Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Ahad, 9 Jun 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Abang


Alhamdulillah, suami tercinta, En. Tahiri genap 38 tahun hari ni. Semakin meningkat usia, semakin matang dalam keputusan.

Tak lama dah nak masuk 4 series ni...

Selamat Ulangtahun Abang... 

Ya Allah, panjangkanlah usia suamiku dalam rahmat dan kasih sayangmu. Kurniakanlah keberkatan rezeki buatnya dan jadikanlah ia ikutan orang-orang yang bertakwa.

Ameen...



Jumaat, 7 Jun 2013

Time To Celebrate


Makan-makan keluarga sambil celebrate birthday Deena, En. suami dan abah. Mereka semua adalah insan2 istimewa buat saya.

Just makan-makan dan potong kek simple2 saja. Kek pun saya beli redy made daripada Zam Cakes House Bandar Darulaman.

Buat majlis untuk 3 orang sekaligus kerana ketiga-tiganya lahir dalam bulan Jun.

So...enjoy the cake... :)



Rabu, 5 Jun 2013

Ceramah Israk Mikraj



Ceramah sambutan Israk Mikraj oleh Ustaz Abdullah Din daripada Sek. Men. Keb. Dato' Syed Ahmad Kuala Nerang.


Pengisian yang bagus dan mantap. Ustaz ceramah tentang bahaya Syiah yang semakin menular kat Malaysia ni.

Ni adalah beberapa gambar sepanjang ceramah yang sempat disnap.





Isnin, 3 Jun 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 5, Deena.



Genap usianya 5 tahun hari ni. 

Terbayang2 proses kelahirannya 5 tahun yang lepas. 

Pukul 8 pagi suami saya dipanggil untuk menandatangani surat izin pembedahan. "Tak boleh tunggu ke doktor" tanya suami. Doktor menjawab  "Kena operate segera, emergency. Baby dah lemas"

Saya pasrah, setelah cubaan untuk melahirkan secara normal tidak berjaya. Kali kedua caesarean, yang pertamanya semasa melahirkan Aiman.

4 hari turun tanda (darah), contraction yang sangat kuat, 8 jam dilabour room, akhirnya Deena saya lahirkan melalui pembedahan.  

Hari ini, Deena semakin dewasa. Mulutnya banyak omelan. Ada saja persoalan yang nak ditanya. Kelakunya pun boleh tahan. Kadang2 mencabar kesabaran.

Anak-anak adalah permata yang terindah buat ibubapa. Bersyukur, dikurniakan mereka. Semoga mereka membesar menjadi insan yang soleh dan solehah.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami pasangan dan zuriat yang menyejukkan hati, dan jadikanlah kami ikutan orang-orang yang bertakwa. Ameen. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi