Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Selasa, 15 Februari 2011

Nuha Khairina ...our litle princess...

Tanggal 5 September 2010 lahirlah zuriat ketiga kami kedunia. Puteri yang diberi nama Nurul Nuha Khairina. Sebenarnya nuha dilahirkan awal sebulan drpd due date. Ada cerita kenapa nuha dilahirkan awal...

Bleeding

1 September, selepas berbuka puasa saya menunaikan solat maghrib bersama-sama suami. Seusai solat maghrib saya berehat seketika sementara menunggu masuk waktu isyak. Suami pula bersiap-siap untuk kemasjid menunaikan solat tarawih. Selepas azan isyak saya segera menunaikan solat isyak. Aiman dan Deena asyik leka diruang menonton.

Selesai solat isyak saya terus bangun menanggalkan kain telekung dan menyidainya di rak yang tersedia. Melangkah keluar dari ruangan sembahyang terasa ada sesuatu yang mengalir keluar, umpama sedang datang bulan. Melihat kepada kain batik yang dipakai dipenuhi darah. "Darah apa???" getus hati kecil saya. Agak panik, tapi saya cuba bertenang. Suami dah kemasjid, telefonnya pula ditinggalkan dirumah. Saya melihat jam didinding, baru pukul 9 malam. "Apa nak buat ni??' fikir saya.

Teringat mak, lantas saya capai telefon dan mendail nombornya. Alhamdulillah, deringan saya bersambut. Segera saya khabarkan kepada mak kejadian yang berlaku. Mak menyuruh saya bertenang, dalam pada itu menyuruh saya bersedia dengan barang2 untuk kehospital. "Tahiri balik sembahyang nanti suruh dia bawak p hospital. Bawala barang2 sikit kot2 kena tahan wad. Kalau x serius sgt depa bagi balik." kata mak. Saya akur lantas mengeluarkan beg dan mengisinya dengan beberapa helai pakaian saya dan alat keperluan yang lain. Barang baby?? Saya tak isi sebab belum sempat lai dibasuh. Cadangnya hujung minggu ni baru nak settlekan barang2 bayi.

Warded

Jam 11 malam baru suami pulang dari masjid. Saya khabarkan perkara yang berlaku kepadanya. Melihat kain batik yang dipenuhi darah suami agak tergamam, tapi kemudiannya segera bersiap untuk kehospital. Kami singgah dirumah mak saya untuk menitipkan Aiman dan Deena. "Apa2 hal telefon" pesan mak. Saya menganggukkan kepala sambil tunduk mencium Aiman dan Deena.

Sampai dihospital kami terus menuju ke bahagian PAC. Setelah pendaftaran saya diperiksa oleh pegawai perubatan yang bertugas pada malam itu. Macam2 pemeriksaan yang dilakukan. Daripada seorang kepada 2 org doktor. Lenguh mulut asyik rewind benda yang sama. "Kena pakai 'tape' ni...Kalau depa tanya lagi aku tekan je tape tu.." sempat lagi saya bermonolog.

Hampir jam 2 pagi doktor yang memeriksa memberitahu saya terpaksa ditahan di wad.Diorang tak bagi saya balik sbb kes saya ni diklasifikasikan sebagai kes yang berisiko.(mana taknya...pakej cukup lengkap. Bleeding, placenta previa type 1..heh heh uri kat bawah, darah rhesus O-ve lagi)Saya diletakkah di wad pengawasan supaya lebih mudah dipantau.

Doktor mencadangkan supaya pembedahan awal dilakukan. Namun ada masalah kerana bekalan darah jenis o-ve tidak ada dalam tabung darah hospital. So, saya terpaksa menunggu. Saya juga perlu berhati2 dan tidak banyak bergerak untuk mengelakkan bleeding lebih banyak.

Kelahiran

5 hari menghuni hospital akhirnya pada jam 2.30 petang, 5hb 9 2010 saya ditolak ke dewan pembedahan. Jam 4.45 petang, lahirlah puteri bongsu kami. Setelah mengharungi pelbagai kesulitan, akhirnya Nuha Khairina menjengah dunia, 4 hari sebelum umat islam menyambut aidilfitri dan keluarga kami meraikan kegembiraan berganda.

Untuk puteriku Nuha Khairina, semoga dewasamu menjadi puteri cerdik yang solehah, seiring bersama2 abang dan kakak...Ummi sayang kalian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi