juga nasi berlauk. Alhamdulillah, kalau kerumah kakak ipar saya yang seorang ni mewah dengan makanan. Memang dia rajin memasak. Selalu balik ke kampung kalau dia ada, dialah yang akan jadi master chefnya. Saya tolong-tolong jer, paling banyak tolong makan la...
Rumah kak Imah di Taiping

Anak kak Imah yang bongsu...Izhan


Keesokannya jam 10 pagi, kami meneruskan perjalanan ke Klang. Mulanya, Kak Imah meminta kami tunggu sehingga makan tengahari dulu,tapi terpaksa kami tolak memandangkan perjalanan masih jauh. Saya dan suami pula tidakbegitu arif jalan kesana. Bimbang kalau sampai malam hari, jenuh la kami nak mencari jalan.
Pekan Kemunting, Taiping

Terowong Bukit Meru

Deena...sepanjang jalan macam tu lah. Berdiri terpacak kat tengah-tengah tu. Bising abahnya menyuruh duduk.
Sempat lagi budak-budak dua orang ni main kat playground masa singgah makan tengahari kat R&R Tapah. Tengahari rembang pulak tu...



Kami sampai di Klang hampir pukul 5 petang. Singgah sekejap di rumah makngah sebelum ke homestay yang disewa untuk menghilangkan penat.

Selamat Ulang Tahun Yang Ketiga Deena

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Hari ni birthday Deena yang ketiga. Dalam kesibukan, kekalutan menghadiri kenduri perkahwinan sedara-mara tak sempat nak wish dalam blog saya ni. So, hari ni entry yang ter postpone lah yer. 

Deena...puteri kedua saya ni lain sikit dari abangnya. Saya perhatikan selepas Nuha lahir, Deena agak agresif dan suka memberontak. Mungkin nakkan perhatian, tambahan pula Nuha lahir ketika usianya 2 tahun lebih.Biasalah budak-budak kan. Sesekali mengimbas detik waktu kelahirannya, terasa seperti baru saja saya melahirkannya.

Deena, tahan lasak budaknya. Kalau setakat jatuh tertiarap dia akan bangun semula tanpa menangis. Namun seringkali tidak sabar dengan kerenah si abang. Terpekik terlolong lah bila Aiman menyakat dia. Nampak sedikit keras hati, sampai saya kadang-kadang hot temper dengan perangainya. Ada ketikanya lucu dengan pelbagai pertanyaan yang sering keluar daripada mulut mungilnya.

Apapun keadaannya, Deena ibarat kuntum bunga yang mengharumi mahligai kami. Harapan kami sebagai ibubapanya, semoga Deena membesar menjadi puteri yang solehah yang akan menjadi kebanggaan keluarga kami. InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi