Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Isnin, 29 Oktober 2012

Kolam Rekreasi Air Panas Ulu Legong


Julung-julung kalinya kesini.

Walaupun tempat ni sebenarnya tak lah jauh sangat daripada kampung suami saya. Tapi...tu lah... Selalunya tempat2 macam ni orang yang duduk jauh sampai dulu. yang dekat2 selalunya lambat sikit. Hehehe...


Tengoklah wajah-wajah riang anak-anak nak mandi kolam...
Kami bertolak dari rumah pun dah lewat petang.

Setelah melalui jalan berliku dan berbukit2(jalan belum siap sepenuhnya), pukul 6.30  baru sampai disana. 

Aiman siap dengan beg besar tuu...bawa baju salin



Budak-budak nilah yang paling ceria...teruja sungguh...

Cher Mid pun ikut jugak  walaupun tak berapa larat
Sebelum masuk, kena beli tiket dulu...so...beratur...



Untuk masuk kedalam kawasan kolam air panas ni setiap pengunjung dikenakan bayaran dengan kadar RM6 untuk orang dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Manakala tiada had masa yang ditetapkan.

Masuk kedalam , masing2 dah tak sabar nak terjun ke dalam kolam air panas yang disediakan. Tapi sebelum tu ambil gambar dulu yerrr...



Ada 3 kolam yang dibuka untuk kegunaan orang ramai. Tahap kepanasan air disetiap kolam berperingkat2. Ada yang suam2 kuku, ada yang panasnya boleh tahan... kalau rendam telur rasanya boleh jadi telur separuh masak.




Kiranya anak2 memang enjoy dapat mandi kat kolam air panas ni. Siap sebut-sebut nak datang lagi kesini lain kali.

Sambil mandi manda , sempat juga meninjau keadaan sekeliling. Banyak kemudahan yang disediakan untuk pengunjung, ada surau, tandas dan gerai makan.


Malah bagi pengunjung yang ingin berlama-lama kat sini, bolehlah menyewa chalet yang disediakan dengan harga yang berpatutan. Tengok bajet masing-masinglah yerrr...

En. Tahiri pun siap sound nak sewa chalet semalam kat sini. Bila tuuu??? Tungguuu... hehehe...

Thanks En. sebab bawa saya dan anak-anak mandi manda hari ni...



Sabtu, 27 Oktober 2012

Aidiladha


Sambut AidilAdha di Jitra tahun ni sebab pagi raya pertama ada korban. 

Macam biasa2 sambutan AIdilAdha tidaklah sehappening sambutan Aidilfitri sedangkan dalam Islam AidlAdhalah sebenarnya dirayakan besar-besaran...namun kemeriahannya tetap terasa.

Pagi2 raya suami dan Aiman ke surau untuk solat sunat AidilAdha dan mendengar khutbah hariraya.

Kemudian dua2nya balik kerumah, salin baju sebelum bergegas ke padang untuk melaksanakan ibadah korban. 

Awal2 lagi saya minta suami bawa Aiman sama2 menyaksikan lembu korban disembelih since bahagian korban kali ni saya letakkan nama dia. 

Biarlah Aiman menyaksikan sendiri, dan menghayati erti pengorbanan yang sebenar. Mungkin dia tak berapa faham lagi tapi bila dibiasakan sampai masa nanti Aiman akan mengerti.

Hanya bertiga sebab masa ni Aiman dan abah ke padang 
Manakala Aiman dan abahnya ke padang saya ambil kesempatan kerumah mak. Beraya sekejap dengan mak dan adik2 sebelum pulang semula kerumah dan membahagi-bahagikan daging korban untuk disedekahkan kepada jiran tetangga.

Yang selebihnya, dimasak beramai2 dengan adik-beradik saya sebagai hidangan tengahari Jumaat AidilAdha kali ni. Menunya...Nasi Daging Dengan Air Asam...

Khamis, 25 Oktober 2012

Selasa, 23 Oktober 2012

Sekeping roti dan gulai tulang



Hmmm...sedapnya...

Pagi2 cicah roti dengan gulai tulang... wallah...

Roti sponsor by Ta, gulai tulang pulak istimewa air tangan mak mentua k.Am. memang sedap. 

Dan saya pulak berjaya menghentikan seketika rejim diet saya untuk menikmatinya.

Jom makan...


Errkkk...Alhamdulillah...

Isnin, 22 Oktober 2012

Bengkel Penghasilan Bahan Pengajaran Pendidikan Islam (Power Point)

Bengkel penghasilan bahan P&P (powerpoint) Akhlak.

Pencerahan minda bersama-sama rakan sejawat di KMP.

Slot saya dah berakhir pagi tadi...tinggal mendengar pembentangan daripada rakan-rakan yg lain...






Potluck Unit Pendidikan Islam KMP

Rancang dari minggu lepas lagi. Pembahagian tugas pun dah dibuat. So hari ni on lah...

First potluck bersama ahli unit di sini. 

Alhamdulillah...mudah2an ukhuwwah yang terjalin ini berkekalan, aman dan damai sentiasa. 

Mohon Allah jauhkan daripada sebarang sengketa dan pertelingkahan...










Hiri-hiris ulam...



Menu Utama...Nasi kerabu









Ahli-Ahli Unit

Bergambar bersama ahli-ahli Unit Pendidikan Islam & Moral KMP.


Barisan hadapan (dr kiri) : Ustz. Ubaidillah, Ustz. Romli & Ustz. Raja Azhar
Berdiri di belakang (dr kiri) : Ustzh Amrah, Ustzh Wardah, Ustzh Rodzita, Ustzh Halimah, Ustzh Norashikin, Ustzh Zahiroh & Ustzh Aufa.

Sabtu, 20 Oktober 2012

Pot luck sempena besday...

Makan-makan sempena celebrate besday kat tempat keja pagi tadi. Sekali dengan kenduri sempena masuk bilik baru.

Berkongsi besday dengan Ta... dua besday Mommy hari genap usia 3...menginjak setahun lagi..

Makin tualah...

Hidangan hari ni...macam2 ada...
Nasi Lemuni...made by Pn. Rodziah...assist by Pn Rodzita
Sambal ikan bilis air tangan Ta...fuhh sedap.
Telur & bilis goreng...K.Am punya
Kek Coklat Moist...yg ni saya punya
Complete set....Alhamdulillah sedappp...



Setahun Lagi...


Alhamdulillah, syukur ke hadratMu Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk menghirup udaraMu di bumi yang damai ini.

3.. tahun Engkau berikan aku nikmat yang tak terhingga...

Aku masih ada ibubapa yang sentiasa menyayangi dan menyokong setiap langkahku.  Saat insan lain kehilangan kasih sayang kedua orang tua, mereka masih utuh berdiri disisiku memberikan nasihat, teguran dan sokongan. 

Engkau kurniakan aku suami yang penyayang dan amat baik hati. Dialah teman ketika susah dan senang, dunia dan juga akhirat. InsyaAlllah.

Engkau kurniakan kami zuirat yang comel sebagai penyambung keturunan. Anak-anak yang sentiasa memeriahkan duniaku dan suami.

Engkau berikan aku kerjaya baik, kehidupan yang selesa.

Ya Allah, betapa pemurahnya Engkau denganku.

"Maka nikmat tuhan yang manakah lagi yang ingin aku dustakan..." 

Pohonku...Ya Allah...

Berkatilah umurku

Sihatkanlah tubuh badanku

Terangilah hatiku dengan pancaran Nur iman

Tetapkanlah hatiku

Perluaskanlah rezekiku

Dekatkanlah hatiku dengan kebaikan

Jauhkanlah hatiku dari kejahatan

Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur. 

Ameen.


Selasa, 16 Oktober 2012

Final Exam

Minggu ni Aiman Final Exam.

Ummi agak risau, tapi si anak biasa-biasa saja. Relax....

Sebelum dia kesekolah saya pesan " nanti jawab periksa jangan kalut2 sangat, fikir dengan tenang, jawab betul2"

Hari pertama saya tanya Aiman

"Aiman, hari ni macam mana jawab periksa??"

"InsyaAllah, Aiman boleh jawab semua ummi. Tadi Aiman fikir tenang2 pas tu tak kalut " jawabnya.

Saya senyum...Aiman kopipes apa yang saya cakap padanya sebelum ni.

Hari kedua saya tanya lagi...

"Hari ni macamana???"

Aiman jawab "Boleh jawab semua"

"Semua jawab betul ka" tanya saya lagi

"Aiman yakin semua jawapan Aiman betul sebab Aiman fikir dengan tenang baru Aiman jawab"

Saya senyum lagi, dalam hati memanjatkan doa kehadratNya, semoga Aiman dapat menempuhi peperikasaan ini dengan jayanya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi