Rajin-rajin ler klik...

Islamic Widget

Ulang Tahun Perkahwinan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Disebaliknya tersembunyi hikmahNya

Ya Allah, bersamalah denganku di dalam menghadapi musibah ini. Semoga Kau menggantikan kesedihan ini dengan perkara yang lebih baik di dunia dan akhirat..." Amin ya rabbal alamin!

Tuhan tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, Bunga selalu mekar, dan Mentari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, Senyum di setiap air mata, Berkah di setiap cobaan, dan jawaban di setiap doa

Ahad, 25 Mac 2012

Deena @ Sukaneka

Majlis berlangsung pada hari Sabtu di padang sukan MRSM Kubang Pasu.

Selepas menghantar saya, Aiman dan Deena ke tempat kejadian, suami terus ke sekolahnya sebab pada masa yang sama berlangsung acara merentas desa SMK Tg. Pauh.

Kami terus ke khemah yang menempatkan peserta sukaneka. Ramai yang dah sampai di padang.


Selepas memastikan Deena selesa dikhemahnya saya dan Aiman bergerak ke astaka. Panas pagi mula membahang, tapi Aiman ok jer....
.

  Jam 9.00 pagi acara lintas hormat bermula.







Diikuti dengan bacaan ikrar oleh para pelajar







Selepas tu acara sukan bermula. Giliran Deena pula dekat pukul 11.00 pagi. Lama juga menunggu. Deena masuk acara lari berduet. Dapat tempat ketiga. 





Adalah juga pahala piala untuk Deena.

Makan-Makan Di Kuala Perlis

Petang Jumaat lepas ke Kuala Perlis.

Saje lah nak ajak family makan-makan, sekaligus meraikan kejayaan adik bongsu saya, Nisah yang mendapat keputusan cemerlang dalam keputusan SPM baru-baru ni. (Nisah dapat straight A's - 9A)

Keluar dari rumah dah dekat pukul 7, berhenti solat maghrib kat masjid Pauh, sampai kat Kuala Perlis dah dekat 8.30 malam.

Dalam keta, posing dulu sementara tunggu en. suami  kunci pintu rumah

mummy & doters...

Deena, Ummi & Nuha

My two lovely doters

Masa memilih makanan laut yang berkenan naik rambang biji mata kami bila melihat timbunan makanan yang berlambak depan mata.


Aksi Nuha bila di flashkan kamera kat dia
Inilah Nisah, adik saya yang diraikan malam ni

Abah saya...

Bonda tercinta jadi kepala meja malam ni
Nuha, suka sangat dengan flash

Suamiku, kekasihku...

Berkerut-kerut dahi Nuha


Dua lelaki yang paling berpengaruh dan bermakna dalam hidup saya, my dad and my hubby...

Akhirnya, menu pilihan kami siakap 3 rasa, jenahak bakar cicah air asam, udang harimau masam manis, sotong celup tepung, tomyam sotong, sayur campur dan kangkung goreng belacan.



Alhamdulillah semua menu yang dipilih memenuhi selera kami sekeluarga. Semuanya habis dimakan...


Ahad, 18 Mac 2012

Seronoknya Aiman, Deena dan Nuha... Mandi Sungai...


Hujung minggu selalunya kat kampung suami, Kg. Melaka, Gulau.

Kalau balik kampung inilah yang selalu menjadi aktiviti suami dan anak-anak.

Biasanya diorang dan abahnya aje yang pergi, saya agak malas nak ke sungai sebab kena meredah denai dan belukar.

Tapi kali ni rasa nak join sama. Anak-anak pulak melompat bila tau ummi jugak nak turun sungai. Seronoknya diorang...

Ummi pun...layan je lah...



Nuha duk berendam

Sampai dah berhingus dah tu

Deena biasanya kat tempat yang airnya sikit

Main-main air jer

Ni lah geng-geng Aiman

Tu yang Aiman suka sangat bila balik kampung. Ramai kawan...

Ummi enterframe sat noo...

Ha ha inilah hero kampung Melaka hero di hati ku jua he he

Abah duk berendam ngan Nuha

Nuha memang suka sangat main air macam ni

Main-main

Seronoknye...

Riang ria dunia kanak-kanak

Alahai buruknye ummi...dah macam mak duyung dah tu

Minta apa tu Nuha???

Aiman kalau bab makan memang juara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dengan Nama Allah

Kenangan Di Perlis

Nur Ilahi