Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Rabu, 15 Julai 2009

Apa Itu Istidraj?

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja... Ada yang susah juga. Kenapa?


Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.
Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku." katanya sombong. Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati
juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangkaAllah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orangyang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.
Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Isnin, 13 Julai 2009

UPS...Kejayaan Bersama2 Orang Yang Berusaha!

"Assalamualaikum... Ustazah, saya nak minta ampun kalau ada buat salah. Doakan kejayaan saya dalam UPS ni..."

"Ustazah, kami minta maaf. Doakan kejayaan kami..."

Itu antara bait-bait kata, pohon maaf dan restu daripada anak didikku. Minggu ini merupakan antara masa-masa terpenting dalam perjuangan mereka. Ya, UPS... medan untuk menguji tahap pencapaian mereka setelah hampir sepuluh minggu menjadi warga KMK ini.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hanya kata-kata perangsang dan doa yang dapat ku bekalkan. Selebihnya, bergantung kepada ketentuan Allah dan usaha yang telah mereka lakukan. "Usaha, doa kemudian tawakkal" itu yang selalu ku beritahu kepada mereka. "InsyaAllah, bila kita memohon dan mengharap daripadaNya, Dia akan selalu membantu kita. Kan Allah itu Maha Pemberi". Mereka mengangguk2, tanda bersetuju dengan peneranganku. "Dan, yang paling penting jangan tinggal sembahyang." Ujarku lagi.

"Ustazah, macam mana pula kalau seseorang tu, dia tak sembahyang, tak tutup aurat, tapi dapat juga keputusan yang baik dalam peperiksaan." tanya seorang daripada mereka. Manakala sebahagian yang lain mengangguk2 dengan ekspresi muka ingin tahu. Aku tersenyum...

Ya, itulah realiti yang selalu mereka lihat. Dan fikiran logik anak-anak ini selalu membandingkan antara sebahagian daripada rakan-rakan mereka yang tidak taat kepada perintah Khaliqnya, bahkan yang dahinya tidak pernah menyentuh sejadah tetapi sering memperolehi keputusan yang memberangsangkan. Sedangkan terdapat pula diantara sahabat-sahabat mereka yang tidak pernah tinggal solat, banyak ibadat2 sunat yang lain, keputusan peperiksaannya biasa-biasa saja.

"Hmm..memang, kadang kala kita lihat seseorang insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran." "Tapi kita kena ingat, yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kepada seseorang individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok adakah sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya. Patutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi kalau dia masih tidak teri bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman." Jelasku panjang lebar.

"Kdg2 berlaku juga kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan." Ujarku lagi memancing perhatian mereka, supaya perbincangan lebih menarik. "Betul tu ustazah, kenapa ye?" Tanya seorang daripada mereka. "Itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt apa yang diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita taksub dan lupa untuk bersyukur pada yang Maha Esa."

Tergambar kepuasan diriak wajah mereka mendengar apa yang aku jelaskan. Mudah-mudahan mereka faham, bahawa segala tindak-tanduk mereka addlah tergantung pada kehendak Rabbul Izzati. Mudah-mudahan juga mereka dijauhkan Allah daripada berlakunya ISTIDRAJ. Apa itu istidraj? InsyaAllah aku akan tulis dalam entry yang akan datang.

Buat anak2 didikku, Semoga kejayaan mengiringi langkah kalian.

Rabu, 8 Julai 2009

Tangisan Rasulullah S.A.W Menggegarkan Arasy

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,

Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang,

Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang...


"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawafdi Ka ' bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir:

"Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka ' bah, dan berzikir lagi:

"Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!"

Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah,lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok - olokkanku,kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang bad wi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya:

"Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu..

"Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab bad wi itu pula.

Rasulullah s.a..w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

"Wahai orang Arab! Janganlah berbuat serupa itu.Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya,Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi orang yang takabbur yang meminta dihormati,atau diagungkan,tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya. "

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya dihari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.

Maka orang Arab itu pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab bad wi itu.

"Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya.

"Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya." jawab orang itu. "Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan- Nya.Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!"

Mendengar ucapan orang Arab bad wi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!"

Betapa sukanya orang Arab bad wi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "

Selasa, 7 Julai 2009

Mendidik Anak

Salam...

Pagi tadi Aiman buat perangai. Menangis-nangis bila dikejutkan daripada tidur. Tak mau bangun. Lepas keluar daripada bilik, rebah pulak atas sofa kat ruang tamu. Mengantukla tu. Lagipun semalam dia tidur lewat. Akhir-akhir ni makin menjadi liatnya nak bangun tidur. Kadang-kadang naik angin juga aku dibuatnya, tapi cepat2 istighfar. Sebab kalau aku marah maknanya syaitan dah menang. Terpaksa la pujuk dia. Last2 ok, nak la dia ke bilik air mandi. Tu pun ada syarat, tak nak syampoo kepala. Tak pa la , asal Aiman nak mandi, nak ke sekolah. "Malam nanti mandi kena basuh kepala tau." kataku kepada Aiman. Aiman angguk kepala. Dah lepas mandi tak pe la dia. Siap pakai baju tak sabar2 pulak nak pegi sekolah

Hmm..pepagi selalu macam tu la aku. Mana nak siapkan anak, sediakan keperluan suami dan diri sendiri lagi. Tapi tak pe, dah itu tanggungjawab seorang isteri dan ibu... Baru sorang anak yang sekolah tu, kalau ramai lagi hebat cabaran tu. Kadang2 bila merungut kat mak, mak akan kata "mak dulu lagi la, jaga hampa 10 beradik, tapi tak la kelam kabut mcm hang." Betul jugak tu. Tapi gatal juga mulut menjawab "kami dulu baik2 mak, dengar kata. Anak2 kami ni generasi xy, akalnya panjang lain macam sikit". Emakku cuma tersenyum mendengar kata-kataku. Memang mendidik anak di era globalisasi ini cabarannya cukup hebat. Pengaruh persekitaran sangat2 kuat. Peranan ibubapa dalam melahirkan generasi soleh dan solehah sangat besar. Kalau tersalah didik hancurlah masa depan seorang khalifah Allah.

Ya Allah, Ya Tuhanku...Berikanlah aku kekuatan dalam menempuh apa jua cabaran yang datang. Kau kurniakanlah kepadaku dan suami zuriat yang soleh dan solehah. Jauhkanlah kami dari segala fitnah dunia mahupun akhirat. Ameen...

Ahad, 5 Julai 2009

Perjalanan...

Salam...

Kembali di arena blog.

Khamis lepas tak leh online coz' aku tak datang keja. Cuti emergency, hantar adik aku Sarah ke UPSI,lapor diri untuk program DPLI. Mulanya tak rancang nak pegi pun. Tapi balik daripada keja petang Rabu tu suami aku bagitau dia cuti hari Khamis. Cuti peristiwa ( Hari Rabu sekolah dia ada Program Anugerah Cemerlang ). Aku pun bagitau suami aku, "apakata kalau kita yang p hantar Sarah. Lagipun abah dok gaduh sakit kaki. Kesian juga bila dia nak kena drive jauh ke Tanjung Malim tu." Suami aku pun ok jer...Selepas dapat green light aku terus packing barang.

Pukul 10 malam Khamis tu kami bertolak dari Jitra. Singgah umah k.Imah di Taiping, tumpang bermalam. Esoknya selepas Subuh kami meneruskan perjalanan ke UPSI. Jam 10 pagi kami sampai ke Kolej Za'ba UPSI. Adikku dan kawannya menguruskan apa yang sepatutnya. Sementara aku dan suami sibuk menguruskan anak-nak kami yang tak reti duduk diam. Penat juga melayan kerenah budak-budak berdua ni. Urusan lapor diri mengambil masa yang agak lama juga. Cemuih jugak la duk melangut saja. Pukul 12 lebih baru diorang selesai urusan lapor diri. Lepas tu kami ke Pekan Tanjung Malim. Makan tengahari dan nak cari barang keperluan adikku.

Lepas manghantar adikku kembali ke asramanya, kami sekeluarga meneruskan perjalanan pulang. Kami mengambil jalan dalam kerana aku berhajat untuk melihat SMKA Slim River, sekolah yang sepatutnya aku lapor diri selepas bertukar daripada SMK Abdul Rahim Kudat.( Tapi aku pilih Kolej Matrikulasi.) Sempat la tengok sekolah dan juga pekan Slim River, pekan kecik ja. Patutla suami aku kata aku tak leh duduk kat sini. Sunyi...

Dari Sungkai kami terus ambil 'hiway'. Jauh lagi perjalanan yang nak ditempuhi. Lebih kurang 300km lagi. Hai penatnya sehari2 duk dalam keta ja.. Suamiku sorang saja yang memandu. Kesian juga tengok dia keletihan. Nak ganti pun aku tak sanggup sebab aku memang mengantuk sangat2. "Tak pelah bang, kita jalan pelan2. Tak larat nanti abang berenti la. Rehat sat.." kataku kepada suami.

Akhirnya jam 10 malam baru kami sekeluarga sampai ke rumah. Penat, tok sah cerita la. Lepas membersihkan diri, aku dan anak-nak terus merebahkan badan ke atas tilam. Zzzzz....sekelip mata kami lena dibuai mimpi...(actually, tak mimpi apa pun. Tidur mati, penat sangat)

Rabu, 1 Julai 2009

SELAMAT BERTUGAS

Hari ini suamiku kembali memulakan tugasnya sebagai seorang pendidik setelah lama bercuti panjang. Jam 5 aku dah bangun. 3 pasang baju nak di iron pagi ni. Ambik masa tu. Semalam tak sempat iron, sibuk ngan anak-anak. Kepenatan satu hal, so aku layan tido awal sikit.

Pagi-pagi tadi kami tiga beranak berebut-rebut kebilik air. Semuanya nak bersiap kedestinasi masing-masing. Aku dan suami nak ke tempat keje. Aiman perlu kesekolah. Puas la lepas tengok Aiman, nak check keperluan suamiku pula. Mana nak cari neck tie, kat mana stokin. Dah lama tak buat semua tu pagi-pagi. Kalut juga, maklumlah nak implemen semula suasana baru. Lepas ni dah biasa balik ok la.

3 tahun lamanya suamiku cuti belajar. Hari ni, 'bagai sirih pulang kegagang', dia kembali kedunia yang suatu ketika dulu tabah diharungi. Selamat menempuh alam pendidikan kembali abang!

Tapi kali ni, dengan suasana dan persekitaran yang berbeza. Bukan lagi seperti masa abang kat Pulau Banggi atau diKudat Sabah. Kalau dulu mungkin abang mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah tapi sekarang abang di sekolah menengah. Pelajar-pelajar di Semenanjung kerenahnya lebih mencabar. Tak terlayan kadang-kadang kita dibuatnya. Rasanya abang pun dah cukup bersedia. So, apalagi. Ayuh kita gerak gempur. Guru Pembina Negara Bangsa.

*;*"*
;*;//**
)i( Fresh
( ) Fl@wers for you!

Hope you are the best teacher in the world.

Selamat Bertugas...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi