Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Sabtu, 26 November 2011

Biarlah Muharram Kali Ini...

biarlah muharram kali ini
memutikkan keinsafan
didalam sanubari sanubari kita
kerana kedatangannya
membawa suatu peringatan
perkhabaran tentang usia
yang kian meningkat
tetap kian menyingkat
biarlah muharram kali ini
menyuburkan kesedaran
didalam sanubari sanubari kita
kerana kedatangannya
mengimbau kenangan sejarah
episod seribu kisah
dalam untaian duka
bersulam bahagia
perit getir perjuangan
generasi kita umat islam
merintis sejarah dakwah
 
biarlah muharram kali ini
menyuburkan kerinduan
didalam sanubari sanubari kita
kerana kedatangan nya
membawa kalungan janji
limpahan rahmat ilahi
untuk sapa yang sudi
sujud merafak sembah syukur
di sepertiga malam
yang ke 10 atau mengekang lapar berpuasa
sepanjang siangnya yang ke 9,10 dan 11
 
muharram ...
sambutilah dia dengan penuh keinsafan
kesedaran dan kerinduan
kerana padanya ada seribu pengertian
ada kenangan ....
dan ada ganjaran ....
 
Salam Hijrah...

Jumaat, 25 November 2011

BARAKALLAH

SYUKUR PADAMU, YA ALLAH YANG MELIMPAHKAN RAHMAH SERTA MAGHFIRAHMU KE ATAS RUMAHTANGGA KAMI.




Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 16 November 2011

7 Tahun Bersama...



Minggu depan, genap 7 tahun usia perkahwinan kami. Cepat betul masa berlalu. 


Rasanya masih terdengar-dengar lagi lafaz "Aku terima nikahnya" yang keluar daripada mulut suami pada malam itu. Malam yang sangat indah! Malam yang menjadi saksi kepada ikatan kasih kami.

Putaran masa membawa perubahan yang besar dalam kehidupan kami. Daripada berdua, mahligai kasih yang terbina diserikan dengan kehadiran 3 orang cahayamata. 

Aiman, Deena dan Nuha itulah nama-nama buah hati pengarang jantung kami.



7 tahun mengemudi bahtera rumahtangga, saya akui suami "next to the perfect'. 

Saya dan suami lahir pada tahun yang sama, ertinya kami sebaya.  Ada pendapat mengatakan suami yang lebih berusia daripada isteri, lebih matang dalam membuat keputusan. Namun saya merasakan walaupun usia kami sama,  suami lebih tenang dan matang berbanding diri saya. 

Mungkin terdapat sesetengah perkara yang menimbulkan perbalahan tetapi dengan kebijaksanaan, hikmah dan kekentalannya sebagai nakhoda semua perkara dapat diselesaikan dengan baik.

Segala-galanya ditangani dengan bijaksana. Suami juga seorang yang 'cool' dan mudah tersenyum. Syukur kehadrat ilahi  Allah yang mempertemukan jodoh saya dengannya.

Imbas kembali perkenalan yang membawa kepada ikatan perkahwinan antara kami...

Saat mendapat surat penempatan ke Sabah, ramai yang menyuruh saya merayu  supaya menukar  posting  ketempat lain. Pergilah ke Putrajaya, panjatlah  tangga kementerian, merayulah semoga tidak perlu pergi ke Sabah. 

Itu kebanyakan nasihat yang saya dapat. Ibu bapa saya turut bimbang, ye lah nak melepaskan anak gadis bersendirian ditempat orang. 

Tapi saya nekad, dalam hati saya berkata biarlah saya pergi jauh-jauh supaya saya tidak perlu mendengar cakap-cakap dan pertanyaan-pertanyaan yang sering menghiris hati saya.

Saya manusia biasa, saya seorang wanita. Dikelilingi oleh adik-adik dan sepupu-sepupu lain yang lebih muda dan telah berumahtangga memang saya sentiasa menjadi topik perbualan keluarga ketika itu. 

Saya nekad. "Escapism"??? Entahlah...mungkin ini yang terbaik" , desis hati saya. 

Saya menyahut panggilan untuk berkhidmat di Sabah dengan seribu keazaman. Memperolehi pekerjaan saat usia menginjak ke angka 30-an, satu kurniaanNya yang tidak terhingga. 

Jadi, saya tidak ada sebarang halangan walaupun perlu berkhidmat jauh daripada kampung halaman.

Saya juga percaya setiap percaturan Allah itu ada hikmahnya.

Dan hijrah saya ke Sabah awal tahun 2004 itu membawa seribu makna. Disitulah 'dia'...JODOH SAYA

Itulah hikmahnya...

Saya baru posting sebulan ketika ada rakan sekerja yang datang merisik, menyuarakan hasrat untuk memperkenalkan saya dengan kawan kepada suaminya. 

Saya??? Sekadar menyetujui, kerana bagi saya apa salahnya saya kenal dengan 'dia'.

Dan saya khabarkan kepada rakan saya itu saya setuju untuk berjumpa dan berkenalan dengannya. 

Tapi bukan bermakna saya setuju untuk menjalin hubungan. 

Bagi saya, mungkin itu satu langkah yang mempertemukan saya dengan jodoh saya. USAHA!

Saya cuma kenal suami  2 bulan sebelum saya bersetuju untuk menjadi suri hidupnya. Tak perlu menunggu lama untuk menyelami isi hatinya. 

Pertemuan pertama cukup untuk memberi kepastian bahawa dia adalah calon yang terbaik. Suami menunjukkan kesungguhan untuk menjadikan saya isterinya dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan kedua-dua ibubapa saya.

Benarlah, percaturan Allah itu sangat indah. Munajat saya memberikan petanda. 'Dia'lah orangnya... Segala-galanya mudah, hati saya juga tenang. Saya pasti saya tidak salah membuat pilihan. Saya yakin dia memang jodoh saya.

Saya khabarkan pilihan saya ini kepada kedua orang tua dan mereka tidak mempunyai sebarang halangan. Bagi mereka saya sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan. Tambahan pula dengan situasi saya yang berada jauh dari keluarga, dengan adanya seorang suami disisi mereka tidak perlu berasa bimbang lagi. Urusan perjodohan kami juga berlangsung dengan lancar.

Kami bertunang pada bulan Jun 2004. Kedua pihak setuju pernikahan akan dilangsungkan pada bulan November tahun yang sama.

Hampir 11 bulan mengenalinya kami disatukan dengan ikatan perkahwinan pada tanggal 25/11/2004. Keluarga turut memberi restu. Syukur kepadamu Ya Allah kerana memberikan saya jodoh yang baik. 

Dialah suami, dialah teman ketika susah dan senang. Doa saya agar rumahtangga kami sentiasa dilimpahi rahmah dan barakah dariNya.



Ya Allah, Dengan izinMu, biarlah hanya dia yang menjadi suamiku didunia dan juga diakhirat.

Selasa, 15 November 2011

Majlis Ihtifal Pasti Kawasan Kubang Pasu 2011

Majlis berlangsung hari Sabtu lepas. Alhamdulillah, Aiman menamatkan sesi persekolahan Pra-Sekolahnya dengan Anugerah Pelajar Cemerlang Pasti Kawasan Kubang Pasu tahun 2011. 

Dengan kejayaan itu juga, Aiman bakal mewakili Pasti Kawasan Kubang Pasu untuk peperiksaan di peringkat negeri nanti....

Alfun Mubarak Ya Bunayya.

Jom tengok gambar....

Persembahan....





Aksi....





 

Tempat Pertama Pasti Al-Huda Taman Mahsuri (Kategori 6 Tahun)



Anugerah Pelajar Cemerlang Pasti Kawasan Kubang Pasu 2011





Alhamdulillah...dapat beg Angry Bird yang diidam-idamkan



Posing jap dengan piala...





Rabu, 2 November 2011

Mandi Sungai

Dah lama tak turun ke sungai. Selalunya suami bawa anak-anak aja yang mandi manda disini. Saya malas nak ikut.

Tapi balik kampung minggu lepas, terasa nak ke sungai. Bila Aiman ajak abahnya mandi sungai tengahari Sabtu tu, saya pun bagitau yang saya nak ikut sama.

Suami : Ummi nak pi sungai jugak ka??
Saya : Ya lah. Nak pi jugak. Saja nak main-main air.
Suami : Hmm...siaplah cepat.

Terus saya salin pakaian yang sesuai untuk di basahkan dalam sungai. Suami dah siap mendukung Nuha dan memimpin Deena menunggu di luar.

Kami ke sungai berjalan kaki jerr...Bukannya jauh pun. Nun dibawah sana, seberang jalan. Dan perlu merentas semak samun yang agak panjang. Pacat pun banyak. (salah satu sebab kenapa saya jarang nak ikut diorang pegi sungai.)




Tapi bila dah sampai sungai, tengok air yang mengalir...sejuk, nyaman...memang seronok. 




Apalagi...masing-masing memulakan aktiviti, Deena dengan Nuha main-main pasir dulu.









Manakala Aiman dan abahnya dah terjun kedalam sungai. Riuh rendah dengan sepupu-sepapat yang memang dah selalu berendam dalam sungai.









Nuha pun sempat berendam dalam sungai. Suka sangat lah dia dapat main air. Sampai dah biru lebam kulit pun tak mau naik ke atas tebing. Menjerit-jerit nak turun balik ke dalam sungai. 







 

Deena pulak sampai kesudah tak nak turun. Serik.., sebab biasa sekali dia lemas tertelan air masa mandi-mandi dengan abah dia. Main-main pasir jer... Sesekali pegi la ke gigi air. Tu pun takut-takut.







He he...itulah kelebihannya bersuamikan anak kampung macam suami saya. 

Memang betul-betul kampung boy...dan semangat tu nampaknya dah mula meresap ke dalam diri anak teruna kami. 

Siapa lagi kalau bukan AIMAN...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi