Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Khamis, 22 September 2011

Makan kat Redhza Bukit Kayu Hitam

Jauh kami makan tengahari ni. Nun sampai dekat-dekat Bukit Kayu Hitam sana. Memang jarang-jarang kami kesini. Biasa-biasa lunch area Changlun aja. Tapi hari ni sebab ada yang sponsor, sampailah kami kesini. Terima kassih kepada 'teman' yang baik hati tu. Semoga Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah... Jom tengok gambar...

Minuman untuk semua orang ... kelapa pandan



Cedok nasik lekaih...sedap sangat nampak lauk tu.


Telur bistik...sedap!!
Tomyam ikan...


Kerabu campur.

Sambal belacan ngan ulam timun.

Rabu, 21 September 2011

Celebrate Birthday

Keluar makan sempena besday Aiman dan Nuha. Sekaligus meraikan pakcik diorang yang akan berangkat ke Sabah esoknya.

Rancangan asalnya nak makan kat Restoran Bunga Naga, tapi abah kata makanan kat situ kureng skit.Nak ke Restoran Dusun Permai, dah...tak mau pulak sebab orang azan isyak nanti tengah duk menyantap pulak. Last-last kami ke medan makan kat kepala batas.

Oklah kat sini pun, cuma tak rasa ekslusif sangat la... Tepi jalan... Plan asal ada acara potong-potong kek lepas makan, tapi memandangkan tempat yang tak berapa happening, Nuha pulak dah mula meragam, balik potong kek kat rumah aje lah...

Jom kita layan gambar...








Jumaat, 16 September 2011

Selamat Ulang Tahun AIMAN

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
AIMAN dah 6 tahun. Semakin dewasa anak bujang ummi ni. Dan semakin banyak kerenah dan tingkah laku Aiman yang mewarnai kehidupan abah dan ummi.

Tahun depan Aiman bakal melangkah ke alam persekolahan. Banyak cabaran yang haru Aiman tempuhi. Ummi pasti Aiman akan menempuhi segala rintangan yang mendatang. 

Membesarlah anakku menjadi pemuda yang soleh yang akan membanggakan ibumu ini, di dunia dan juga akhirat.

Isnin, 12 September 2011

Penilaian Tentang Wanita TERBAIK

Salam semua...

Saya jumpa statement ni masa duk baca emel-emel yang dihantar ke Yahoogroups. Walaupun sender tidak menyatakan sumber yang jelas, tapi bagi saya ia merupakan satu kenyataan yang sangat menarik. Jadi saya kongsikan disini untuk bacaan kita bersama...


Al Khawarizmi, seorang Ulama, Saintis dan Ahli Matematik Islam...ditanya tentang wanita terbaik.  Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi...... jika yang '1' tiada…
Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok '0'..
*manusia bijak menilai sesuatu dengan kebijaksaannya

Nice sharing...

Isnin, 5 September 2011

Selamat Ulang Tahun Yang Pertama Nuha

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
 
Nuha dah pun 1 tahun hari ni. Sekejap saja masa berlalu. Masih terbayang lagi suasana kelam kabut yang berlaku saat-saat saya nak melahirkannya. Mana taknya, riuh rendah hospital Sultanah Bahyah Alor Setar kerana tiada bekalan darah dari jenis O-ve. Tambahan pula dekat dengan raya.

Puas jugalah menelefon sanak-saudara dan kawan-kawan meminta bantuan untuk mendonorkan darah jika ada yang dari jenis 0-ve. Pun begitu Allah yang maha berkuasa, saya melahirkan Nuha tanpa memerlukan sedikit pun pemindahan darah. (Baca cerita tentang kelahiran Nuha kat sini.)
 
Dan sekarang anak bongsu saya tu dah pun berusia setahun. Alhamdulillah... Moga Nuha membesar menjadi puteri yang solehah, cerdik dan pintar macam abang long dan kak ngah. Insya Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi