Alhamdulillah, syukur ke hadratMu Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk menghirup udaraMu di bumi yang damai ini.
3.. tahun Engkau berikan aku nikmat yang tak terhingga...
Aku masih ada ibubapa yang sentiasa menyayangi dan menyokong setiap langkahku. Saat insan lain kehilangan kasih sayang kedua orang tua, mereka masih utuh berdiri disisiku memberikan nasihat, teguran dan sokongan.
Engkau kurniakan aku suami yang penyayang dan amat baik hati. Dialah teman ketika susah dan senang, dunia dan juga akhirat. InsyaAlllah.
Engkau kurniakan kami zuirat yang comel sebagai penyambung keturunan. Anak-anak yang sentiasa memeriahkan duniaku dan suami.
Engkau berikan aku kerjaya baik, kehidupan yang selesa.
Ya Allah, betapa pemurahnya Engkau denganku.
"Maka nikmat tuhan yang manakah lagi yang ingin aku dustakan..."
Pohonku...Ya Allah...
Berkatilah umurku
Sihatkanlah tubuh badanku
Terangilah hatiku dengan pancaran Nur iman
Tetapkanlah hatiku
Perluaskanlah rezekiku
Dekatkanlah hatiku dengan kebaikan
Jauhkanlah hatiku dari kejahatan
Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur.
Ameen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan