Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Khamis, 12 April 2012

Pengarah baru KMK

Siapakah gerangan pengarah baru KMK, sudahpun diketahui orangnya. Beliau Yang Mulia Raja Abdul Rahman Bin Raja Amran.

Seorang ketua yang penuh dengan pengalaman. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai ketua sektor diPPD Perak sebelum dinaikkan pangkat menjdadi pengarah di KMK.

Semoga beliau dapat menjalankan tugas sebagai pengarah dengan cemerlang, adil dan saksama.

Dan hari ni semua unit akademik di KMK berpeluang untuk bergambar dengan pengarah KMK yang baru.



Isnin, 9 April 2012

Belajar mengurus perbezaan pendapat

Fenomena permusuhan dan perpecahan sering dikaitkan dengan kegagalan mengurus perbezaan pendapat yang kadangkala melarat hingga mencetuskan pertelingkahan emosi serta memecah ikatan persaudaraan sesama manusia.

Hakikat harus difahami, perbezaan pendapat adalah satu fenomena semula jadi yang bersifat tabii. Wujudnya pelbagai aliran pemikiran hingga berlakunya perbezaan pandangan juga merupakan satu manifestasi kekayaan akal manusiawi yang harus ditanggapi secara positif sebagai satu wahana memperlengkapkan antara satu sama lain.

Ini turut diperakui dalam al-Quran: Jika Tuhanmu mengkehendaki nescaya tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat (Hud:118).

Apa yang pasti Islam tidak pernah menghalang perbezaan pandangan, tidak sekali-kali menyekat kepelbagaian aliran pemikiran, bahkan menggalakkan umat agar memaksimumkan keupayaan akal kurniaan ALLAH untuk sentiasa berfikir dan bersikap kritis dalam menanggapi sesuatu perkara berpandukan ilmu dan fakta sahih.

Bagi penulis isu yang lebih mendasar bukannya untuk mencari formula menyatukan pemikiran seluruh manusia. Apa lebih utama ialah bagaimana merungkai pendekatan terbaik untuk mengurus perbezaan pandangan itu.

Dalam konteks inilah Islam jelas menggariskan prinsip-prinsip penting yang harus dipegang setiap individu, terutama dalam menangani fenomena perbezaan pendapat.

Prinsip-prinsip tersebut termasuklah sikap keterbukaan kepada pandangan berbeza, tidak taksub kepada pandangan sendiri, berlapang-dada, saling hormat-menghormati dan sayang menyayangi antara satu sama lain.

Mungkin ada baiknya dinukilkan contoh perselisihan terbaik yang ditunjukkan oleh dua sahabat Rasulullah SAW, iaitu Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Banyak sekali riwayat sejarah yang mencoretkan pelbagai insiden perbezaan pendapat di antara keduanya seperti dalam isu memerangi golongan enggan bayar zakat.

Umar mengkritik pandangan Abu Bakar selaku Khalifah yang bersiap untuk memerangi kelompok yang ingkar membayar zakat. Kedua-duanya mempunyai hujah kukuh berasaskan nas dan hadis Nabi SAW. Namun kerana menghormati Abu Bakar sebagai pemimpin tertinggi kerajaan, maka Umar tetap patuh pada arahan Abu Bakar walaupun masih kuat berpegang pada pendiriannya.

Dalam satu lagi contoh perselisihan di antara mereka ialah mengenai tanah-tanah yang baru dibuka. Menurut Abu Bakar, tanah tersebut boleh dibahagi-bahagikan tetapi

Umar pula berpandangan sebaliknya, bahkan berpendapat ia hendaklah diwakafkan. Walaupun Umar memang dikenali seorang yang keras berbanding Abu Bakar, namun sekali lagi kerana menghormati dan mentaati Abu Bakar selaku khalifah, Umar tetap akur kepada keputusan tersebut.

Begitulah hebatnya akhlak dua sahabat paling mulia di sisi Nabi. Walaupun pelbagai perbezaan yang tercetus di antara mereka, namun sekali-kali tidak melunturkan walau sedikit pun rasa hormat dan kasih sayang di antara keduanya. Malah Abu Bakar r.a. tetap memilih Umar penggantinya sebagai khalifah walaupun beliau antara yang paling kritikal semasa pentadbirannya.

Demikianlah keadaan dua tokoh besar Islam yang seharusnya menjadi contoh ikutan bagi seluruh umat Islam hari ini. Umat harus dididik agar sentiasa berlapang dada dan bersedia untuk menegur dan ditegur. Yang menegur harus tahu cara terbaik untuk menyatakan pandangan tanpa mencetuskan riak-riak permusuhan, persengketaan mahupun kekacauan. Manakala yang ditegur tidak harus rasa gelisah kerana itu juga adalah sebahagian proses pemantapan dan pembaikan demi kesejahteraan semua.

Bukankah ALLAH sendiri pernah berpesan: “Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi ALLAH petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang berakal. (Az-Zumar:19)

Justeru sudah tiba masanya untuk dilakukan penjernihan sikap terhadap budaya perbezaan pendapat yang ada. Nilai-nilai kasih-sayang, hormat-menghormati, toleransi, berlapang dada, tidak taasub atau fanatik kepada pendirian sendiri mesti dipasakkan dalam diri setiap individu agar mampu mengurus perselisihan yang melanda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi